Hujan renyai-renyai yang membasahi bumi di luar aku pandang dengan rasa kosong. Sama kosong seperti apa yang aku rasakan ketika ini. Akhirnya satu keluhan aku lepaskan. Suasana cafe yang masih riuh dengan tetamu aku pandang untuk seketika sebelum mataku aku alihkan memandang ke arah jam tangan swatch yang aku pakai.
Jam sudah hampir menuding ke angka 2 petang namun kelibat client yang Wani katakan itu masih tak muncul juga. Haihlah, manusia. Suka sangat buat janji yang menyusahkan orang lain.
Hoodie yang menutupi kepala ku aku betulkan, penutup mulut hitam yang selalu aku pakai juga aku kemas kan. Yurp, identiti aku sebagai Ren masih perlu aku jaga rapi memandang kan ibu dan abah masih belum tahu siapa Ren yang sebenarnya. Aku taknak rahsia ni terbongkar sehingga sampai ke pengetahuan mereka.
Akhirnya aku sandarkan tubuhku ke kepala kerusi, dalam renyai hujan itu.. aku menikmati nya dengan rasa yang cuba aku tenangkan. Entah kenapa, setiap kali mahu tenang.. aku pasti akan fikirkan Zaharil. Yurp, kerana lelaki itu.. dia buat aku rasa nyaman. Lelaki yang sudah berjaya mencuri hati Lauren Aqishah..
"Maaf sebab lambat.." suara garau itu memecah lamunan ku.
Terus aku alihkan mataku memandang ke arah si empunya badan. Tak semena-mena lidahku kelu. Terasa bagai seluruh tubuhku kaku tatkala melihat kelibat itu ada depan mataku. Spontan mata coklat ku menatapnya lama.
Za-Zaharil?
"Cik Ren?" soal Zaharil sambil melabuhkan punggungnya di hadapan ku. Dia sangat tampan mengenakan baju T-shirt lengan panjang berwarna kelabu. Sangat simple tetapi smart.
Aku yang masih tak percaya dengan situasi itu sekadar menganggukkan kepala. Pandanganku aku tundukkan ke bawah. Jantungku berdebar tatkala Zaharil ada depan mataku.
Mata Hazel milik Zaharil memandang tepat wajahku. Keadaan sedikit kekok antara aku. Ini mungkin masalah paling besar dalam seumur hidup aku kalau Zaharil tahu siapa aku. Huh!!! Wani ni pun satu.. kenapa dia tak beritahu aku orang yang aku nak jumpa itu.. Megat Naufal Zaharil!!!!.
Aku sudah telan liur. Huh, aku tak boleh nak bercakap, aku tak boleh nak bersuara. Kalau tidak, Zaharil pasti tahu siapa dia Ren sebenarnya.
Huh!Terus aku koyakkan satu kertas lalu aku capai pen. Yurp, aku kena lakukan perkara sia-sia ni untuk lindungi identiti Ren daripada sesiapa.
'Maaf saya tak berapa nak sihat. Tak ada suara.'
Surat itu aku berikan pada Zaharil, dia baca cebisan kertas itu sebelum senyuman nipisnya dia berikan pada aku. Wajah aku dipandangnya lalu cebisan itu diberi kepada aku semula.
"Kenapa cik Ren tak beritahu awal-awal? Saya boleh tangguh kan ke hari lain kalau cik Ren nak berehat." balas Zaharil dalam nada sopan. Yurp, tak nampak kedinginannya di situ.
Aku tulis sesuatu lagi dalam cebisan surat itu.
'Saya tak kisah. Mesti ada penting yang abang...'
Terus aku potong ayat tu. Huh!! Susah betul nak berkomunikasi secara lisan ni. Tolonglah, Ren. Jangan.. sampai tersasul sebut.
'Saya tak kisah. Mesti ada benda penting encik nak katakan pada saya. Saya akan jawab kalau perkara itu perlukan jawapan.'
Zaharil sekadar menganggukkan kepala tatkala membaca isi yang aku tuliskan itu. Dia pandang aku semula.
"Sebelum saya mulakan apa yang saya nak cakapkan ni, saya nak kenal kan diri saya pada cik Ren. Nama saya Megat Naufal Zaharil. Bekas isteri saya sangat minatkan lukisan cik Ren. Dia suka simpan koleksi lukisan cik Ren dan.. saya tertarik pada salah satu lukisan cik Ren yang dia beli. Lukisan tentang seorang gadis yang matanya ditutup dengan kain merah. Entah kenapa, saya dapat rasakan ada sesuatu tentang lukisan itu yang ada kaitan dengan Diandra." jelas Zaharil panjang lebar.
YOU ARE READING
Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)
De Todo@Choco_Lyn @Storyke-5 @MisiMemburuSuami @Romantic @2018 @MestiBaca #Wattpads Kenapa aku pilih si duda itu menjadi suami? Haha... mungkin agak kelakar ceritanya tapi aku nak cerita juga kenapa aku pilih si duda tak berperasaan itu menjadi suami aku...