Kunci pendua yang berada dalam tanganku berjaya membuka pintu rumah Megat Naufal Zaharil. Dengan langkah penuh berhati-hati, aku atur kan langkah kemas menuju ke dalam rumah lelaki. Suasana hening membelengu di segenap ruang.
Aku sudah angkat kening. Seingat aku tadi, kereta Zaharil masih elok terparkir di hadapan rumah. Namun kelibat Zaharil mahupun Zaheen masih tak kelihatan. Dahiku sudah berkerut. Pelik?
Yurp, walaupun sekarang ni aku rasa tak nak jumpa Zaharil disebabkan kejadian semalam tapi.. rasa ingin tahu ku yang kuat memaksa aku mahu mencari kelibat Zaharil dan Zaheen dalam rumah itu.
Ketika aku mahu memasuki dapur, tak semena-mena ketika itu kelibat seseorang mahu keluar daripada dapur. Hampir sahaja tubuh kami mahu berlaga namun kedua-duanya sama-sama mematikan langkah.
Lidahku kelu tatkala tubuh aku amat menghampiri tubuhnya. Pandangan kami berlaga sekali lagi. Tiba-tiba sahaja tubuh aku mulai terasa hangat ditambah lahi debaran dada yang mengocak jiwa. Urhh!! Takkan lah sekali lagi.
Zaharil pandang wajah aku. Pandangannya lebih kepada mahu membelek wajahku namun tak semena-mena Zaharil tarik muka ke sisi. Aku sudah terdiam. Aku juga turut sama mengalihkan perhatian ku ke tempat lain. Jasad kami masih berdiri saling berhadapan. Sangat dekat sehingga bau harumannya pekat menyinggah batang hidungku.
"Boleh ke tepi sikit tak?" mendatar dia meminta aku untuk tidak menghalang jalannya. Aku terkedu.
Terus aku alihkan tubuhku dari terus berhadapan dengan tubuhnya. Untuk seketika, Zaharil menjeling ke arah ku sebelum berlalu pergi meninggalkan aku.
Huh? Dia buat biasa aje selepas semua yang terjadi antara kami? Memang lelaki ini tak mudah berdebar ke bila menghadap situasi sebegini ataupun hanya si duda itu sahaja yang dilahirkan dengan perasaan seperti itu? Aku punyalah gamak tak keruan tapi dia.. ?? Dia nampak biasa sahaja.
Seperti sudah selalu melalui perkara itu. Huh!! Agaknya mungkinlah kot. Disebabkan banyak perempuan yang nak menggodanya jadi dia..sudah biasa terbuat begitu. Hmm..?? Amboi, KBAT betul pemikiran aku kali ini.
"Hmm.. kau." tiba-tiba lelaki itu memanggil aku sambil memandang ke arahku.
Aku terus alihkan pandanganku pada nya. Bibirku aku ketap kejap. "Ya encik Megat, ada apa?"
"Esok, Zaheen nak ambil buku laporan. Kau tolong temankan dia sebab aku ada kerja esok. Maybe dalam pukul 1 baru aku dapat balik."beritahu Zaharil dengan nada mendatar. Wajahku dipandangnya.
Aku sekadar menganggukkan kepala. "Lepas itu, encik Megat akan ke sekolah dia ke?" soalku ingin tahu. Manalah tahu, dia nak datang ke kan?
Zaharil sekadar angkat kening. Tali leher yang membelit lehernya dibetulkan seketika. Tak semena-mena pandangan matanya berubah jengkel. "Tengoklah. Kalau aku datang, aku nak kau balik."selamba dia tuturkan ayat itu sebelum berlalu pergi meninggalkan aku.
Belum sempat Zaharil menjauh, kedengaran ada langkah yang menuruni anak tangga. Serentak pandangan mata kami berdua beralih ke arah tangga. Wajah cemberut Zaheen menjadi tatapan mata kami. Erm.. selalunya, senyuman pagi Zaheen pasti terukir tetapi kenapa.. hari ini tidak?
"Yeen.."seruan Zaharil tak berjaya mengubah apa-apa.
Riak wajah Zaheen masih sama. Malah, dia turut tidak mengendahkan panggilan Zaharil. Wajah risau sudah bertayang pada muka bersih milik Zaharil. Lahai, apahal lah pula anak beranak ni? Si bapak,tayang muka berak kapur.. si anak, tayang muka masam mencuka.
Zaheen tak semena-mena menuju ke arahku. Tanganku digenggamnya lalu wajahnya didongak kan memandang aku. "Kak Aqish boleh hantarkan Yeen tak?" pintanya sambil menggoyang-goyangkan tangan kananku itu.
Tergamam aku dibuatnya. Terus aku alihkan pandangan ku ke arah Zaharil yang sudah mula tayang muka terkejut. Aku pun terkejut juga.
Sah,mesti Zaheen sedang merajuk sekarang ni. Merajuk dengan si bapaknya itu. Pfftt.. aku pun merajuk juga dengan dia. Paling tepat, merajuk dengan mulut lasernya itu.
"Papa Yeen?" soalku sengaja mengacah-acah Zaheen. Konon, orang tengah yang tak tahu apa yang terjadi antara anak beranak itu.
Zaheen sekadar gelengkan kepala. "Tak apalah. Yeen nak kak Aqish yang hantar Yeen pergi sekolah." Zaheen masih meminta. Berkali-kali dia menggoyang tanganku.
Tak semena-mena aku terdengar keluhan kalah daripada pihak di sana. "Kalau Yeen minta, kau ikut. Jangan nak bantah." lembut nadanya menyapa namun jelas terselit lunak kecewa dalam patah katanya.
Aku terdiam. Wajah Zaharil aku pandang. Matanya sebak sahaja memandang Zaheen. Penuh dengan rasa sebak pada layanan dingin Zaheen padanya. Entah kenapa, apa yang Zaharil rasa.. aku juga turut dapat rasakannya.
Mengerti pada bicara Zaharil. Aku pandang Zaheen semula. "Okey, akak akan hantar Yeen." putusku tidak mahu panjangkan masalah.
Serentak itu Zaheen mengangguk kan kepala. Tangan Zaheen aku pimpin untuk dibawa keluar rumah. Tatkala kami memintas Zaharil, tak semena-mena langkahku aku matikan. Kami kini berdiri saling bersebelahan.
Zaheen yang terkejut dengan tindakanku terus memandang aku. Aku juga mengalihkan pandangan ku pada Zaheen. Sebingkis senyuman aku hadiahkan pada anak kecil itu.
"Kenapa ni, kak Aqish? Kenapa berhenti?" soalnya tak mengerti.
Aku masih kekalkan senyuman ku. "Sebelum pergi sekolah, Yeen kena cium tangan papa Yeen dulu. Baru, Yeen dapat jadi budak pandai. Betul tak?" ujarku dalam nada yang teruja.
Tergamam Zaheen dibuatnya. Tanpa aku sedar, Zaharil juga turut sama terkesima mendengar butir bicara ku.
"Tapi.. erm.." Zaheen tak dapat menyambung patah katanya.
Akhirnya Zaheen mencapai tangan Zaharil disebelah. Tergamam Zaharil dibuatnya. Anak kecil itu tak semena-mena mencium tangan Zaharil.
"Yeen pergi dulu, papa." ucap Zaheen mendongak memandang ayah kandungnya.
Suka benar aku melihat anak beranak itu berbaik semula. Wajah Zaharil aku pandang untuk seketika. Terlihat jelas bibirnya mengukir senyum. Hilang terus wajah kesal nya dan kini diganti dengan senyuman terharu.
"Belajar betul-betul tau, Yeen. Ingat, papa sayangkan Yeen."ucap Zaharil dengan senyuman nampak gigi.
Aku hanya tersenyum nipis. Yurp, senyuman Zaharil terlalu mahal sehingga dapat ditunjukkan pada orang-orang tertentu sahaja.
Tak apalah walaupun senyuman itu bukannya untuk aku..
...
Pasaraya AEON yang serba sesak itu sedikit sebanyak menganggu kelancaran aku untuk melangkah. Kalau pergi kiri, langgar orang.. kalau pergi kanan pun akan langgar orang. Jadi terpaksalah aku gunakan cara jalan sekejap lepas itu berhenti. Phuh.. lama!Disebabkan semua kerja mengemas dan membersih sudah aku siapkan jadi, aku merajinkan diri untuk periksa barang dapur. Baru lah aku tersedar yang kebanyakan barang dapur yang berada dalam rumah Encik Megat itu sudah habis.
Nasib baiklah, aku rajin. Kalau nak harapkan si Zaharil itu? Pfftt.. sampai ke sudah takkan perasan. Alamatnya, mati kebulur anak beranak itu. Hmm..
Selesai sahaja membeli barang, aku tidak terus berlengah. Sambil menjinjit plastik, aku aturkan langkah menuju ke parking lot bawah tanah namun nasibku tak begitu baik bila tubuhku tak semena-mena dilanggar menyebabkan barang dapur yang aku beli jatuh ke lantai.
Tergamam aku dibuatnya. Nasib baik cuma plastik berisi tepung aje yang jatuh. Huh!!! Tak guna!
"Heiyh, kau.." belum sempat aku habiskan ayatku. Lidahku terus terasa kelu. Wajah lelaki itu aku pandang dengan terkejut.
Lelaki di hadapanku juga turut sama tergamam namun tak lama lepas itu terbit senyuman di birai bibirnya.
"Hai, bakal isteri.." seru Haris dengan senyuman penggodanya.
Aku ketap bibir. Wajah geramku bertayang. "Stop calling me that silly name, tak guna.." gertakku.
"Wou, still nak bergarang dengan bakal suami?"
Huh!!! Stop cakap benda merepek lah, Haris!
...
YOU ARE READING
Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)
Random@Choco_Lyn @Storyke-5 @MisiMemburuSuami @Romantic @2018 @MestiBaca #Wattpads Kenapa aku pilih si duda itu menjadi suami? Haha... mungkin agak kelakar ceritanya tapi aku nak cerita juga kenapa aku pilih si duda tak berperasaan itu menjadi suami aku...