BAB 38

30.4K 1.4K 51
                                    

Sejak pukul 10 pagi tadi, aku menunggu giliran untuk mengambil buku laporan Zaheen. Hmm.. yurp, sepatutnya aku kena datang awal kalau aku nak balik awal. Alamatnya sekarang, aku kena menunggu lebih dari 2 jam untuk buku laporan Zaheen.

Sesekali aku berborak sakan dengan ibu-ibu murid yang datang. Yurp, topik perbualan kami takkan jauh daripada 'Anak awak dapat nombor berapa dalam kelas?'. Cliche punya soalan. Yalah, ibu mana yang taknak tengok anak dia lebih baik daripada yang lain kan.

"Ibu kepada siapa?" sapa salah seorang wanita yang duduk di sebelahku.

Aku terus menoleh ke arahnya. Senyuman aku berikan sebagai salam perkenalan. Wanita itu nampak lebih berusia dariku. Mungkin umurnya lewat 30-an, tebak ku.

Terus aku gelengkan kepala. "Saya penjaga saja, puan." ujarku.

Terus wanita itu ketawa kecil. "Haha.. maaf. Saya fikir awak ni seorang ibu. Maklumlah, pelik juga ada ibu muda kat sini. Hmm.. awak penjaga kepada siapa?" soal wanita itu sudah bertukar soalan.

Aku terus melirik ke arah Zaheen yang ketika itu sedang leka bermain tepuk tampar dengan rakan-rakan nya. Meriah kelas bila dengar tawa mereka bergema. Kemudian, wajah wanita itu aku pandang semula.

"Saya pengasuh kepada Zaheen, puan." ujarku memperkenalkan diri.

Tergamam wanita itu untuk sementara. Matanya terus beralih kepada Zaheen. "Maksud awak anak Encik Megat ke?"

Terkejut juga aku bila dengar tebakan wanita itu betul belaka. Pelik. Nampak macam famous aje nama si Zaharil ini. Bila aku sebut Zaheen, pasti kebanyakan daripada mereka semacam tak percaya. Pelik ke perangai si Megat itu? Hebat sangat ke dia itu?

Aku sekadar menganggukkan kepala. "Betul puan. Dialah."

Wanita itu terus menepuk peha ku kecil. Lenggok gediknya mulai dibuat. Allahu. Tiba-tiba pula wanita itu berubah jadi perempuan 'miang'. Aku hanya tersengih melihatnya.

"Untungnya lah awak dapat bekerja dengan Encik Megat itu. Haih, suka betul saya tengok Encik Megat itu. Sudahlah tampan, bekerjaya pula itu. Perfect." amboi, melambung pujian yang dibagi.

Aku hanya mampu senyum. Wou, makcik-makcik pun minat dia. Patut ke aku gelar dia duda pasaran hangat?

"Tampan?.. ahaha. Tak guna juga tampan tapi mulut hamis."di hujung ayat aku perlahankan bicaraku. Muka jengkel aku tayang.

"Apa dia, cik?" wanita itu menyoal bila hujung ayatku tak kedengaran.

Aku terus menggelengkan kepala. Senyuman paksa aku berikan. Cuba nak cover.

"Tak ada apalah, puan."

Setelah hampir 2 jam 30 minit menunggu, akhirnya tiba giliran aku. Sama seperti wanita tadi, guru muda dihadapan ku juga turut sama terkejut bila dapat tahu aku adalah pengasuh kepada Zaheen. Huh??! Nampaknya Zaharil memang terkenal dalam sekolah Zaheen. Pfft..

Yurp, muka kacak.. tinggi lampai, berkerjaya, kaya tapi satu aje yang hampeh. Bicaranya, lagak gayanya yang dingin dan sombong. Itu semuanya sangat menyakitkan hati aku. Kalaulah orang tahu, aku rasa mungkin tak ada siapa yang akan memuji Zaharil.

Selesai sahaja mengambil buku laporan Zaheen, aku terus bawa dia ke depan pintu pagar. Zaharil ada upah seseorang untuk jemput hantar kami berdua. Yurp, jadi terpaksa lah tunggu buat sementara waktu.

Baru sahaja kaki kami melanglah keluar dari kawasan sekolah, Zaheen terus mengalihkan pandangannya ke sisi. "Papa!!!"teruja suara Zaheen menyeru.

Aku tergamam. Tak semena-mena aku menoleh ke arah sama. Terlihat kelibat Zaharil sudah berdiri bersebelahan kereta Audinya. Masih segak mengenakan sut hitam pejabatnya.

Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)Where stories live. Discover now