Sambil menikmati pemandangan malam bandar Kuala Lumpur, sambil itulah kepulan asap rokok dilepas kannya ke udara. Satu persatu sedutan menyinggah pada bibirnya yang sudah nampak kehitamannya.
"Biy.."suara serak-serak manja itu menyapa halwa telinga Haris.
Serentak itu dia menoleh sekilas ke arah susuk tubuh gadis yang hanya mengenakan baju mandi. Gadis itu terus memeluk lembut leher Haris lalu kepalanya dilentokkan ke bahu Haris.
"Kenapa ni?" nada Haris memujuk.
Tak semena-mena puntung rokok yang sudah terbakar habis terus dilemparkan ke bawah. Tak apa. Nanti adalah room service yang akan bersihkan sisa rokoknya itu. Yurp, hotel lima bintang kot.. takkan tak provide best quality room service kan?
Tangan lembut gadis itu diusapnya perlahan. Dalam banyak-banyak perempuan yang dia pernah tiduri, gadis itulah yang paling dia suka. Dia suka lihat tubuh seksi Cindy yang mengiurkan dan juga kulit putih mulus yang telah diciptakan oleh Tuhan untuk gadis itu.
"Jom mandi sama." ajak Cindy dengan suara manja. Berharap agar suaranya itu berjaya memujuk lelaki bernama Haris itu ikut serta untuk mandi bersama.
"You mandilah dulu, I nak rehat kejap. Nanti kalau I rasa nak mandi dengan you, I akan pergi.." beritahu Haris lalu mengucup lengan Cindy lembut.
Pada awalnya Cindy mengeluh namun akhirnya dia akur. Selesai memberikan kucupan hangat pada pipi bersih milik Haris, dia terus mencapai tuala lalu menghilang di bilik air.
Haris sekadar tersengih nipis. Yurp, dengan harta yang dia miliki. Dia boleh sesuka hati untuk dapatkan perempuan yang dia suka, malah tidur dengan perempuan yang dia inginkan juga sangat mudah. Hanya petik jari dan sepuluh gadis akan beratur untuk dapat bersama nya.
Cuma, dalam kalangan sepuluh orang perempuan itu.. semua tak berjaya menjentik hati Haris. Yurp, kerana perempuan yang beratur itu sangat murah untuk dia dapat. Seorang saja yang Haris rasa sukar untuk dia dapatkan. Senyuman penuh makna terukir di birai bibirnya.
Lauren Aqishah..
Anak bongsu kepada Encik Jaafar. Entah kenapa, saat pertama kali anak matanya memandang wajah gadis itu.. dia sudah mulai terpesona. Mungkin itulah yang orang katakan cinta pandang pertama. Dia fikirkan bahawa dirinya akan disatukan dengan Aqishah namun sangkaannya meleset apabila dia secara paksa ditunangkan dengan Ara, anak sulung encik Jaafar.
Lamunan Haris mati tatkala telefon pintar yang diletakkan di atas meja kaca di sisinya bergetar. Haris panjangkan leher mahu melihat siapakah gerangan yang mengusik lamunannya tadi. Satu sengihan Haris terukir.
Pfft.. Still tak berputus asa, huh?
Sejak dua hari lepas, dia asyik dapat panggilan daripada Ara. Setiap satu hari itu, dia dapat lebih 30 kali panggilan daripada nombor yang sama dan nombor itu adalah nombor Ara. Haris suka bila 'sakat' Ara begitu. Biarkan bekas tunangnya itu rasa marah dan geram dengan tindakannya.
Sekali lagi telefonnya bergetar. Still, daripada nombor yang sama. Satu keluhan Haris lepaskan. Akhirnya dia kalah.
"Apa kau nak?!" soal Haris apabila panggilannya diangkat.
"Kau masih tak guna, Haris. Still, nak mengganggu hidup orang lain." mendatar nada suara Ara namun terselit rasa geramnya.
Kali ini, Haris ketawa kecil. "What do you mean, huh? Aku ganggu hidup siapa?!" Haris buat-buat tak tahu. Yurp, buat-buat tak tahu.
"Stop jadi lelaki bodoh, Haris. Kau tahu kan apa yang aku maksudkan? Hentikan rancangan kau nak jadi kan adik aku sebagai isteri kau. Stop doing that thing!" amaran keras Ara berikan.
YOU ARE READING
Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)
Random@Choco_Lyn @Storyke-5 @MisiMemburuSuami @Romantic @2018 @MestiBaca #Wattpads Kenapa aku pilih si duda itu menjadi suami? Haha... mungkin agak kelakar ceritanya tapi aku nak cerita juga kenapa aku pilih si duda tak berperasaan itu menjadi suami aku...