💣1

4.7K 445 70
                                    

Detention?

Perkataan yang tidak asing pada deria pendengaranku. Penat? Semuanya hilang sebab aku dah terbiasa dengan semua denda ni. Setakat 3 hari ni, celah gigi. Apa saja yang aku tak pernah buat?

Cuci tandas? Selalu sangat.

Bersihkan kawasan sekolah? Semua pekebun dah cam muka aku.

Cuci stor sukan? Aku yang mudahkan tugas guru-guru Pendidikan Jasmani.

Lari keliling padang? Dah berotot betis ni.

Tekan tubi? Otot lengan aku ni dah sekekar otot lengan atlet sekolah.

Segala jenis denda aku dah pernah kena. Tapi, aku buat semua denda ni dengan rela hati sebab Cikgu Jung teman. Sekurang-kurangnya ada juga orang yang ambil berat pasal aku. Dia kata, walaupun aku nakal tahap dewa, tapi aku perempuan. Dia risau aku kena culik. Romantik kan dia?

"Hara, termenung apa lagi tu? Buat kerja tu cepat sikit" aku benci dengar suara makhluk ni. Pembolot, Kang Daniel. Ketua pengawas dan ketua segala-galanya dekat sekolah. Dia musuh nombor satu aku. Dengan orang lain, elok saja layanannya. Dengan aku, perilakunya tak ubah seperti makhluk bertanduk dari neraka.

S

K

I

P

Selepas 3 jam, detention aku tamat untuk hari ini. Esok dan lusa ada lagi. Aku mengambil beg dan bersiap sedia untuk pulang. Tapi, seperti kebiasaan, si Daniel ni memang benci melihat aku bahagia.

"Nak balik dah ke? Denda kau tak habis lagi" tangannya disilangkan ke dada. Ingat macho sangatlah tu?

"Eh, taklah. Aku nak masuk ke hati Cikgu Hoseok. Buta ke? Nak baliklah. Takkan nak pergi rumah kau pula"

"Tekan tubi 10 kali sebelum balik. Dekat atas tar--" aku pun jatuhkan beg galas ke atas lantai. Tapi, dengan pantas dia membidas

"--dengan beg sekali" anjing! Ada hari, aku balas. Tunggu kau. Aku melakukan 10 kali tekan tubi sepantas mungkin. Setelah selesai, aku meniup sedikit buku lima yang calar-balar itu.

"Ala, kasihannya dia. Muka merah-merah tu. Penat? Nak balik? Esok kita repeat, okey?" dia tayang muka babi minta penampar pakai kulit durian.


{🌟} Vote 😘

[💬] Comment 😍



Salam sayang dari author, love you to the moon and never come back 😘💓

Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•Where stories live. Discover now