BAB 52

35.4K 1.3K 59
                                    

Ke hulu ke hilir, Hana berjalan dalam biliknya. Entah kenapa kejadian tadi petang sangat-sangat buatkan dia rasa kesal hati. Tak guna punya, Lauren Aqisha!!! Dengan mudah nya dia dapat tempat dalam hati Engku Dahlia?

Terus Hana menghentak kaki kerana kegeraman. Kalau kepala Hana bawah kakinya sudah lama dia pijak agar gadis itu tak bernyawa depan matanya.

Dia fikir lepas dapat hapuskan Diandra dari hidup Zaharil, dia akan dapat peluang untuk kembali bersama lelaki itu namun nampak nya, ada perempuan lagi s*al yang ganggu hubungannya kali ini.

Akhirnya, Hana melabuhkan punggungnya di atas katil empuknya. Panas hatinya masih belum redha. Berapi saja setiap kali dia membayangkan detik yang terjadi pada petang tadi. Arghhh!! Tak guna, tak guna punya betina!!! Herdiknya dalam hati.

"Kau fikir senang macam itu aje aku akan bagi kau gembira? Aku takkan bagi kau bahagia dengan Megat, Aqishah. Aku takkan izinkan.." dia menuturkan bicaranya sendirian.

Diandra yang masih terbaring di atas katil buatkan senyuman kemenangan Hana jadi bangkit. Sedih? Ahaha.. yurp, sedih untuk tuan punya badan tapi bukan untuk Hana. Dia suka bila tengok Diandra begitu.

Lengan Diandra yang terdedah disentuhnya dan membuatkan mata Diandra terus celik. Kepala gadis itu sudah mulai menoleh ke kiri ke kanan. Yurp, sentuhan Hana itu buatkan dia dapat rasakannya walaupun matanya tak dapat melihat.

"Aril.." seru Diandra sudah mulai meraba-raba ke sekitar sisinya dan tak semena-mena tangannya dapat menggenggam sesuatu. Tangan milik Hana.

Senyuman Diandra terukir. "Aril.. awal nya awak datang?" soal Diandra sedikit teruja.

Walaupun kemalangan itu meragut deria penglihatannya namun Diandra masih bersyukur. Di saat dia rasa mahu mengalah untuk meneruskan hidup, kehadiran Zaharil buatkan dia untuk terus bertahan. Kerana kasih lelaki itu, Diandra berjaya untuk hidup sampai saat ini.

Berdesing telinga Hana apabila mendengar ucapan 'gedik' Diandra. Kalau boleh, rasa nak muntah pada wajah Diandra yang buta itu. Pfft.. kau fikir sweet ke, perampas?

"Good morning, Diandra.."beralun dia mengucapkan selamat pagi.

Kali ini senyuman Diandra luntur. Tangan yang tadinya menggenggam erat tangan Hana diperkemasnya. "Hana!!! Akhirnya, kau datang juga lawat aku.. lama aku tunggu kau." nada Diandra sedikit teruja.

Hana menarik sengih jengkel. Tak suka betul bila tengok Diandra sudah mulai bermuka-muka dengan dia. Pfft.. aku tak sebodoh kau lah, Diandra..

"Seronok ke dapat jumpa aku?" soal Hana dalam nada sinis.

Diandra sudah berkerut dahi. Terasa pelik pula pada soalan Hana untuk kali ini. "Apa kau cakapkan ni, Hana? Mesti lah aku rasa seronok.. kawan baik aku datang jumpa aku." ujar Diandra cuba membina senyumannya. Namun kali ini, nampak pahit.

Terdengar tawa sinis Hana pecah. "Liar.. kau memang tak suka kan aku datang? Well, aku tak suka nak datang jumpa kau. Cuma, nak tengok sama ada kau hidup ataupun dah mati." spontan bicara Hana buatkan Diandra terkesima.

Diandra sudah ketap bibir. Wajahnya berubah kelat. "A-apa maksud kau, Hana? Kenapa kau sanggup cakap macam itu pada aku?"

"Sebab aku benci kan kau. Ya, aku gembira sekarang. Nampaknya Tuhan tu maha Adil. Orang jahat akan dapat karma atas perbuatan yang dia dah buat. Tengoklah kau sekarang, pfft.. cacat." kata-kata Hana disertai tawa nya yang menyeringai.

"Hana tergamak kau panggil aku macam itu? Aku kawan baik kau.. kenapa kau sanggup cakap aku macam itu?" ada nada sebak di hujung bicara Diandra. Air matanya bertakung pada kelopak matanya.

Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)Where stories live. Discover now