Langit malam yang dipenuhi bintang dipandang dengan hati yang gembira. Yurp, gembira. Siapa saja yang tak gembira bila dapat bertemu empat mata dengan orang yang dicinta?
"Ha-Haris?" seru Aqishah dalam nada yang terkejut.
Pada awalnya dia turut sama terkejut. Tidak menyangka bahawa Midvalley mall akan menjadi tempat pertemuan dia dan gadis itu. Namun, setelah itu rasa terkejutnya diusir jauh dan diganti dengan senyuman nipis.
"Hye, Aqishah. Lama tak jumpa?" sapanya dalam nada ramah. Wajah gadis itu dipandangnya.
Sudah lama rasanya, dia tidak melihat Aqishah. Al-maklumlah, selepas terlerai sahaja pertunangan nya dengan Ara.. Haris terus membawa diri ke luar negara. Bukan nya mengubat hati yang lara tetapi dia mahu bawa diri agar jauh dari soalan-soalan cipumas orang terdekat mengenai putusnya pertunangan dia dengan Ara.
Aqish sudah berpeluk tubuh. Wajah nya dialihkan ke tepi. Nampaknya, pertemuan ini buatkan gadis itu rasa tak selesa.
"Buat apa nak berjumpa? Kau bukan nya sesiapa lagi dalam keluarga aku." spontan ayat itu meluncur laju dari mulut Aqishah.
Haris terdiam namun dia bukannya seorang yang cepat melatah. Kata-kata Aqishah dibalasnya dengan senyuman nipis.
"Kau yakin ke yang aku takkan menjadi sesiapa dalam keluarga kau? Kau betul-betul pasti?" soalan nya berjaya menimbulkan tanda hairan buat Aqishah.
Kali ini soalannya juga berjaya memancing perhatian Aqishah padanya. Wajahnya gadis itu pandang dengan dahi berkerut.
"Kenapa kau cakap macam itu? Memang sudah terangkan yang kau tak ada kaitan dalam keluarga aku? Kau dengan kak Ara dah tak ada apa-apa.." balas Aqishah.
Haris menarik sengih. Satu langkah ke depan dia aturkan sekaligus mendekatkan lagi jaraknya dengan Aqishah. Aqishah sudah pandang semacam dengan dia.
"You better see what will happen next, Lauren Aqishah.." satu patah itu dihamburkannya sebelum mata nya memandang wajah bersih milik gadis itu.
Dia suka pandang wajah Aqishah. Gadis itu memiliki wajah yang boleh buat mana-mana hati lelaki cair pada nya tak terkecuali juga dia. Saat pertama kali, matanya bersua dengan Aqishah.. dia sudah mulai meminati gadis itu namun sayang nya dia tidak boleh memilih untuk memiliki Aqishah.
Kerana peraturan keluarga, papanya meminta dia agar mengambil Ara sebagai isterinya. Walaupun berat hatinya untuk menerima namun Haris terpaksa akur. Bila paksa diri untuk mencintai orang lain, hatinya jadi terseksa. Dia senyum tapi dalam nya sakit. Itu semuanya dia rasakan bila bersama Ara.
Namun, nasiblah pebghujungnya pertunangan mereka dileraikan apabila Ara membuat keputusan untuk memutuskannya. Ramai yang tidak tahu di sebalik tabir punca Ara memutuskan pertunangan itu namun yang pasti Haris mahu tolak tepi.
Sekarang, dia sudah single, bukan lagi tunang orang, bukan lagi sesiapa pada gadis bernama Ara. Dan, kali ini bolehlah dia teruskan misi untuk menjadikan Lauren Aqishah sebagai isterinya yang mutlak.
"Huh, mengarut.." ujar Aqishah. Tanpa banyak bicara, gadis itu terus memasuki tandas wanita dan membiarkan dia terkebil-kebil seorang diri di situ.
Haris hanya tersenyum bila Aqishah buat layan tak layan padanya. Yurp, biarlah sementara waktu ini, Aqishah buat perangai. Hmm.. Tak lama lagi, gadis itu akan jadi miliknya dan dia yakin perlahan-lahan cinta gadis itu akan terbit untuknya.
Just look and see.
...
Badanku yang terasa penat akhirnya aku bawa ke sofa. Jelas, bahuku terasa sengal-sengalnya. Pinggang juga terasa sakit. Hmm.. bila fikir balik, tak adalah banyak sangat kerja yang aku buat hari ini.Hari ini, aku yang memasak untuk menyambut hari terakhir Mak Uda berkhidmat di rumah Zaharil. Memandangkan Zaheen yang beria-ia nak sambut hari itu, aku turut kan saja. Budak kecil itu adalah tolong aku sikit-sikit. Dia jenis yang mudah diarah. Aku suruh ambil fishcake, dia ambil fishball.. Pfftt, tak apalah. Asal kan niat menolongnya itu ada.
Huh! Tak macam bapak dia. Pemalas yang amat. Nak turun tangan buat kerja dapur pun susah. Pandai suruh aku buat kerja, tapi taknak tolong sama. Dialah yang beria-ia suruh aku memasak sempena menyambut hari terakhir Mak Uda itu. Lepas aje bagi arahan, terus lelaki itu lesap ke tingkat satu. Ergh, tak guna!
Sebab itulah, pinggang aku sakit. Sudahlah lima jenis makanan aku kena hidangkan. Nasib baik aku sempat masak kesemuanya sebelum pukul 8. Sakit, penat, jerih itu aku simpan dulu. Hilang seketika semua itu bila Mak Uda seronok bila disambut begitu. Dia juga turut memuji makanan yang aku masak itu semuanya sedap belaka.
Pfft.. well, Aqishah yang masakkan. Apa aje yang tak sedap?
"Biasa aje, Mak Uda. Tak adalah sedap mana. Better saya pesan catering aje tadi."
Tiba-tiba pula kepalaku mengimbau detik melukakan hati aku itu. Yurp, memang masakan aku semuanya sedap belaka tapi bila makanan itu menyentuh lidah si duda anak satu itu, semuanya jadi serba tak kena.
Aku tak tahulah Tuhan terbagi dia lebih deria rasa ke atau terkurang deria rasa. Apa aje yang aku masak, mesti ada aje yang dia akan complain. Tak cukup rasalah, terlebih rasalah.. tak sedaplah. Huh!! Kalau ikutkan hati aku waktu itu, sudah lama aku tabur garam banyak-banyak dalam makanan dia biar kena darah tinggi!
Telefonku yang berdering berjaya buatkan lamunanku jeda buat sementara waktu. Terus telefon pintarku aku angkat. Tertera nama Wani terpapar pada skrin telefon pintarku. Segera aku mengangkat.
"Why?"soalku tanpa memberi laluan pada Wani untuk mengucapkan salam.
"Haih, kalau ya pun tak sabar nak dengar, bagilah aku beri salam dulu, cik Aqish oit." ha, kan dah kena tegur dengan kawan baik sendiri?
Aku sekadar tersengih tak bersalah. Selepas sahaja si Wani memberi salam, aku terus jawab salamnya. Pfft.. tiba-tiba pula Wani alim malam ni, siap nak bagi salam pula itu. Selalunya dia terjah aje nak cakap apa.
"Kenapa kau call aku ni?" soalku sudah mahu kembali kepada tajuk perbualan kami
"Bila kau nak confirm fasal lukisan itu? Sudah tiga hari aku bagi kau masa ni, orang-orang itu pun tiap hari call aku minta kau keluarkan lukisan yang baru. So, macam mana?" ujar Wani.
Terus aku gigit bibir. Haihlah, Aqishah. Macam manalah kau boleh lupa fasal itu? Itulah padahnya kalau seronok sangat jaga anak orang sampai pekerjaan sendiri pun terabai.
"Erm, aku sebenarnya belum fikir lagi nak buat ke tak. Kau bagi sikit lagi tempoh untuk aku fikir boleh tak?" soalku dengan nada mengharap.
Wani sudah mengeluh kecil. "No lah aku nak bagi kau masa lagi. Aku nak jawapan kau hari ini juga. Siapkan ataupun tak?"
Aku sudah diam. Baik buruk setiap satu keputusan itu aku pertimbang kan semula. Susah betullah kalau macam ini.Aku kalau boleh memang nak berehat sekejap dari dunia lukisan. Memandangkan sudah nak dekat sebulan lebih aku perah otak untuk siapkan lukisan aku yang ke-19 tu. Better aku rehat, kan?
Akhirnya, keputusannya sudah aku ambil. "Aku perlukan masa untuk berehat untuk beberapa minggu jadi aku rasa aku takkan keluarkan lukisan yang baru dalam masa terdekat ni. Mungkin dua bulan akan datang, aku akan siapkan lukisan aku." ujarku dalam nada mendatar.
"Okeylah kalau macam itu. Aku faham apa yang kau rasa. Hmm.. so, hows your work as a babysitter? Okey?" cepat sahaja si Wani mengubah topik perbualan kami.
Aku sudah mengeluh kecil. "Jaga budaknya okey, tapi part tengok perangai bapak budaknya, aku rasa fade up." balasku dengan nada marah pun ada malas pun ada.
Di hujung talian, tawa kecil Wani bergema. Pfft.. tak guna punya member.
"Well, kau sabar aje. Kau cuma babysitter not a papasitter. Abaikan aje dia." sempat dia buat lawak hambar dengan aku.
Aku sekadar menarik nafas dalam. Kalau boleh memang nak abai tapi mulut dia itu buatkan aku rasa, nak bagi kaki aje. Phuh, sabarlah Aqishah!
...
YOU ARE READING
Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)
Random@Choco_Lyn @Storyke-5 @MisiMemburuSuami @Romantic @2018 @MestiBaca #Wattpads Kenapa aku pilih si duda itu menjadi suami? Haha... mungkin agak kelakar ceritanya tapi aku nak cerita juga kenapa aku pilih si duda tak berperasaan itu menjadi suami aku...