BAB 68

50.8K 1.6K 62
                                    

Kakinya diatur keluar dari perut kereta BMW yang dipandunya. Dari jauh, Zaharil lihat Honda Civic milik Aqishah terparkir. Dua kilometer ke hadapan, dia lihat sebuah rumah agam yang sudah lama ditinggalkan. Perasaan Zaharil sudah mulai diserbu rasa resah dan gelisah. Baru sahaja dia mahu melangkah pergi, tak semena-mena ada seseorang yang menghalangnya.

Zaharil tergamam. Dilihatnya dua orang lelaki bertubuh lebih sasa daripadanya. Salah seorang daripada mereka mempunyai parut di wajah. Yang pasti, kedua-duanya memang muka penyangak.

"Nampaknya apa yang cik Hana katakan, betul belaka. Si Hero akan datang selamatkan heroin nya.." perli salah seorang daripada mereka dan yang seorang lagi ketawa mengejek.

"Mana anak aku?!! Mana Aqishah?!!" gertak Zaharil dalam marah.

"Diorang berdua bukannya urusan kami. Ahaha.. itu urusan cik Hana. Urusan kami adalah penceroboh kawasan ini. Awak, Encik Megat." ujar lelaki berkepala botak itu sudah mulai merapati Zaharil.

Zaharil sudah mulai mengundurkan dirinya ke belakang setapak demi setapak. Namun, tak semena-mena salah seorang daripada mereka terus menahan tubuh Zaharil daripada belakang sekaligus mengehadkan langkah yang dicari oleh Zaharil. Beberapa kali Zaharil meronta minta dilepaskan namun kedua-dua lelaki itu tidak mempedulikan rayuannya.

"Woi, tak guna!! Lepaskan akulah, si*l!!!" gertak Zaharil sudah cuba untuk mencari peluang membuat serangan balas.

Lelaki botak yang semakin maju ke hadapan itu hanya ketawa mengekek. Yurp, orang hebat seperti Megat Naufal Zaharil dengan mudah tumpas ke dalam tangan dua penyangak gred C?? Pfft... sekarang, apa hebatnya Megat Naufal Zaharil ni?

"Kau merayu dulu kalau nak aku lepaskan kau. Merayu.. melutut.." spontan permintaan itu dia hamburkan. Memandangkan sekarang dia berkuasa maka, sebarang permintaannya mungkin boleh ditunaikan oleh seorang 'Megat'?

Kali ini, Zaharil mengalihkan pandangannya menatap wajah penyangak di hadapannya itu. Sengihan penuh sinis dia berikan pada penyangak tersebut. Tak terlihat langsung riak gentar mahupun kecut bermain di wajahnya.

"Layak ke orang macam kau dapat rayuan? Pfft..kalau air ludah aku, aku boleh bagi."selamba Zaharil menghamburkan ayat cacinya itu. Bukan setakat itu, dia juga turut meludah ke arah kasut hitam yang dipakai oleh penyangak di hadapannya itu.

 Terkedu penyangak tersebut bila dihina begitu. "Si*l punya orang kaya!! Kau fikir kasut aku ni murah ke, si*l!!!!"gertaknya geram.

Wajah bengisnya berganti. Tak semena-mena, perut Zaharil menerima penangan tumbukan padunya. Terus, tubuh Zaharil jatuh menyembah bumi. Perut yang terasa senak ditekannya. Perit. Namun, Zaharil cuba kuatkan diri untuk bertahan.

Perlahan-lahan dia membangkitkan tubuhnya. Tumbukannya dihalakan ke penyangak yang berada di hadapannya itu. Sebuah tumbukannya tepat mengena ke arah pipi lelaki itu namun sayangnya, tubuh lelaki itu tidak tersungkur. Hanya wajahnya saja yang berkalih arah.

"Tak guna punya orang kaya!!!"herdik lelaki itu dalam nada bengang. Pipinya yang sudah memerah sakit dipegangnya dengan hati yang panas.

Yurp, memalukan bila dipukul oleh mangsa sendiri. Mana letaknya harga diri dia sebagai seorang penyangak kalau tidak membalas?

Berkali-kali tumbukan dia berikan kepada Zaharil namun Zaharil berjaya menepis sehinggalah akhirnya sepakan yang dia berikan tepat ke arah pinggang kanan Zaharil sehingga Zaharil tersungkur ke lantai tanah.

Perit yang dirasakan pada tubuhnya kini teramat pedih. Zaharil cuba untuk bangun namun dadanya disepak kasar oleh seorang lagi penyangak. Tak semena-mena mulutnya memuntah kan darah merah. Mata Zaharil sudah terasa kabur namun dia cuba pertahankan diri untuk tidak pengsan.

Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)Where stories live. Discover now