BAB 63

37.9K 1.4K 50
                                    

"K-kau?"  terkejut gamaknya tatkala melihat aku di depan matanya.

"K-kau tunang Me-Megat kan?"  terketar-ketar dia sebut nama Megat. Muka cuaknya bertayang depan mataku.

Aku menarik senyum pendek. Yurp, semenjak Zaharil melamar aku jadi isterinya.. berita itu sampai ke media. Jadi, tak hairanlah kalau lelaki itu tahu.

Nak-nak lagi kesnya sekarang ini ada kaitan yang sangat rapat dengan keluarga Megat Naufal Zaharil. Yurp, berkait rapat dengan kematian yang melibatkan Diandra beberapa tahun dahulu.

Baru sahaja lelaki itu berura-ura mahu pergi, dengan tenang aku menghalang. Spontan tangannya aku rentap lalu aku tarik agar tidak jauh dari ku. Nasib baik dia punya badan jenis yang senang berunding jadi, Aizad terus mematikan niat nya untuk melarikan diri.

"Apa yang kau nak daripada aku, hah?!" gertak Aizad. Spontan tangan ku yang menggenggam lengannya ditepis kasar. Wajah aku dipandang nya bengis.

Namun, rasa gentarku langsung tak terusik. Dia fikir dengan buat muka minta kasut itu boleh buat seorang Lauren Aqishah rasa takut? Pfft.. mimpilah..

"Kau pun tahu apa yang aku nak daripada kau kan?.. Hm.. jadi saksi bagi kes pembunuhan Diandra. Boleh?" soalku sudah berpeluk tubuh.

Terus Aizad menggelengkan kepala. Sengihan sinisnya melingkar di birai bibirnya.

"Kau nak suruh aku bunuh diri ke apa? Pfft.. pergi mahkamah ibarat aku gantung kepala aku sendiri!" jerkahnya dalam nada sinis.

Aku tarik senyum. "Jadi, kau masih nak teruskan untuk kacau Hana daripada tolong aku?" nadaku sudah mulai menggoda Aizad.

Kali ini dahinya berkerut. Dia seperti tak mengerti tentang apa yang aku bicarakan ketika ini. Pfft.. sebagai seorang penjenayah, dia tak boleh diletakkan sebagai penjenayah kelas A. Tak cerdik dan tak bagus. Aku buat penilaian sendiri.

"Kalau itu satu-satunya cara untuk aku dapatkan duit daripada dia, aku akan buat." muktamad Aizad buat keputusan.

Kali ini ketawa ku berhamburan. Yurp, Aqisha. Teruskan permainan kau untuk menjerat penjenayah gred D ni.

Aizad sudah pandang hairan pada aku. "Kenapa kau ketawa?" soal Aizad dalam nada hairan.

"Kelakar.. kau masih kejarkan duit orang yang keras kepala macam Hana itu. Pfft.. kau rasa sempat ke kau dapatkan duit daripada Hana sebelum kau jumpa Ah Long kau?" kali ini aku selitkan masalah Aizad pula.

Tergamam Aizad mendengarkan butir bicaraku. Makin dalam kerutan nya.

"Macam mana kau tahu?"

"Aku tahu itu tak penting. Yang penting sekarang ni, kau nak atau pun tak.. bekerjasama dengan aku. Kerja kau senang, cuma jadi saksi untuk kes pembunuhan Diandra." aku sudah buat tawar menawar dengan lelaki berbadan tegap itu.

Wajah Aizad yang sedikit bercelaru itu aku pandang dengan senyum muslihat. Yurp, dalam dunia ni.. kadang jadi jahat itu perlu untuk dapatkan kebaikan yang murni. Huh, maaf Hana.. yang jahat tak patut dibiarkan bebas berkeliaran.

Wajah aku dipandangnya dengan rasa rasa ragu. "Macam mana aku nak percaya kata-kata kau?" soal Aizad sudah menggaru dagu.

Aku menarik senyum. "Kau percaya aku then kau akan dapat apa yang kau nak. Duit sebanyak RM100, 000 akan jatuh dalam tangan kau dengan semudah itu." aku menggodanya dengan nilai mata wang tinggi.

Dan, bibirku  melirik senyum tatkala umpan yang aku pasang pada Aizad akhirnya mengena. Tak susah rupa nya nak perangkap rakan pembunuh Hana yang seorang ni? Pfft.. siap sedia lah Hana.
...
Sepanjang memandu menuju ke sekolah Zaheen, Zaharil asyik mengerling ke arah anak kecilnya yang seorang itu. Wajah cemberut Zaheen mulai menimbulkan rasa teka-teki dalam hati Zaharil.

"Kenapa Yeen monyok aje ni? Yeen sakit ke?" soal Zaharil ingin tahu.

Matanya yang fokus pada pemanduan sempat dikerlingkan memandang ke arah anaknya yang masih berusia tujuh tahun itu.

Zaheen yang masih muram mukanya mengalihkan pandangan ke arah Zaheen. Mulut bebeknya yang panjang sedepa, makin panjang satu inchi kedepan. Menggambarkan rasa tak puas hati yang bersarang dalam hatinya.

"Kenapa mama Aqish tak datang jumpa Yeen? Mama Aqish dah tak sayang Yeen ke, pa?!" soal Zaheen dalam nada sebak.

Tergamam Zaharil tatkala mendengar butir bicara Zaheen. Nasib baiklah dia berhentikan kereta tepat di bahu jalan bersebelahan sekolah gah Zaheen. Kalau tidak, mau naya mereka berdua dalam kemalangan dibuatnya.

Zaharil alihkan pandangannya memandang ke arah Zaheen yang masih tak beralih dari duduknya. "Yeen rindukan mama Aqish ke?" soal Zaharil.

Terus Zaheen menganggukkan kepala. "Yeen rindukan dia. Semenjak mama Aqish tak ada, Yeen tak dapat nak main sorok-sorok. Nenek pun kadang sibuk masak kat dapur. Yeen rasa sunyi kalau mama tak ada." luah Zaheen sudah buat muka sesebak yang mungkin.

Tak semena-mena Zaharil diserbu rasa serba salah. Bila dengar luahan hati Zaheen itu, dia mulai terfikir kan Aqisha. Sudah lama rasanya dia tak berhubungan dengan gadis itu semenjak pertemuan terakhir mereka. Yurp pertemuan di mana identiti Ren, si pelukis paling terkenal itu dibongkarkan oleh dia sendiri.

Patutlah selama ini, Aqisha begitu serba boleh dalam seni lukis. Bukan setakat melukis sahaja, malah gadis itu juga bisa.. menafsir makna disetiap satu lukisan yang ada dalam rumahnya. Membayangkan itu, Zaharil agak terpesona juga. Hanya orang-orang tertentu sahaja dapat menafsir sebuah lukisan.

"Mama Aqish masih sayangkan Yeen cuma.. erm, mungkin mama Aqish sibuk." Zaharil bagi alasan lain.

Terdengar keluhan kecil Zaheen meniti keluar. Terus Zaheen menanggalkan tali pinggang keledar yang dibelitnya. Selepas mencium tangan Zaharil, kaki kecilnya melangkah keluar dari perut kereta. Yang tinggal kini hanya Zaharil sendirian dalam kereta.

Tak semena-mena kepalanya disandarkan pada bahu kerusinya. Satu keluhan berat dia lepaskan. Bila Zaheen sebut fasal Aqishah, dia akan rasa serba salah. Yurp, bersalah kerana rasa seperti memisahkan hubungan seorang ibu dengan anaknya.

Terus Zaharil mengeluarkan telefon pintarnya. Aplikasi whatsapp ditekan nya dan nama 'Lauren Aqishah' tertera pada kaca telefon pintarnya. Zaharil audah tarik nafas dalam.

Kepalanya sudah mencanang idea untuk memulakan bicara. Yurp, dia nak tanya khabar gadis itu tapi.. ergh, nanti nampak macam aku yang nakkan dia?!

'Erm, hye. Kau buat apa tu?'

Zaharil sudah pandang semacam pada pesanan yang mahu dikirim nya itu. Erm, nampak pelik pula? Okey, deleted.

'Hye. Hmm, sorry lah kalau fasal waktu itu. Aku..'

Nampak macam lelaki desperate sangat. Huh, tak rasa macam dayus ke minta maaf? Zaharil sudah berfikiran kolot. Sekali lagi, pesanan itu di hapusnya.

Akalnya sudah mencari idea untuk menyusun kata pemula bicara. Haih, susahnya nak bersembang fengan seorang perempuan ni. Kekok. Yurp, itu apa yang Zaharil rasakan.

Zaharil ketap bibir. Patut ke kalau aku..

'Aku rasa sunyi bila kau tak ada kat sini. Yeen pun tanya mana kau pergi.. Hmm, aku nak minta maaf dengan apa yang aku buat..'

Deleted!

Akhirnya, Zaharil frust sendiri. Telefon pintarnya jenama iPhone dilontarkan ke tempat duduk penumpang belakang. Pelipis mata nya diurut perlahan.

Forget it, Megat! She will be okay, you just trust yourself. She will be fine.
...

Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)Where stories live. Discover now