BAB 30

33.6K 1.3K 10
                                    

Mataku memerhati sahaja Zaheen yang sedang leka menyiapkan kerja sekolahnya. Dia yang duduk bersila di hadapan aku itu memang mempunyai semangat belajar yang sangat kuat.

Buktinya, hampir setiap hari Zaheen akan minta aku untuk ajarkan dia. Walaupun tiada kerja sekolah yang hendak di buat namun budak itu akan cuba belajar benda lain agar masanya terisi dengan belajar.

Hmm.. nak bandingkan Zaheen dengan aku waktu kecil dulu. Memang jauh bezanya. Ketika umurku sebaya dengan Zaheen, aku hanya tahu dua perkara sahaja. Main, main, main dan... tidur.

Bila teringatkan waktu kecil, senyum ku meleret.Ketika kecil, tak banyak masalah yang perlu aku fikirkan. Kasih sayang abah juga adil pada aku dan kak Ara. Teringat pula aku sewaktu abah menghadiahkan kami lima helai pasang baju raya setiap satu. Sewaktu hari jadi aku dan Kak Ara pun, abah takkan pernah lupa hadiahkan sesuatu untuk kami.

Apabila terkenangkan ketika itu, tanpa sedar air mataku gugur membasahi pipi. Mungkin, aku rindu kan kenangan dulu. Yurp, kenangan di mana abah sayangkan kami berdua lebih dari segala-galanya walaupun sekarang semuanya sudahpun berbeza.

"Kak Aqishah nangis ke?" soalan Zaheen menyentakkan aku.

Terkejut aku bila mendapat teguran Zaheen itu. Tak semena-mena air mata yang sudah banyak gugur aku sapu. Habis bengkak mata aku dibuatnya. Senyuman untuk Zaheen aku ukir.

"Tak adalah. Mata akak cuma masuk habuk."beritahu aku masih lagi menyeka air mataku. Hmm.. harap-harap penipuanku dimakan bulat-bulat oleh Zaheen.

Zaheen mengangguk. "Kak Aqish, Yeen dah siapkan kerja sekolah." beritahu Zaheen sambil menunjuk kan buku latihannya pada aku.

Terus aku ambil buku tersebut dari tangan Zaheen. Seketika, mataku membelek buku Zaheen. Satu persatu jawapan yang ditulisnya aku tilik dengan tekun sehingga akhir nya terbit sebingkis senyuman di birai bibirku.

Wajah Zaheen terus aku pandang. Tak semena-mena tanganku menggosok kepala Zaheen. Tiba-tiba pula aku rasa bangga kerana dapat ajar budak sepandai Zaheen.

"Bagusnya, adik akak ni. Erm.. pandai. Semua yang Yeen jawab, semuanya betul." beritahu ku dalam nada teruja.

Zaheen terus mengukir senyuman nampak gigi. Hmm.. nampak gaya nya dia juga gembira bila mendapat pujian daripada aku. Matanya juga membulat.

"Kak Aqish kena bagi Yeen hadiah ni. Budak pandai nak hadiah apa?" soal ku sudah menutup buku latihannya lalu aku letakkan ke hadapannya semula.

"Yeen nak pergi jalan-jalan."spontan jawapannya meniti dari mulut.

Aku sudah angkat kening. "Nak pergi jalan-jalan ke mana?" soalku.

Zaheen sudah tersenyum. "Yeen tak kisah pun nak pergi mana. Hmm.. dah lama Yeen tak keluar jalan-jalan. Papa asyik busy aje."keluh kanak-kanak itu dengan wajah duka.

Aku menarik nafas dalam bila melihat wajah Zaheen yang sudah kendur. Dari situ, aku sudah dapat agak yang Zaheen sudah mulai diserbu rasa sedih. Matanya yang tadi membulat girang kini kuyu memandang bawah.

Kasihan pula aku lihat dia. Hmm.. di usia yang masih kecil, terpaksa menerima penangan daripada kesibukan bapa sendiri. Sepatutnya kanak-kanak seusia ini perlu mendapatkan perhatian yang lebih.

Akhirnya aku menarik nafas panjang. Satu keluhan aku lepaskan. "Akak boleh bawa Yeen pergi jalan-jalan tapi.. akak kena tanya papa Yeem dulu. Boleh?" soal ku memandang nya.

Terus wajahnya berubah gembira. Haih lah, senang betul budak ni berubah mood. Tadi gembira lepas itu sedih selepas itu gembira balik. Ahahah..

Telefon pintarku aku keluarkan lalu nama Zaharil aku cari.

Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)Where stories live. Discover now