BAB 45

32.6K 1.2K 43
                                    

'Tuk! Tuk! Tuk!'

Aku yang sedang bertungkus lumus di dapur menyiapkan makan malam terus menoleh ke arah pintu utama yang agak terletak jauh dari dapur. Untuk kali pertama, aku hiraukan namun buat kali kedua.. ketukan itu masih kedengaran memecah keheningan dalam rumah.

Sesekali aku belek jam dinding yang tergantung di dapur. Rasanya, hari ini Zaheen balik pukul 2 petang. Jadi, kalau bukan Zaheen.. siapa pula yang berada kat luar itu?

Untuk kali ketiga, ketukan itu berbunyi lagi namun bunyinya kedengaran lebih keras. Segera aku matikan api sup tulang yang baru sahaja mahu mendidih. Terus aku berlari anak mendapatkan pintu rumah. Sesekali, aku rapikan rambutku yang menutupi dahi.

Tombol pintu rumah aku capai lalu kelibat seorang gadis berdiri di hadapanku buatkan aku terdiam. Wajah gadis itu bengis sahaja memandang aku. Tiada secalit senyuman yang terhias di birai bibir nya. Yang ada cuma pandangan tajam yang mahu menerkam.

"Apsal lambat sangat kau buka pintu, hah?" soal Hana dalam nada marah. Pandangan tajamnya masih ditayang pada aku.

Aku? Pfft.. sekelumit rasa takut pun tak tertanam dalam hati aku untuk perempuan itu. Yurp, aku tak suka perangai Hana yang suka jaga kain keluarga Zaharil.

Pernah satu hari itu, dia balik dengan Zaharil dan mula buat hal. Kalau hal itu tak ada kaitan dengan aku, tak apalah juga.. ini tidak, dia siap perli aku punya kerja. Kadang, masakan yang aku masak juga kena tempias nya.

"Saya buat kerja tadi." ujarku sudah berdalih. Sengaja aku larikan mata ku dari memandangnya. Pandang buat sakit hati pun tak guna juga.

Aku dengar dia berdesis. Mengejek aku saja nadanya. "Tunjuk rajin, belakang malas pun tak guna juga kan? Well.. sebab apa yang kau buat tu just nak perhatian daripada Megat aje kan?" tempelak nya dalam nada sinis.

Aku sudah kacip gigi memandang nya. Geram juga bila dituduh begitu. Well, aku bukannya Lauren Aqishah yang suka tunjuk diri ni buat kerja.. Aku memang komited pada kerja yang aku buat even itu melibatkan pekerjaan sementara aku ni.

"Kalau cik Hana datang sini cuma nak jumpa encik Megat, then you can go now. Dia tak ada kat rumah. And, please.. jangan nak cari fasal dekat saya. Saya hormat cik Hana as my bos's friends." ujarku dalam nada sedikit tegas.

Memandangkan Zaharil tak ada kat rumah, biar aku tunjuk belang aku sikit. Perempuan ini pun memang saja beli tiket tol menghala ke jalan cari nahas sebenarnya. Kecik besar kecik besar aje aku tengok dia. Pfft.. nasib baik tinggi.

Kali ini kata-kataku disambut tawa nya. Sinis. Aku sudah berkerut dahi. Dah nak kalah ke, cik kak? Aku buat tebakan spontan. Sempat juga aku curi-curi jeling perempuan itu. Pfft.. dia mengata aku nak menggoda Zaharil? Habis.. dia itu? Tak menggoda namanya kalau asyik nak berkepit dengan Zaharil.Bukan setakat berkepit, siap minta Zaharil buat macam-macam. Huh!! Kata orang, dia yang lebih.

"Wou, cik Lauren. Or, I might say cik Lauren Aqishah binti Jaafar Ibrahim. Anak kepada pengusaha syarikat Jaibs Holding, lepasan seni lukis dan bakal menerajui syarikat ayahnya. Hmm.. why now you choose babysitter as your job? Huh?!! Pelik nya."

Kata-kata Hana buatkan aku jadi mati kata. Tak sangka perempuan itu tahu siapa aku sebenarnya. Walaupun aku sedikit resah tentang perkara itu namun, aku cuba untuk kawal. Yurp, jangan terlalu nampak sabgat gelabah kau itu, Aqish.

Terus aku ukir senyum pandang Hana. Ikatan sanggul yang aku buat pada rambut perangku, aku tanggalkan lalu dengan penuh beralunnya, rambut aku jatuh. Senyumanku masih terukir. Cuba sembunyikan rasa gementar yang bermaharajalela ketika ini.

"So, why kalau aku anak kepada Encik Jaafar Ibrahim pun? Salah ke kalau aku buat kerja pengasuh ni sebagai parttime?" nice, Aqishah. Tunjuk siapa kau pada dia.

Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)Where stories live. Discover now