Bab 16

30.2K 1.3K 16
                                    

Seperti semalam, kereta yang ku pandu aku parkirkan jauh dari rumah Zaharil. Hari ini, aku berpakaian serba ringkas. T-shirt lengan panjang berwarna hitam dan juga seluar slack berwarna putih. Huh!!

Selepas kejadian semalam, aku taubat taknak buat benda bodoh lagi dah. Ya, memang semalam adalah benda bodoh. Aku ingat dengan berpakaian seperti itu, aku dapat tarik perhatian lelaki itu tapi nampak nya aku silap.

Dia memang buta kerana tak nampak siap aku. Hanya lelaki yang matanya tak rosak sahaja yang akan memuji aku kerana kecantikan yang aku dapatkan. And.. now, kehadiran si duda anak satu ini buatkan aku mencipta satu konklusi.

Tak semua lelaki itu sama. Mereka ada selera mereka, dan pandangan setiap satunya juga kadang berbeza.

Mungkin Zaharil ni spesies yang terancam. Spesies lelaki ala-ala tak suka perempuan bergaya ni aku ingat dah lama masuk kubur tapi nampak gayanya ada seorang yang tercicir. Pfftt... pelik.

Aku andaikan si Zaharil itu sukakan perempuan yang tak terlalu over, biasa-biasa aje, acah jual mahal dan yang paling penting tak manja. Hmm.. tapi, semua ciri-ciri itu tersangatlah kontra nya dengan aku. Aku bukannya spesies yang biasa- biasa, aku jenis yang luar biasa and over..

Hmm.. susahlah kalau macam ni.

Wait, apsal aku pula yang terhegeh nak jadi macam perempuan idaman si Zaharil itu? Terus aku tampar pipi aku lembut. Wake up, Aqishah!!

Lelaki yang panggil kau badut itu kau nak suka? Please, buang perasaan kau itu. Banyak lagi lelaki bujang bersepah kat dunia ni, kenapalah si duda anak satu itu juga yang kau nak?!

Aku terus gelengkan kepala. Tidak mahu membuang masa, aku terus mengikat rambutku yang panjang paras pinggang itu. Ikat seperti ekor kuda..

Untuk yang terakhir kalinya, aku belek wajahku melalui cermin. Tak merah sangat dan biasa-biasa saja. Okey, kali ini confirm tak kena hina. Aku sudah buat tebakan sendiri.

Setelah puas, aku keluar dari perut kereta. Langkah kakiku ku atur kemas menuju ke rumah si majikan dingin aku itu. Tiba sahaja di depan pintu rumahnya, ketukan aku berikan sambil huluran salam meniti keluar dari bibirku.

Perlahan-lahan pintu rumah dibuka. Bibirku yang meleret senyum terus berubah pudar tatkala melihat orang yang kini berada di hadapan ku. Huh, rosak terus mood aku pagi-pagi ni.

Mata redupnya memandang wajah aku. Serious. Senyuman selamat datang juga langsung tak menyinggah di birai bibirnya. Kelat saja.

"Encik Megat.."seruku perlahan. Pandanganku aku tundukkan ke bawah.

Dia tidak menyahut panggilan ku. Aku rasakan ekor matanya meratah seluruh tubuhku. Aku yang menunduk ni pula rasa makin tak selesa. Takut kena ejek lagi. Hmm.. apalagi silap aku kali ni?

"Lambat." perlahan saja dia menghamburkan katanya.

Aku yang tidak sempat menangkap butir bicaranya terus mengangkat wajahku memandangnya. Mukanya tak memainkan sebarang reaksi. Acah-acah cool gitu lah.

"Maaf encik, apa yang encik katakan tadi. Saya kurang dengar." sopan aku menyusun kata.

Dia tersengih lalu menggelengkan kepala. Perilakunya itu sangat sinis. Dia berpeluk tubuh.

"Tengok jam tangan kau. Beritahu aku, sekarang ni pukul berapa?" tutur lelaki itu mendatar.

Aku sudah berkerut dahi. Jam tangan yang aku pakai aku belek. Jarum panjang sudah menuding ke angka 8.10 pagi. Terus aku alihkan mataku memandangnya.

"Pukul 8.10 pagi, encik Megat."

"Kau sepatutnya datang pukul berapa?" soalnya dengan mata penuh jengkelnya memandang aku.

Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)Where stories live. Discover now