BAB 21

31.6K 1.4K 19
                                    

Berus lukisan yang aku pegang menyentuh kanvas yang sudah terbentang di hadapanku. Beberapa kali, aku cuba untuk mencorakkan sebuah gambar yang ada dalam fikiranku namun hampa, semuanya tak berkualiti.

Peluh yang merenek pada dahiku aku sapu. Wajahku yang sudah comot dengan cat lukisan aku biar kan. Inilah fitrah seorang pelukis. Comot di wajah tak apa, jangan comot di kanvas.

Akhirnya, kanvas untuk kali ke lima itu aku turut cabut dan buang. Aku menghempas punggungku di atas bangku lalu wajahku aku suakan ke bawah. Otak geraklah otak. Cepat fikirkan apa yang aku patut lukis. Due date makin lama makin dekat, orang juga makin lama makin ingin kan lukisan aku. Itu yang buatkan fikiran aku makin serabut.

Ditambah lagi dengan konflik yang berlaku antara aku dengan abah petang tadi. Makin gamak blur yang menumpang dalam fikiran aku.

"Kamu nak ke mana lagi itu?!" gertak abah bila lihat aku sudah bawa beg pakaian ku keluar dari rumah.

Aku sekadar menjeling ke arah abah. Langkahku masih aku suakan ke depan. Aku juga turut mempercepat kan perbuatanku untuk memakai kasut.

Abah terus mendekati aku. Bahuku dicapainya lalu ditarik kasar menghadapnya. Tak semena-mena beg yang aku pegang terlepas dari tangan. Bahuku yang dipegangnya mulai terasa sakit.

"Apa ni, bah?! Sakitlah." rungutku sambil mengurut bahu yang sudah terasa pejal.

Abah sudah ketap bibir. Matanya tajam menikam wajahku. "Apa lagi yang kau nak buat? Masih nak melukis lagi? Ke mana lagi kau sorok barang lukisan kau itu?! Beritahu abah!!!" gertak abah dengan suara lantang.

Dia tak kisah pasal pandangan orang pada kami. Abah terlalu mengikut ego sehingga rasa malunya terkubur begitu sahaja.

Yurp, aku masih geram pada abah. Beberapa jam yang lalu, abah tiba-tiba sahaja menceroboh masuk ke dalam bilik aku dan selongkar almari pakaian aku. Baru sahaja aku berura-ura mahu menghalang perbuatan abah, tak semena-mena lukisan yang sudah pun aku siapkan selama satu bulan jatuh ke tangannya.

Beberapa kali aku merayu minta dia serahkan lukisan itu pada aku semula namun abah langsung tak kisah. Makin teruk bila abah dengan rasa tak bersalahnya, merosakkan lukisan aku dan membakarnya. Tergamam aku ketika itu.

Letih perit aku siapkan lukisan itu makin menambahkan lgi emosi sebak dalam dadaku. Siapa tak sedih, siapa tak geram bila melihat hasil yang dibuat dengan jerih letih akhirnya dibakar 'hidup-hidup' di depan mata?

Aku tidak menjawab soalan abah. Aku terus mempercepatkan tangan ku menyarungkan kasut Bata ke kaki lalu beg pakaian yang tercampak tidak jauh dariku terus aku capai. Tanpa pandang wajah abah, aku terus menaiki keretaku.

"Tunjuklah degil kau itu. Baru kau tau betapa tak berkatnya hidup kau tanpa izin abah!" laung abah. Jelas menyapa halwa telingaku.

Bukannya aku buang kata-kata abah itu malah aku simpannya dalam hati. Ya, aku bukannya bodoh tentang berkat Tuhan ni. Aku tahu apa yang aku buat ni nampak sangat tak bermoral, anak derhaka tapi.. aku ni manusia yang hidup hanya sekali untuk seumur hidup.

Salah ke kalau aku pilih jalan aku sendiri untuk capai apa yang aku mahu? Salah ke kalau aku nak teruskan impian aku untuk menjadi seorang pelukis yang terkenal?

Huh! Kadang, aku tak faham kenapa abah terlalu bencikan bakat yang aku miliki ini. Sanggup dia menghalang hobi aku dan kak Ara ni dengan apa jua cara. Dia bencikan lukisan kami dan kalau boleh, dia tak mahu tangan kami berdua menconteng sesuatu corak di atas kertas. Hmm..

Aku mengeluh perlahan. Pandangan ku aku dongakkan ke atas kanvas itu. Kosong. Idea sedikit pun tak menerjah fikiranku. Aku buntu. Entah apa yang patut aku corakkan pada kanvas itu agaknya?

Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)Where stories live. Discover now