BAB 66

40.3K 1.4K 64
                                    

Sepasang mata comelnya meliar memandang sekeliling. Memandang kan usianya masih belum matang jadi, Zaheen anggap ianya tidak begitu menakutkan. Lagi-lagi bila dia keluar bersama orang yang dia kenal, Hana..

Kereta 'Peugeot' yang dipandu Hana akhirnya berhenti di hadapan rumah agam yang sangat lama. Kawasan di sekitarnya ditumbuhi semak samun yang hijau meninggi. Yurp, tempat yang tak sesuai untuk didiami oleh seorang manusia.

Sempat mata Hana melirik ke arah Zaheen yang duduk di sebelahnya. Sebingkis senyuman nipis terukir di birai bibirnya. Walaupun idea untuk menculik Zaheen bukannya suatu idea yang cukup bernas namun.. ini adalah satu-satunya cara untuk mengugut Aqishah untuk lepaskan Zaharil. Pfft.. cerdiknya Hana.

"Auntie, ini ke rumah baru papa yang auntie cakap itu?" soal Zaheen mengalihkan pandangannya pada Zaheen.

Hana sekadar mengangguk sambil senyum manisnya ditayang. "Ih, comel lah Yeen ni. Bijak betul Yeen ni kan." puji Hana sempat mencuit pipi gebu Zaheen.

Budak kecil itu menarik senyum lebar apabila Hana memuji nya bijak. Yurp, dia masih budak hingusan yang percaya orang sekelilingnya baik belaka. Polos.

"Jom ikut auntie. Papa Yeen tengah tunggu Yeen kat dalam itu. Jom." ajak Hana memujuk Zaheen dengan nada lembut.

Tanpa berfikir panjang, Zaheen terus keluar dari perut kereta Hana. Berlari- lari anak dia mendapatkan Hana yang sedang menunggunya. Tangan Hana digenggamnya erat lalu dia menuruti langkah Hana menuju ke rumah agam lama tersebut.

Masuk sahaja ke dalam rumah, Zaheen sudah mulai diserbu seram sejuk. Keadaan rumah yang sangat kotor dan ditumbuhi semak samun itu berjaya menyuntikkan rasa seram dalam jiwanya. Terus dia alihkan pandangannya ke arah Hana yang masih meneruskan langkahnya.

"Mana papa, auntie?" soalnya dalam nada takut.

Hana langsung tak menoleh ke arah Zaheen. Senyum perlinya makin melebar. "Kejap lagi Yeen jumpalah papa. Yeen ikut aje, auntie." balas Hana dan kali ini nadanya sedikit keras.

Zaheen sudah mulai rasa tidak sedap hati. Sekeliling rumah itu dibeleknya. Seram dan langsung tidak ada jejak manusia di dalam nya. Takkan mungkin, papanya sanggup tunggu di sini?

"Auntie nak bawa Yeen ke mana ni, auntie?" soal Zaheen kali ini sedikit membentak. Tangannya yang digenggam Hana cuba dilepaskan namun makin itu.. pegangan Hana makin erat.

Hana sudah menarik senyum. Beberapa kali Zaheen meronta minta dilepaskan namun sia-sia sahaja.. Hana langsung tak dengari permintaannya yang itu.

Tiba di hadapan sebuah bilik, secara kasar Hana menolak tubuh Zaheen masuk ke dalam bilik itu. Tadi, dia fikir nak berlembut namun nampak gayanya budak kecil itu lebih pintar daripada apa yang disangkanya..

Zaheen yang jatuh di atas lantai cuba berlari mendapatkan pintu. Baju sekolahnya yang sudah kotor langsung tak dipedulinya. Namun, Hana lebih pantas mengunci pintu.

Senyuman Hana makin melebar. Ketukan demi ketukan yang singgah pada pintu langsung tak menjentik rasa bersalahnya. Tangisan Zaheen yang samar-samar kedengaran juga langsung tak mencuit rasa kasihan dalam jiwanya.

Yurp, bila jiwa dirasuk rasa dengki dan benci.. rasa bersalah dan simpatinya makin terkikis.

Tak semena-mena Hana meninggal kan rumah tersebut. Senyuman lebar nya makin terukir. Selagi Zaheen ada dalam tangannya.. dia yakin dia boleh dapatkan Zaharil dengan cara mudah.
...
Sudah dua hari berlalu semenjak kehilangan Zaheen. Zaharil juga telah membuat laporan polis dan kami mengesyaki Hana di sebalik penculikan Zaheen ni. Yurp, sudah dua hari kami semua menjejaki Hana namun.. dia masih tidak menunjuk kan kelibatnya.

Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)Where stories live. Discover now