BAB 23

30.6K 1.2K 7
                                    

Hari ini merupakan hari terakhir Mak Uda akan bekerja di rumah villa Zaharil. Ya, bila kenangkan perkara ini semula. Tiba-tiba aku rasa sedih semacam. Belum sempat seminggu aku bersama dengan wanita itu, dia sudahpun mahu pergi dari aku.

Walaupun belum mencapai seminggu usia perkenalan antara aku dengan Mak Uda namun dia sudah aku anggap seperti seorang ibu. Salah aku ditegur, baik aku pula dipuji. Kalau si Zaharil itu perli, Mak Uda akan selalu ada untuk bela aku. Nampak tak sebab kenapa aku sayang Mak Uda sangat-sangat?

Bunyi bising dari dapur terus menarik minat aku untuk menuju ke sana. Aku lihat kelibat Mak Uda yang sedang leka menyiang ikan di dapur. Tak semena-mena, kakiku diatur merapati Mak Uda.

"Mak Uda buat apa itu?" soalku saja mencari topik. Ibarat, sudah tahu bertanya pula.

Mak Uda sekadar tersenyum. Mungkin dia rasa lucu kot pada soalan aku yang dianggap tidak logik. Kalau dah nampak siang ikan itu, maknanya menyiang ikan lah itu. Haihlah, Aqish oit..

"Ajar ikan menari." spontan Mak Uda menjawab soalan bebal aku itu.

Terkejut juga aku bila dengar Mak Uda punya jawapan. Acah-acah buat muka bodoh sekejap. Ahahah.. "Lain macam bakat Mak Uda ni. Tarian apa itu Mak Uda."kalau Mak Uda dah meloya buruk, aku pun ikut jugalah rentak dia.

Bukan si Lauren Aqishah lah nama nya kalau tak melayan jawapan bodoh orang.

"Tarian Zapin."makin melarat Mak Uda punya jawapan.

Akhirnya, ketawaku berhamburan begitu juga dengan Mak Uda. Riuh dapur dibuatnya bila ketawa aku dan ketawa Mak Uda bersatu. Ni kalau si Zaharil dengar, confirm.. dia melalak marah. Pfft.. well, sekarang dia tak ada.

Tuk! Tuk! Tuk!

Ketawa aku dan Mak Uda mati bila pintu rumah villa itu diketuk dari luar. Terus aku dan Mak Uda saling berpandangan. Nampak sangat yang kedua-duanya tidak tahu siapakah gerangan yang berada di luar sana.

"Aqish pergi buka pintu sana.." arah Mak Uda lembut.

Aku tidak membantah. Sekadar anggukan aku berikan sebagai jawapan. Terus, langkahku aku susun menuju ke pintu utama rumah.

Sesekali aku jeling ke arah jam dinding. Jarum panjang sudah menuding ke angka 2 petang. Aku sudah ketap bibir. Mungkin si Zaheen agaknya. Aku sudah buat tebakan sendiri.

Terus aku meluru laju ke pintu apabila ketukan kali ketiga bergema. Tombol pintu aku capai lalu tangan ku laju membuka pintu.

Senyumanku yang tadinya terukir terus berubah terkejut apabila melihat Zaharil berdiri di hadapan ku bersama-sama Zaheen. Zaheen beri kan senyuman pada aku tapi Zaharil seperti biasa, dengan muka minta samannya itu. Tak senyum dan serious semacam.

"A-awal Encik Megat balik? Saya dan Mak Uda baru aje nak prepare makan  petang." ujarku sedikit gugup bila berdepan dengan Zaharil.

Mana tak gugupnya, selama aku bekerja sebagai pengasuh ni. Belum pernah si Zaharil itu balik awal begini. Sepanjang aku bekerja enam hari ni, lelaki itu akan selalu balik malam. Entah kenapa, tiba-tiba pula hari ini dia balik awal!

"Kenapa? Aku tak boleh balik awal ke?" dia sudah main tarik tali dengan aku.

Cepat-cepat aku gelengkan kepala. Wajahnya aku pandang. "Tak ada sesiapa pun larang Encik Megat balik awal. Hmm.. cuma, hari ini encik Megat balik tak inform kami. Makanan pun tak prepare lagi." tutur ku dalam nada ramah.

Luar senyum, dalam hanya Tuhan saja yang tahu. Geramnya. Takkan lah nak tanya benda remeh itu pun kena sound? Hek eleh, lagipun memang salah pun kalau dia balik awal! Ganggu kegembiraan aku aje buat apa?!

Untuk seketika, Zaharil mendiamkan diri. Tangannya yang menggenggam tangan Zaheen ditariknya masuk ke dalam. Sempat bahuku dilanggarnya membuatkan langkah aku sedikit mengundur ke belakang.

Aku sudah ketap bibir. Erghhhh!!! Menyampahnya dengan mamat  seorang ini. Muka sudahlah ketat, perangai pun sendat! Kalau ikutkan hati, sudah lama dia kena sound depan-depan tapi memandangkan aku sekarang ini adalah seorang pekerja... aku simpan marahku itu. Mungkin hari lain aku boleh lepaskan.

Aku terus urut dadaku untuk menyabarkan diri. Phuh!! Sabarkan hatimu, Aqishah..
...

Selesai sahaja memberikan salam ke kanan. Mataku terus beralih ke arah kelibat Zaheen yang sudah berlari-lari anak mendapatkan aku. Bibirku tersenyum tatkala tubuh Zaheen jatuh ke atas riba aku. Aih, manjanya dia.

"Kenapa ni,Yeen?"soalku yang masih bertelekung. Rambut hitamnya aku belai lembut.

Zaheen terus dongakkan kepalanya memandang aku. Senyuman nipisnya dia berikan pada aku.  "Kak, papa ajak akak pergi mall."

Terpana aku untuk seketika. Biar betul ini? Tak ada angin tak ada hujan tiba-tiba sahaja ajak aku pergi mall. Haih, ini mesti mimpi ini. Mana mungkin lelaki hati dingin itu ajak aku pergi mall. Ermm.. adakah aku bermimpi sekarang ni?

"Yeen jangan nak tipu akak." aku sudah menebik pernyataan kanak-kanak itu.

Ya, aku tahu budak-budak bukannya suka menipu. Tapi.. ini tersangatlah pelik. Kalau bukan mimpi, mesti si Zaheen ni tipu aku. Pfft.. aku sudah berfikiran kolot.

"Betullah kak, Mak Uda.." belum sempat Zaheen menghabiskan ayatnya, mata kami berdua terus beralih ke arah kelibat Mak Uda yang sudah memasuki bilik.

Mak Uda sudah berkerut dahi melihat aku. "Kenapa Aqish tak siap lagi ni? Encik Megat tunggu kamu dari tadi."ujar Mak Uda sudah mengatur langkah mendekati aku.

Makin terpaku aku dibuatnya bila tiba-tiba sahaja Mak Uda berkata begitu. "Kenapa encik Megat nak tunggu saya pula Mak Uda?"

"Encik Megat nak ajak kamu ke mall untuk beli barang dapur. Banyak dah barang dapur yang tak ada. Tadi, encik Megat ajak Mak Uda tapi Mak Uda tak larat. Jadi, Mak Uda cadangkan kamu saja yang ikut Encik Megat beli barang." jelas Mak Uda.

"Kan, Yeen dah cakap tadi."celah Zaheen pula sudah tersenyum kemenangan.

Aku sudah ketap bibir. Mataku aku pejam rapat. Haih, macam manalah aku nak menghadap muka sinis si Zaharil itu. Dia itu sudahlah dingin. Mesti, aku akan rasa awkward bila berdua dengan dia. Krik-krik dalam kereta. Haih, senang cerita.. mesti aku rasa serba tak kena bila keluar dengan dia.

Apabila merasakan aku langsung tak berganjak dari atas sejadah, Mak Uda terus menampar bahuku. Serentak itu, aku tersedar dari lamunan pendekku. Aku dengar tawa Zaheen yang mengekek. Terus aku cubit batang hidungnya. Haih.. gelakkan aku eiyh,budak?!

"Buat apa termenung lagi itu? Pergilah siap. Nanti tak fasal-fasal marah pula Encik Megat itu nanti." sempat amaran kecil Mak Uda berikan pada aku.

Bila terdengarkan itu, terus aku gelabah buka telekung. Apa yang patut, aku rapikan. Sikat rambut, tempek bedak dan oleskan pelembap. Done and simple..

...

Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)Where stories live. Discover now