BAB 32

30.8K 1.3K 19
                                    

Cahaya pagi yang menerobos masuk melalui jendela sediit sebanyak membuatkan lenaku terganggu. Disertai dengan bunyi burung bercicipan dari luar, akhirnya aku mengalah untuk meneruskan aktiviti tidurku.

Perlahan-lahan aku menggeliat. Mataku yang masih mamai aku buka. Tak semena-mena buntang mataku tatkala melihat sekeliling. Erk? Ini bukannya bilik tidur aku tapi.. Gulp! Ini ruang tamu rumah Zaharil!!

Terus aku bangunkan tubuhku. Untuk seketika, aku belek tubuhku. Pakaian yang semalam masih tersarung pada tubuhku. Huh!! Sah! Aku memang tertidur kat rumah Zaharil semalaman ni. Selimut yang bersepah di atas peha aku, aku alihkan..

Haih, entah macam mana selimut tu ada kat atas badan aku pun tak tahu lah. Mungkin Zaheen yang bawakan untuk aku kot? Fikirku.

Terus senyuman ku terukir. Sweet sangat Zaheen ni.

Kerana masih terlalu mengantuk, aku kuak tubuhku seluas-luasnya. Sengal-sengal kepalaku aku cuba kurangkan dengan meregang badan. Ya Allah, nikmatnya itu hanya Tuhan saja yang tahu. Lega sikit selepas semalam tidur di atas sofa. Nasib baik selesa.

"Lena tidur semalam?" teguran dari dapur itu berjaya buatkan tindakan ku mati.

Tak semena-mena aku menoleh ke arah punca suara tersebut. Terlihat kelibat Zaharil menuruni anak tangga dengan kemeja biru bersama seluar slacknya. Beg bimbitnya dipegang di tangan kanan sambil sut hitamnya terlipat di atas lengan kanannya. Nampak smart.

Serta-merta aku berdiri. Kedua-dua belah tanganku saling menggeng-gam antara satu sama lain. Pandanganku aku tundukkan memandang lantai. Yurp, dari suara pun aku dapat tahu yang Zaharil tak suka aku tidur di rumahnya.

Hmm.. masalahnya, aku tertidur kot. Bukan sengaja tidur.

"Maaf, encik Megat. Saya tak perasan yang saya dah tertidur. Maaf atas keterlanjuran saya itu encik Megat." balasku dalam nada memohon maaf.

Zaharil merapati aku. Langkah kami jauh tiga tapak. Namun haruman Dashing yang dipakainya berjaya mengusik batang hidungku. Tak semena-mena pandanganku aku angkat memandangnya.

"Lain kali, jangan buat macam itu. Kalau kau rasa hujan takkan berhenti , kau terus aje balik." mendatar namun kedengaran sedikit tegas.

Aku sudah mengangguk perlahan. Aku sedar akan kesilapan aku yang satu itu. Tapi.. bukannya aku sengaja mahu tidur tapi tiba-tiba sahaja tertidur. Mungkin aku terlalu penat agaknya sebab seharian aku teman Zaheen di taman.

"Maaf, encik Megat."sekali lagi hanya ayat keramat itu aku lontarkan.

Suasana hening membelengu aku dan Zaharil. Akhirnya, satu keluhan berat Zaharil lepaskan.

"Aku tak marah pun kalau kau nak tidur cuma tak manis kalau ada perempuan yang tidur dalam rumah lelaki yang berstatus duda." balas nya. Entah kenapa, nadanya kali ini seperti nada yang memujuk aku.

Tergamam aku tatkala Zaharil kata kan begitu. Untuk pertama kalinya, lelaki itu ambil kisah fasal aku walau-pun kata-katanya itu lebih kepada menjaga diri sendiri juga. Nada suaranya pun tak kasar. Hmm?

Aku sudah angkat kening bila tutur nya itu berjaya menerbitkan rasa pelik dalam diriku. "Encik.." belum sempat aku menghabiskan bicaraku.
Tak semena-mena suara kecil Zaheen menyapa ruang antara kami.

Aku dan Zaharil sama-sama menoleh ke arah Zaheen. Tanpa sedar, kedua-dua kami mengukir segaris senyuman bila melihat kelibat Zaheen merapari kami berdua.

"Kak Aqishah, papa.. Yeen dah lambat. Yeen lupa yang hari ini, cikgu minta Yeen baca doa untuk perhimpunan." beritahu Zaheen dalam keadaan kalut. Wajahnya  nampak resah.

Zaharil tak semena-mena membelek jam dinding yang tergantung di ruang tamu. Huh, dia juga ada hal penting pagi ini. Zaharil ketap bibir. Tak semena-mena dia mengalihkan pandangannya ke arahku.

"Kau reti bawa kereta?" soal Zaharil memandang ke arahku.

Walaupun hairan, aku balas juga jawapannya dengan anggukan. "Reti, encik Megat."

"Aku nak kau tolong hantarkan Yeen ke sekolah dia. Make sure, dia sampai awal." sempat lagi ugutan kecil dia berikan pada aku.

Huh!! Nak minta tolong pun, still pakai ugutan. Haihlah, Zaharil. Nasib baik kau handsome.

"Ermm.. boleh tu boleh tapi saya tak ada kereta." beritahuku.

Zaharil mengeluh kecil. Kunci yang berada dalam poketnya dikeluarkan lalu diberikan pada aku.
"Kau pakai kunci kereta aku ni dulu. Ingat, make sure tak ada calar balar pada kereta aku."sekali lagi peringatam dia berikan pada aku.

"Papa taknak hantar Yeen ke?" celah Zaheen apabila dia dapat memahami sedikit sebanyak perbualan Aqishah dan Zaharil.

Tak semena-mena pandangan Zaharil beralih ke arah Zaheen. Dia sudah mengeluh kecil. Nada rajuk yang Zaheen hamburkan berjaya buatkan rasa resahnya hadir. Tak semena-mena kepala Zaheen digosoknya.

"Papa ada meeting pagi ni, Yeen. Papa janji lepas aje Yeen habis sekolah hari ini, papa akan jemput Yeen. Okay?" ujar Zaharil sudah menayangkan jari kelingkingnya. Tersemat sebingkis senyuman buat anak lelakinya itu.

Zaheen pada awalnya masih keruh namun tak lama lepas tu senyuman nya terukir. Jari kelingkingnya yang kecil melingkar dengan jari papanya. Terus pipi Zaheen mendapat habuan bibir Zaharil.

Aku yang menyaksikan drama anak beranak itu sekadar melirik senyum. Entah kenapa, dalam dingin Zaharil itu aku dapat rasakan kasih sayang nya pada Zaheen.

Entah kenapa, aku jadi terharu..
...
Jarak perjalanan sekolah Zaheen dengan rumah Zaharil tidaklah begitu jauh. Nasib hari ini sangat baik memandangkan jalan utama menuju ke sekolah Zaheen tidaklah begitu sesak dengan kereta. Jadi, Zaheen sempat datang ke sekolah.. 20 minit lebih awal.

Zaheen keluar dari perut kereta apabila kereta BMW yang aku pandu berhenti di hadapan pintu pagar sekolahnya. Di situ, terdapat seorang guru yang menunggu mahu menyambut Zaheen. Lihat dari gaya dan wajahnya, umur dia seperti dalam lingkungan 20-an ke atas.

Guru tersebut mendekati kami berdua. Selesai sahaja Zaheen mengucup tanganku, sebingkis senyuman dia berikan pada aku. Aku membalas senyuman Zaheen.

"Yeen belajar betul-betul tau. Jangan nakal-nakal kat sekolah." pesanku sambil membelai rambutnya yang sudah tersikat rapi.

Zaheen menganggukkan kepala. "Terima kasih kak Aqishah." balas Zaheen lalu tak semena-mena mengucup pipiku sebelum berlari anak masuk ke pagar sekolah.

Tergamam aku tatkala mendapat ciuman daripada Zaheen itu. Tersentuh hati aku dibuatnya. Tak semena-mena terbit senyuman di birai bibirku.

Guru yang sedari tadi memerhatikan tindak tanduk aku dan Zaheen tadi terus mendekati aku. Senyuman paksa dia berikan pada aku.

"Cik ni siapa ya? Girlfriend encik Megat ke?" tanpa salam perkenalan, guru tersebut terus menerjah aku dengan soalan yang aku rasakan terlalu peribadi itu.

Aku sudah angkat kening. Hilang terus senyuman aku untuk guru tersebut bila soalannya berjaya buat kan rasa hairan ku bangkit.

Sebuah gelengan aku berikan. "Saya cuma pengasuh Zaheen aje, cikgu. Kenapa ya?"

Terdengar keluhan lega meniti keluar dari mulut gadis itu. Sempat aku membelek nama yang tertera pada nametagnya. 'Nurani'.

"Saya ingatkan kekasih encik Megat. Terkejut saya bila awak yang hantar, selalunya encik Megat yang hantar kan?" ujarnya dalam nada kecewa.

Aku menganggukkan kepala. "Erm, hari ini encik Megat ada mesyuarat jadi dia tak dapat hantar Zaheen. Dia minta saya hantarkan Zaheen ke sekolah."beritahuku.

Guru muda tersebut sekadar menganggukkan kepala. Sekali lagi, keluhannya terlepas. "Untungnya, kalau boleh dapat dekat dengan Encik Megat." keluhannya berjaya buatkan aku tergamam.

Takkanlah? Cikgu itu sukakan Zaharil ke? Aku sudah ketap bibir.

Hmm.. patutlah Zaharil terlalu berwaspada dengan perempuan. Barangkali dia terlalu rimas. Erm, mungkin?
...

Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)Where stories live. Discover now