BAB 7

37.1K 1.6K 86
                                    

Aku mencampakkan beg tangan jenama Bulberry ke atas katilku dan tak semena-mena aku hempas punggung aku ke birai katil. Panas hati aku bila mengenangkan kejadian  petang tadi. Yurp, harap saja muka tampan tapi mulutnya laser yang amat..

"Papa, Yeen dah siap makan."teruja Zaheen memberitahu Zaharil bahawa dia sudah siap makan. Selepas itu, dia senyum pandang aku.

"Bagus anak papa ni. Hmm.. lepas makan buat apa?" soal Zaharil dengan nada manja pada Zaheen.

Entah kenapa, baru kali ini aku lihat lelaki itu tersenyum. Hmm.. boleh tahan manis. Nampaknya, dia cuma akan senyum pada orang-orang tertentu sahaja. Wou, susah betul kalau dapat lelaki yang macam ni.

"Basuh tangan, papa." jawab Zaheen dengan nada teruja.

Aku yang mendengar jawapan Zaheen turut sama tersenyum. Suka lah kalau tengok budak comel pluss pandai ni. Sebiji sejibun dengan aku yang pandai and comel masa kecil dulu. Ahhaakks!!

"Hmm.. Yeen basuh tangan dulu. Nanti lepas basuh tangan, papa belanja coklat, okay?" ujar Zaharil sudahpun menawarkan hadiah yang seterusnya.

Terus semangat Zaheen dibuatnya. Kerusi ditolaknya lalu kaki kecilnya diatur menuju ke singki yang terletak tidak jauh dari tempat kami makan. Mataku sekadar melirik ke arah Zaheen yang sedang mencapai kepala singki.

"Orang-orang zaman sekarang ni memang suka ambil kesempatan kan?"tiba-tiba suara garau itu menyapa halwa telingaku.

Terus mataku dialihkan pada wajah selamba Zaharil. Lelaki itu spontan sahaja menikmati kentang goreng nya. Langsung tiada riak sinis.

"Apa maksud encik? Siapa yang suka ambil kesempatan?" aku sudah berkerut dahi.

Mana taknya, tak ada angin tak ada ribut.. tiba-tiba timbulkan bab ambil kesempatan pula. Apa kes?

Terdengar sinis tawanya menyerbu halwa telinga ku. "Memang tak tahu ke atau buat tak tahu?" soalan berbalas soalan. Dia langsung tak menjawab pertanyaan aku.

"Saya memang tak tahu apa yang encik cakapkan ni?"

"Kau sengaja nak rapat dengan anak aku kan? Hmm.. apa yang kau guna- guna pada Yeen sampai dia boleh tersuka kan kau!" hamburan kata lelaki itu buatkan aku terpinga-pinga.

Watdehek?! Anak dia baik dengan aku pun salah ke? Tak ada pun undang-undang yang menyatakan rapat dengan anak orang itu salah.. betul kan?

Awalnya, aku geram namun tak lama lepas itu bibirku menguntum sengih perli. Tisu bersih yang terletak di sebelah pingganku aku capai lalu aku sapu ke sekitar bibirku. Tenang saja perilaku ku.

"Saya tak sangka orang cerdik pandai macam encik ni boleh ada pemikiran sekolot itu?"aku kenakan dia semula. Matanya aku pandang dengan rasa tak bersalah.

Zaharil menarik sengih. "Lier.."ujar nya lalu melarikan pandangannya ke tempat lain.

Bila mengenangkan perkara itu, aku rasa sakit hati sangat-sangat. Inilah kali pertama aku jumpa lelaki yang perangainya menjengkelkan serupa dengan muka dinginnya itu. Huh!! Kau fikir kau handsome kalau acah cool gitu?

Wait?!

Terus aku tutup mulut. Setelah itu, terbit sebingkis senyuman penuh makna di birai bibirku. Yurp, mamat itu memang handsome kalau dingin.. nampak manis kalau senyum.

"Megat Naufal Zaharil.."sebutku penuh makna.

Tak semena-mena terbayang wajah lelaki itu di layar ingatanku. Wajah yang putih bersih. Matanya cantik, bibirnya merah.. Hmm. Memang tampan dan patut dipuja oleh aku, Lauren Aqishah!

Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)Where stories live. Discover now