BAB 24

29.8K 1.3K 12
                                    

Tiba sahaja di dalam AEON market, aku sudah diserbu dengan rasa blur yang memuncak. Ini adalah kali pertamanya aku menjejakkan kaki ke dalam AEON untuk membeli barang dapur. Yurp, sangatlah awkward. Sebelum ini, hanya ibu sahaja yang akan pergi beli barang dapur manakala aku pula akan rajinkan kaki menuju ke arah butik yang berkenan di hati.

Zaharil sudah menolakkan troli empat roda kepada aku. Segera aku pandang dia dengan dahi penuh berkerut. Ya Allah, apa aku nak cakap ni? Aku pun sendiri tak tahu apa yang aku kena beli dan buat dalam AEON market ini. Huh!! Habislah kau kali ini, Aqish. Aku sudah siapkan diri kena perli lagi.

"Apsal tercegat lagi? Pergilah beli apa yang patut." mendatar sahaja dia memberi arahan kepada aku.

Aku sudah ketap bibir. Perlahan-lahan pemegang troli itu aku pegang. Sekali lagi wajahnya aku pandang dengan penuh berharap. Ya Allah, macam manalah aku nak beritahu manusia yang satu ini yang aku sebenarnya memang tak tahu nak beli apa sebenarnya sekarang ini?!

"Beli apa, encik Megat?"soalku dalam nada perlahan.

Kali ini soalan aku disambut dengan kerutan hairan daripada lelaki itu. Yurp, confirm dia fikir dia sudah terbawa orang yang salah. Huh, aku ini dah lah sengal bab nak beli barang dapur. Sebab itulah, kalau boleh ibu taknak bawa aku ikut beli barang. Aku pasti akan ambil barang yang tak penting. Barang yang penting aku tolak tepi.

"Beli apa yang tak ada kat dapurlah."balasnya mendatar. Kali ini terselit nada tegasnya. Tak puas hati pun ada juga.

Aku sudah ketap bibir. Wajah Zaheen yang berada di sebelah Zaharil aku pandang. Yeen, tolong akak fahamkan ayah kau ni yang akak ni bukannya pembeli yang bijak. Kalau taknak duit poket dia habis, lebih baik dia beli sendiri barang dapur rumah dia.  Uhukss!

Akhirnya aku menarik nafas dalam. Wajah Zaharil aku pandang dengan rasa berani yang dibuat-buat. Lantaklah nak kena perli pun. Yang penting, aku mengaku yang benar. Betul tak?

"Sebenarnya, saya tak tahu nak beli apa dalam ni, Encik Megat." jelasku cuba menyimpan rasa takut ku jauh-jauh.

"Tak tahu nak beli apa? Mak Uda tak bagi kau list ke?" soal Zaharil sudah pandang pelik padaku.

Aku sekadar menggelengkan kepala. "Mak Uda cuma cakap barang dapur tak cukup. Erm.. saya tak tahu apa yang tak cukup sebenarnya." balasku sudah kendur nadaku. Rasa tak berguna pun ada juga.

Awalnya Zaharil diam namun selepas itu, tanpa banyak bicara.. dia terus merampas troli yang aku pegang tadi lalu dibawanya masuk ke dalam pasaraya AEON. Aku sudah tergamam. Pelik. Aku ingat dia akan marah atau apa tapi nampaknya tak ada pula perlian yang menyinggah. Hmm.. dia sudah taubat nak buat dosa ke apa?

"Kak Aqish, cepat. Nanti kita kena tinggal dengan papa." ujar Zaheen yang tanpa aku sedar masih setia berdiri dekat denganku.

Bibirku menguntum senyum memandang wajah Zaheen. Tak semena-mena tangan Zaheen aku genggam erat lalu aku bawa dia merapati Zaharil yang semakin menjauh ke bahagian barang dapur.

Sesekali aku lihat Zaharil mencapai beberapa barang mentah dan kering yang kebanyakannya aku tak tahu apakah benda alah itu. Dia hanya ambil dan pergi. Tak banyak cakap pun malah memek mukanya juga tampak biasa.

Setelah beberapa kali pusing pasaraya tersebut akhirnya Zaharil menolak troli menuju ke kaunter pembayaran. Aku pula masih membuntutinya dari belakang. Sedari tadi, dia langsung tak memandang ke arah aku. Hmm.. mungkin dia tak sukalah itu. Pfft.. aku perlu ke kisah fasal suka tak suka dia itu?

Selesai sahaja membuat bayaran, lelaki itu tidak meneruskan perjalanannya malah dia menunggu aku merapatinya. Bila aku dekat di sisi Zaharil, dia pandang wajah aku dengan pandangan tanpa perasaan.

"Kalau tak reti buat kerja, jangan bekerja." spontan ayat sinis itu dia hamburkan pada aku.

Terpaku aku bila mendengarkan ayat pedasnya itu. Huh!! Ayat dia.. ih!!! Saja minta kaki perisa strawberi ke apa dia ni?

"Saya pengasuh.." balasku dengan nada perlahan. Kalau boleh aku nak dia dengar apa yang aku ungkapkan itu.

Zaharil yang menolak troli menuju ke restoran KFC sekadar tersengih. Hmm.. aku rasa dia dengar apa yang aku cuba katakan. "Then, kalau pengasuh pun kenapa? Tak layak beli barang dapur?"

Haih, aku baru jawab satu.. dia pergi serang aku dengan soalan cipumas nya itu. Huh!! Susah betul kalau bekerja bawah orang yang selalu nak betul ni.

"Sorry." akhirnya aku kalah. Bukan sebab dia betul tapi sebab aku malas nak bertikam lidah yang aku tahu penghujungnya, pasti aku akan mengibarkan bendera putih juga.

Untuk seketika, Zaharil diam saja. Kakinya masih diatur kemas menuju ke arah KFC. Zareen pula sudah teruja. Al-maklumlah, siapa aje yang tak sukakan KFC? Ayam rangup dengan sos cilinya. Slurrpp..

"Jangan banyak merungut untuk buat sesuatu kerja. Kalau kau jadi pekerja aku kat pejabat, maybe tanpa banyak alasan.. aku akan buang kau." selamba ayat itu dia berikan pada aku bila kaki kami bertiga memasuki restoran KFC.

Wajahnya aku pandang. Nampak sangat tak berperasaan walaupun lepas bagi ayat pedas berasap itu. Huh? Hati jenis apa mamat ni sebenarnya? Dah sakitkan hati orang, boleh pula dia buat muka penuh innocent nya itu?! Erghh!! Geramnya..

Lama aku berdiam diri. Selesai sahaja pesanan dibawa ke meja, aku terus meminta diri untuk pergi. Lelaki itu pula buat tak layan. Macam tak kisah kalau aku ada ataupun tak ada kat situ.

Tanpa menunggu masa yang lama, aku terus mengatur langkah keluar dari restoran tersebut. Apabila merasakan diriku sudah jauh dari orang ramai, aku terus menghentak kaki kerana geram!

Ya Allah, kenapalah aku dipertemu kan dengan lelaki yang menyakitkan hati ini? Sudahlah mulut serupa makcik bawang, lepas itu suka tayang wajah tak beremosi. Argh!! Stress aku kalau menghadap perangai boss macam itu tiap hari?

Huh?!! Patut ke aku fade up untuk jadi pengasuh? Tapi.. Satu keluhan berat aku lepaskan. Kalau aku pergi, nanti.. aku takkan dapat juga Zaheen. Sudahlah aku ni dah terlanjur sayang dengan anak mamat muka kejang itu. Haih!!

Aku menarik nafas dalam. No! Buat semebtara waktu itu, kau bertahan aje dulu, Aqishah. Biasalah mamat berlagak memang macam itu. Ingat dia dah ada duit, dia bagus segala benda? Pfft.. fikir dua kali dululah sebelum rasa diri itu bagus, getus ku dalam hati.

Tidak mahu terus berlama-lama melayan perasaan, aku terus menyusun langkah menuju ke arah toilet yang tidak jauh dari tempat ku berdiri. Baru sahaja aku mahu membelok ke kiri, tubuhku tak semena-mena dilanggar dari depan.

Tubuhku yang baru sahaja mahu jatuh terduduk terus ditarik seseorang dari arah hadapan. Tergamam aku sejenak tatkala tubuh ku dan tubuh lelaki yang langgar aku tadi bersentuhan.

Tak semena-mena, aku tolak tubuh nya kasar. Terus, dia terundur ke belakang sedikit. Mata kami saling bertembung.

Kali ini aku terpaku. Lelaki itu juga turut sama terkejut sebelum akhir nya terbit sebingkis senyuman di birai bibirnya.

"Ha-Haris?" aku sebut namanya.

Dia masih tersenyum. Atas bawah ku dibeleknya.

"Hai, Aqish. Lama kita tak jumpa kan?"
...

Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)Where stories live. Discover now