BAB 43

32K 1.4K 49
                                    

Tuk! Tuk! Tuk!!

Zaharil menjeling ke arah pintu pejabatnya sebelum pandangannya dijatuhkan pada dokumen dalam tangannya. Sekali lagi, ketukan pada pintu biliknya bergema membuatkan tumpuan Zaharil jadi tak fokus.

"Masuklah. Pintu tak kunci pun.." laung Zaharil dalam nada tegas. Matanya masih ralit membelek dokumen mengenai syarikat yang dipegangnya.

Tanpa salam, Hana terus meredah masuk ke dalam pejabat Zaharil. Wajahnya tampak serius. Langkah nya diatur laju mendapatkan Zaharil yang masih membelek dokumen kerjanya itu.

"Zaharil, I think we should discuss something."nadanya sudah serius. Mata Hana tajam menikam wajah Zaharil.

Tak semena-mena dahi Zaharil berkerut. Akhirnya, matanya didalih kan pada wajah bersih milik Hana. Yurp, kalau Hana serius.. benda itu memang penting.

"Apa dia?" soal Zaharil.

Dokumen yang berada dalam tangan nya ditutup. Wajah seriusnya memandang Hana. Yurp, dia rasa ingin tahu dengan perkara yang Hana mahu bincangkan itu. It's that really important.

Hana terus melabuhkan punggung nya di atas kerusi pejabat yang disediakan berhadapan Zaharil. Fail yang dipegangnya sedari tadi diletak kan di atas meja.

"Tiga hari lepas, I datang nak jumpa Yeen then, your pak guard said that Aqishah or whatever her name.. em.. that girl bring Yeen to the taman. And, you izinkan?" soal Hana dalam nada tak percaya.

Kali ini kerutan dahi Zaharil makin mendalam. "Yurp. I izinkan dia cuma dengan syarat tak payah jauh dari kawasan perumahan I. Why? That she bring Yeen to far from our home?" soal Zaharil sudah bernada risau.

Terus Hana menggelengkan kepala.
Tebakan Zaharil tak kena langsung. Yurp.

Zaharil sudah angkat kening. "So.. then, why?"

Hana ketap bibir. "Bila I sampai kat taman, I nampak perempuan itu dengan Yeen. And, tak lama lepas itu.. I nampak Yeen bersembang dengan seorang lelaki. I don't know his name but I think have met him before. And, I hear that man call Aqishah with the silly name.. sayang." jelas Hana dalam nada mengadu. Segala apa yang buruk, dibongkarkan.

Walaupun sebenarnya dengan mata kepalanya sendiri.. dia lihat Aqishah tolak kasar tubuh lelaki itu dan pergi dengan rasa marah. Yurp, benda itu perlu disimpan agar Zaharil salah faham. Tak boleh.. perempuan lain tak boleh rapat dalam hidup Zaharil!

Jelas riak tergamam pada wajah Zaharil. Namun, tak semena dia alih kan pandangannya ke tempat lain. Pandangannya ditundukkan. Kecewa, pelik?.. yurp, pelik!

"So, bukan penting pun lelaki itu. Hmm.. he doesn't touch my life anymore." balas Zaharil namun terdengar nadanya sedikit kendur. Pelik? Kenapa dia jadi terfikirkan perkara itu pula?

Hana sudah ketap bibir. Haih, susah kalau berurusan dengan Zaharil ni. Semua benda tak kisah tapi masalah nya sekarang.. Hana ambil kisah! Zaharil perlu jadi miliknya dan cara terbaik adalah singkirkan semua perempuan dari hidup Zaharil. Termasuklah si pengasuh... itu.

"And, there's another one that you don't know about your son's babysitter. Kan, Zaharil?" kali ini kata-kata Hana berjaya buatkan Zaharil termangu.

Lelaki itu sudah berkerut dahi. Wajah Hana dia pandang dengan penuh persoalan. "What do you mean?"

Hana menarik senyum nipis. Fail itu dibuka lalu dokumen mengenai Aqishah diberikannya pada Zaharil. Zaharil yang masih blurr terus mencapai dokumen tersebut, dengan teliti.. dokumen peribadi Aqishah dibeleknya.

Tergamam Zaharil bila bacanya buat kali kedua. A-anak Encik Jaafar? Pandangannya dialihkan kepada Hana. Dokumen itu diangkat lalu diserahkan kepada Hana semula. Wajah ingin tahunya disembunyikan di balik topeng tanpa perasaannya.

Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)Where stories live. Discover now