BAB 65

40.1K 1.5K 44
                                    

"Tak guna kau, Lauren Aqishah!!!!!!" keras suara Hana mengherdik.

Tak semena-mena, barang make up yang berada di atas meja solek nya disepahkan ke lantai. Habis pecah segala bedak compact dan juga cermin make up yang dibelinya. Namun, semua itu tak mampu memujuk hati Hana yang sedang panas. Yurp, tersangatlah panas. Semuanya gara-gara Lauren Aqishah.

Masih segar dalam fikirannya, kejadian Zaharil dan Aqishah tadi. Berpegangan tangan, bermesra dan saling memberi pandangan tak tumpah seperti seorang pasangan kekasih yang saling memujuk antara satu sama lain. Ergh!!! Sangat menyakitkan mata.

"You nak terima dia macam itu aje lepas.. apa yang dia buat? Megat, huh?!" soal Hana apabila melihat Zaharil dan Aqishah saling berpegangan tangan menghadap satu sama lain.

Zaharil ketap bibir. Wajah Aqishah dipandangnya sebelum akhirnya matanya dialihkan memandang ke arah Hana yang sudah mulai berpeluk tubuh.

"Dia cuma kawan saya aje, abang. Tolonglah percayakan saya." Aqishah masih cuba membela diri. Pandangan penuh mengharap dia berikan pada Zaharil.

"She's true, Encik Megat. Kami memang kawan and.. apa yang encik Megat nampak itu semuanya salah faham. Saya dengan Aqishah hanya kawan." celah Faizul yang entah dari mana datangnya.

Zaharil mengeluh perlahan. Terus dia alihkan pandangannya memandang Aqishah. Wajah gadis itu ditatapnya dengan rasa ingin percaya. Mata bundar milik Aqishah buatkan dia tak keruan. Yurp, dia rindukan gadis itu.. sangat rindukan gadis bernama Lauren Aqishah itu.

"I trust her, Hana. I percaya yang Aqishah takkan buat semua itu." akhir nya Zaharil berdiri di pihak Aqishah.

Aqishah sudah mengukir senyum nipis. Jelas kelihatan wajah terharunya apabila Zaharil ungkapkan ayat keramat itu. Akhirnya, Zaharil ikut kata hatinya untuk mempercayai dirinya.

Tersentak Hana apabila mendengar bicara Zaharil. Dia sangat terkejut dengan pernyataan Zaharil itu. Lelaki paling dingin itu akhirnya terpujuk gara-gara seorang gadis yang bernama Lauren Aqishah? Si*l!!!!

Hana sudah menggenggam jari jemarinya. Satu kepalan penumbuk digenggamnya erat. Hatinya sudah berbisik cemburu. Kejadian tadi masih segar bertayang dalam fikiran nya sekaligus membunuh rasa bersalah dalam hatinya.

Yurp, bila cemburu menguasai hati. Ianya turut merasuk akal untuk tidak berfikir secara waras. Kerana cemburu, Hana buang rasa gentar dan membunuh Diandra. Hmm.. senyumannya terukir sinis. Kalau cemburu berjaya bunuh Diandra, mungkin perasaan itu juga akan merasuk dia untuk buat kerja yang sama sebanyak dua kali. Atau mungkin.. lebih gila lagi?

Telefon pintarnya yang berdering di atas katil terus mematikan lamunan jahat Hana. Terus matanya dikalih kan memandang ke arah telefon pintarnya. Seraya itu, langkahnya di susun menuju ke arah katilnya.

Untuk seketika nombor telefon milik pemanggil dibeleknya. Satu dengusan geram dia lepaskan. Apa lagi jantan ni nakkan daripada aku? Huh, tambah serabut kepala ajelah!!!

Dengan kasar, Hana menolak panggilan daripada Aizad itu. Dengusannya makin kasar. Tak selesai lagi masalah Aqishah, sekarang timbul pula masalah si Aizad pula! Pfft.. kalau dua orang ni wujud tak menyusahkan aku, tak boleh ke hah?!

Satu pesanan SMS masuk ke dalam taliannya. Dahi Hana sudah berkerut. Pesanan daripada Aizad. Tak semena-mena dibukanya.

'Kalau kau nak selamat, lebih baik kau call aku.'-Aizad.

Kening kanan Hana sudah terangkat. Selamat? Pfft.. apalagi taktik mamat ni nak kacau hidup aku hah?!

'Kalau aku tak nak?'-Hana.
'Kau akan ke penjara.'-Aizad.

Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)Where stories live. Discover now