BAB 47

32.6K 1.3K 21
                                    

Kakiku aku atur merapati rumah villa Zaharil. Satu senyuman pahit menyinggah ke bibirku tatkala terpandangkan rumah itu. Rumah yang telah mengisi pahit manis aku selama hampir dua bulan aku bekerja di situ. Yurp, kebanyakannya kenangan yang boleh buat sakit hati tapi tetap aku suka.

"Kak Aqishah!!" sorak suara kecil itu dari arah sisi ku tatkala langkah kaki ku merapati pintu utama rumah tersebut.

Tergamam aku apabila melihat Zaheen berlari-lari anak mendapat kan aku. Terus aku melutut atas tanah menanti dia masuk ke dalam pelukan ku. Akhirnya, tubuh kecil itu aku peluk erat sambil air mataku bercucuran deras. Ya Allah, rindu nya aku dengan Zaheen.

Dari jauh, aku lihat Engku Dahlia merapati kami berdua dengan langkah perlahan. Sayu sahaja pandangan yang dia berikan pada aku. Mungkin terharu melihat pertemuan antara pengasuh dan anak majikannya barangkali?

Aku melonggarkan pelukanku lalu kedua-dua belah bahu Zaheen aku pegang. Pipi comelnya aku belai lalu mataku yang masih berkaca pandang anak mata coklatnya. Muka Zaheen nampak sangat sebak melihat aku.

"Kenapa kak Aqish tinggalkan Yeen? Yeen taknak akak tinggalkan Yeen." lirih saja nada suara Zaheen. Riak kesal dipamerkan.

Makin berkaca air mataku. Kak Aqish pun taknak tinggalkan Yeen, sayang. Papa Yeen yang buang kak Aqish, getusku hanya mampu dalam hati. Sampai sekarang, aku masih tak faham kenapa Zaharil buang aku. Takkanlah disebabkan kejadian itu, dia taknak jumpa aku?!

"Kak Aqish pun taknak tinggalkan Yeen.Akak rindu kan Yeen." ucapku dalam nada sebak. Rambut Zaheen yang lebat itu aku sapu.

Engku Dahlia sekadar memerhati sahaja kami berdua. Sempat aku melihat wajah tua itu. Senyumannya terukir penuh makna bila lihat Zaheen dan aku buat drama pagi kat situ.

"Yeen.."seruan seseorang dari arah belakangku buatkan aku tergamam.

Serentak itu, aku bangun lalu menoleh ke arah Zaharil. Entah sejak bila dia berada di situ pun aku tak pasti. Zaheen yang tadinya ada dengan aku terus dipegangnya. Wajah Zaharil tampak seperti biasa, tidak bersalah atau apa..

"Encik Megat.."seruku. Aku berani kan mataku menatap wajah lelaki itu. Air mata yang berbekas pada pipi ku aku seka.

Zaharil juga turut sama menatap wajah aku. Namun, tak lama lepas itu dia terus menoleh ke sisi. "Bukan aku dah pecat kau ke? Buat apa lagi kau datang ke sini?" mendatar sahaja soalan yang terhambur dari mulutnya.

Aku ketap bibir. "Kenapa encik pecat saya? Apa salah saya sampai encik buang saya? Kalau disebabkan kejadian malam itu, saya minta maaf tapi tolonglah.. jangan buat saya macam ni!" aku sudah mulai merayu. Wajahku meminta belas dari Zaharil.

Lelaki itu tampak seperti tidak mahu dengar rayuanku. "Kau tak buat salah apapun." balasnya spontan.

Dahiku sudah berkerut. "Habis itu, kenapa encik pecat saya? Kalau saya tak buat salah apa-apa, kenapa saya dibuang?"

Untuk seketika Zaharil diam. Pandangannya ditundukkan ke bawah. Aku dengar dia menarik nafas dalam lalu menghembuskan nya perlahan. Akhirnya, dia lagakan anak matanya dengan anak mataku. Pandangan yang tak berperasaan.

"Kenapa kau rahsiakan siapa kau sebenarnya? Kenapa tak dari awal kau bagitahu siapa kau pada kitorang? Bagi aku, orang yang tipu keluarga aku.. memang dia ada niat tak baik pada keluarga aku." spontan jawapan itu buatkan aku terpinga.

Sanggup dia tuduh aku macam itu? "Saya tak bermaksud nak tipu encik Megat. Saya rasa semua itu tak penting. Saya memang ikhlas nak buat kerja ni.. saya memang nak.." belum sempat aku menghabiskan ayatku, Zaharil mencelah.

"Tak bermaksud tapi kau dah berjaya tipu aku. Kau kata kau orang biasa, then you don't tell me about your parents and now you say you tak bermaksud nak menipu?" kali ini nada suara Zaharil sedikit beremosi.

Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)Where stories live. Discover now