BAB 28

31K 1.2K 44
                                    

Kereta yang aku pandu memasuki perkarangan rumah banglo abahku. Dari situ lagi, aku sudah melihat kelibat ibuku yang setia menungguku di luar rumah. Sebingkis senyuman yang tersemat di bibirnya menjadi peneman. Selesai sahaja memarkirkan kereta, aku terus mendapatkan ibu yang mengatur langkah perlahan mendapatkan aku.

Tangannya aku capai lalu aku kucup. Sudah hampir seminggu lebih jugalah aku tak pulang ke rumah. Tipulah kalau tak rindu orang tua ku yang berada jauh dari ku. Namun rasa rindu itu hanya mampu aku pendam dalam-dalam.

"Abah mana?" soalku apabila hanya melihat kelibat ibu sahaja yang menunggu ku diluar.

Sempat ekor mataku melilau ke perkarangan rumah banglo Encik Jaafar. Kelihatan kereta Mercedez milik abah elok sahaja terparkir di depan rumah. Dari situ, aku buat tebakan yang abah memang ada di rumah.

Pagi tadi, aku mendapat panggilan daripada ibu dan dia menyuruhku untuk datang ke rumah. Katanya, ada benda mustahak yang mahu ibu dan abah bincangkan denganku. Kedengarannya agak serius.

Memandangkan Zaharil memberikan aku 'cuti' maka aku tanpa segan silunya bersetuju untuk pulang ke rumah. Lagipun, bolehlah aku melepaskan rindu seminggu aku pada ibu dengan abah. Walaupun aku tahu.. hanya ibu sahaja yang akan merindu kan aku.

"Abah ada kat dalam itu. Hmm, marilah masuk."jemput ibu sambil menggenggam tanganku kemas.

Tanpa banyak bicara, langkah kakiku aku aturkan memasuki rumah. Ibu membawa ku ke ruang tamu. Dari jauh lagi, aku sudah melihat kelibat abah yang sedang duduk seperti menunggu seseorang. Menunggu aku barangkali.

Entah kenapa, sejak masuk tadi aku dapat rasakan sesuatu yang buruk bakal terjadi. Wajah abah yang sedikit serius pada pagi itu pula makin menambahkan lagi kebenaran tentang tafsiran aku itu. Tak semena-mena tangan ibu aku pegang erat.

"Abah nak bincang fasal apa, bu?"soalku masih melangkah merapati abah yang berada di ruang tamu.

Ibu sekadar menarik senyum. Senyuman yang susah aku gambarkan. Terpaksa barangkali. Wajahnya seakan-akan bersalah namun aku tak pasti, bersalah kerana apa.

"Nanti Aqish akan tahu juga nanti." balas ibu. Yurp, itu bukannya jawapan yang baik untuk menjawab soalan aku.

Tiba sahaja di ruang tamu, aku terus merapati abah. Tangannya aku kucup. Wajahnya yang serius aku pandang lalu aku lemparkan senyuman. Hanya pendek sahaja senyuman yang dibalas namun aku langsung tak terasa hati. Mungkin sudah kebal hati barangkali.

Aku dah cukup kenal perangai Encik Jaafar yang sebenar. Dia sekarang jarang untuk mengukir senyum, bila berbicara dengannya, nada suaranya teramatlah dingin. Huh, jauh beza dengan abah yang aku kenal dahulu. Abah yang dulu lebih menyayangi kami, lebih menjaga kami. Namun semuanya berubah bila abah dapat tahu yang kami berdegil untuk tidak mengikuti jejaknya.

Aku dan Kak Ara mempunyai hobi yang sama malah kami berdua sama-sama mencintai bakat kami itu. Walaupun lukisan yang aku dan Ara hasilkan adalah berbeza namun tetap seni lukisan adalah bakat yang kami cintai. Kak Ara lebih kepada menghasilkan lukisan grafik seperti komik. Sudah beberapa kali, lukisan komik Kak Ara mendapat juara tidak kiralah dari peringkat sekolah hinggalah kebangsaan namun itu langsung tak berjaya mengubah pandangan abah.

Dia tetap membantah keputusan Kak Ara untuk menjadi pelukis komik. Beberapa kali juga Kak Ara membela diri dan memujuk abah namun tak berhasil. Sehinggalah akhirnya, Kak Ara mengibarkan bendera kekalahan. Jari telunjuk abah diikutinya dan sekarang tanpa rela, Kak Ara terlibat dalam perniagaan keluarga.

Nasib aku dan Kak Ara adalah sama. Bakat kami langsung tak dihargai oleh kedua ibu bapa kami. Aku pula lebih kepada lukisan yang menggunakan cat air. Bagi aku, hanya dengan melukis aku dapat luahkan segalanya yang terbuku dalam hati aku. Lukisan aku juga berjaya mendapat tempat di hati orang ramai namun bukan di hati. Seperti apa yang dia buat pada Kak Ara, dia juga turut membangkang minatku itu.

Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)Where stories live. Discover now