"Argh! Sial!" Daniel membuka topeng yang menutupi identitinya. Kunci kondominium yang disalin dari kunci asal Hwayoung dilempar ke lantai. Lelaki itu terjelopok ke lantai dan meraung sekuat hati.
"Bodoh! Kenapa kau selamatkan jantan tak guna tu hah?! Kenapa!" Daniel menghentam pintu bilik dengan buku limanya. Tak semena-mena darah mengalir membasahi lengan bajunya yang serba hitam.
Perhiasan seramik yang berada di atas meja dilempar ke bawah dengan kasar. Serpihan seramik itu diambil lalu digoreskan pada lengannya.
Satu goresan.
Dua goresan.
Tiga goresan.
Darah yang membasahi lantai kamarnya langsung tidal diendahkan. Lelaki itu hilang kawalan, hilang kewarasan kerana terlalu melayan perasaannya.
"Sepatutnya aku yang jaga kau, Hara. Kalau kau tak berkahwin dengan lelaki pembawa malang tu, kau takkan hidup susah macam ni. Kau sendiri yang meletakkan nyawa kau di ambang maut"
💣💣💣
Jungkook menguak daun pintu perlahan-lahan dari luar. Kelibat dua orang abang iparnya terpampang jelas di korneanya. Masing-masing hanya memandang sepi gadis yang terbaring lemah di situ.
"Ah, Kook. Apa kata doktor?" soal Seokjin sebaik melihat wajah sugul milik Jungkook.
"Hara disuntik dengan bisa ular tedung. Doktor Choi berpendapat bahawa kes ni ada kaitan dengan dendam atau khianat" Seokjin meraup rambutnya kasar.
"Dah buat laporan polis?"
"Belum, hyung. Kes pecah masuk rumah tempoh hari pun masih belum selesai. Lagi pun Kook tak nak proses siasatan mengganggu kesihatan mental dan fizikal Hara nanti" dua lelaki bermarga Kim itu mengangguk setuju. Seokjin mengajak adiknya keluar dari wad untuk memberi sedikit privasi kepada pasangan tersebut.
Jungkook melabuhkan punggung di kerusi yang disediakan. Tangan kanan Hara yang diinfus itu digenggam lembut dan diletakkan pada pipinya.
"Saya minta maaf, sayang. Kalau kita tak bergaduh, mesti perkara macam ni takkan jadi" tangan pucat itu dikecup perlahan. Airmata lelakinya yang jatuh di pipi segera diseka menggunakan belakang tangan.
"J-jungkook" lirih Hara perlahan. Jungkook yang menangkap suara halus milik gadis itu segera memeriksa matanya. Doktor Choi dipanggil untuk memeriksa keadaan isterinya. Sementara berada di luar wad, Jungkook telah mengabarkan perkara itu pada abang ipar sulungnya.
🔮🔮🔮
Sedikit air aku hirup dari cawan yang dipegang oleh Jungkook. Lelaki itu membantu aku berbaring kembali. Letihnya bukan kepalang. Kesan ubat membuatkan tubuhku tidak bermaya untuk duduk dalam jangka masa yang panjang. Lima minit sudah cukup menyeksakan.
"Awak okey? Ada rasa sakit-sakit, nak muntah--?" jari telunjukku aku letakkan lembut pada bibir Jungkook membuatkan celoteh lelaki itu terhenti.
"Stay like this for a while. Saya nak pandang wajah yang saya rindu sepuas-puasnya" tanganku diraih lalu dikucup lembut.
"Wajah ni milik awak. Tataplah selama mana yang awak mahu. Saya sayangkan awak. Saya takut awak tinggalkan saya" airmata yang hampir jatuh itu aku seka menggunakan ibu jari. Pipi mulusnya aku usap sebentar.
"Saya takkan tinggalkan awak. Sebab saya pun terlalu cintakan awak. Saya dah tak mampu untuk nafikan perasaan saya. Semakin hari, perasaan ni makin mekar untuk awak" Jungkook tersenyum bahagia saat cintanya dibalas olehku.
YOU ARE READING
Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•
Teen Fiction🇨 🇴 🇲 🇵 🇱 🇪 🇹 🇪 🇩 [Siri Bangtan x Readers] 💄K-Novel💄 Suami hak milik persendirian. Sharing is not caring. Perampas akan didakwa! 💜Cinta tak kenal usia 💜 By: Miss_RoseGold Highest rank : #1 in imagine [11/8/2018] #1 in kpopimagine [11/5...