CYKB:54

6.2K 281 61
                                    

TOMBOL pintu dipulas dari luar selepas beberapa ketukan diberikan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TOMBOL pintu dipulas dari luar selepas beberapa ketukan diberikan. Pintu terbuka dan wajah serius Raziq tersembul. Raziq biarkan pintu terbuka luas sambil matanya masih merenung Hazel dari kejauhan. Sementara Hazel beriak selamba, mengawal riak mukanya.

Dia yakin, mesti Raziq marahkan hal semalam. Pura-pura tak sedarkan kewujudan Raziq, Hazel mengagah kembarnya. Dapat dia rasa tilamnya beralun sedikit, menandakan Raziq menghempap punggungnya di situ. Dia menjeling dari hujung mata. Raziq duduk di birai katil sambil merenungnya tajam.

Hazel langsung tak pandang muka Raziq biarpun renungan Raziq terasa seperti mahu tembus badannya saja. Dia berpura-pura mengagah kembar yang masih aktif. Memanglah aktif. Baru bangun tidur, nak ajak bermainlah. Digoyangkan tangan Amelya ke udara bersama senyuman lebar.

"Lia cuba nak bunuh diri?"

Seperti yang dijangka, soalan itu muncul dari dua ulas bibir Raziq.

Hazel kunci mulut walaupun dia sudah tak tentu arah mendengarkan suara serius Raziq menendang gegendang telinganya. Raziq adalah orang yang paling susah nak serius. Bila dia serius, itu bermakna dia tak main-main. Dia kecewa, dia marah dan dia risau akan Kamilia Hazel.

Inilah Raziq versi beku.

"Kenapa buat macam tu? Lia tahu tak apa hukum bunuh diri? Berdosa besarkan?" Raziq menatap Hazel yang tidak memandang dirinya.

Rahang lelaki itu bergerak-gerak, tanda dia sedang menahan amarahnya. Tindakan Hazel semalam sangat tak patut! Mereka semua risau jika Hazel betul-betul bunuh diri dengan cara terjun bukit. Yang lebih menanggung rasa bersalah semestinya Datin Harsyifah kerana membenarkan Hazel keluar tanpa pantauannya.

Dia dan Dato Kusyairi lega bila Datin Harsyifah cerita yang Andra, kawan sekolah Hazel dulu ada di tempat kejadian dan sempat menyelamatkan Hazel sebelum Hazel terjun. Raziq benar-benar mahu berjumpa dengan lelaki yang sudah menyelamatkan nyawa adik sepupunya itu.

"Lia tahulah, bang. Tak payah cakap kat Lia benda yang Lia dah tahu. Lia tak bodoh. Abang nak risau apa lagi? Sekarang, Lia ada aje depan mata abang ni. Hidup lagi. Tak payah risaulah." Hazel membalas dengan nada tidak puas hati bila Raziq menyoal seperti dia tak tahu hukum-hakam.

Raziq tak patut melayannya seperti budak-budak. Dia bukan di tahap itu. Dia sudah punya anak!

"Tak bodoh? Tapi Lia dah buktikan pada abang yang Lia memang bodoh." Raziq tak mampu tahan lagi rasa marahnya. Tak pasal-pasal dia sudah terlepas melabel Hazel benda yang tidak baik.

Dia sendiri rasa mahu mencarut pada diri sendiri kerana telah menggelar Hazel dengan perkataan tak baik itu tetapi separuh hatinya menghalang kerana Hazel memang patut kena marah dengannya selepas apa yang terjadi semalam!

Pantas saja Hazel menoleh ke arah Raziq dengan muka berkerut. Sedikit tersinggung dan tercabar bila digelar 'bodoh' oleh lelaki itu. Benarlah, Raziq memang marah sungguh!

Cinta Yang Kau Benci (EDITED VER)Where stories live. Discover now