💣23

2.3K 254 65
                                    

Aku menapak turun ke ruang makan di tingkat bawah. Aroma yang menyelerakan mula menusuk rongga hidungku. Semangkuk nasi goreng kimchi dan jus oren terhidang di atas meja. Rasa bersalah mula bertamu di hati.

Sepatutnya, aku yang sediakan sarapan untuk dia. Ini, dah terbalik pula. Sebuah kerusi aku tarik dan melabuhkan punggung di atasnya. Perutku yang mula 'meragam' itu aku usap perlahan.

"Wahai senggugut, kau boleh tak pergi main jauh-jauh? Hari ni saja. Tolonglah" senggugut itu langsung tak endahkan percakapanku malah tetap menggila menyakitiku. Putus segala selera makan. Nasi goreng kimchi itu aku pandang sepi.

"Kenapa tak makan lagi? Tak sedap ke?" Jungkook turut melabuhkan punggung di atas kerusi yang bertentangan denganku. Cuma gelengan aku balas terhadap pertanyaannya.

"Saya tak ada selera lagilah. Nanti saya makan dekat sekolah sajalah. Kalau awak nak makan, makanlah. Saya teman" senyuman palsu aku ukirkan pada bibirku. Sakit itu mula menular ke bahagian pinggang pula. Mahu saja aku belasah semua tentera senggugut itu.

🎩🎩🎩

"Eh, kenapa tak berhenti dekat luar je? Kenapa masuk dalam? Kalau orang nampak macam mana? Awak ni dah hilang akal ke?" gelabahku jadinya apabila kereta yang kami naiki meluncur masuk ke lot parkir di dalam kawasan sekolah.

"Sayang, janganlah panik sangat. Bukannya ada orang nak bunuh awak pun kalau awak turun dari kereta ni. Kalau ada orang tanya, cakap sajalah yang abang awak tu kawan lama saya. Apa susah sangat?" dengan selamba, dia keluar dari perut kereta dengan beg bimbit di tangan. Betul ke tak ada orang nak bunuh aku? Haih, sudahlah budak perempuan sekolah ni semuanya terdesak.

Macam tak ada jantan lain je kau nak pandang. Suami aku juga yang nak direbut kenapa? Eh, macam cemburu saja bunyinya. Aku melangkah ke blok yang menempatkan kelas aku.

"Hara sunbae-nim!" aku menoleh ke arah suara beberapa orang gadis yang memanggilku secara serentak. Ketiga-tiga mereka memasang wajah samseng sambil mengatur langkah ke arahku.

"H-hara sunbae. T-tolong j-jauhkan diri dari S-sir Jungkook. S-sir Jungkook tu kami punya" kata seorang perempuan bertanda nama Seolha. Dua lagi rakannya mengangguk untuk mengiakan kata-katanya.

"Excuse me, kau cakap pun tergagap-gagap. Masih ada hati nak suka Jungkook? Masih nak mengaku yang Jungkook tu kau punya? Oh Tuhan! Datang sekolah untuk belajarlah, sundal! Bukan untuk kau cari jantan" airmata jatuh setitik demi setitik di pipi Seolha. Aku hanya endahkannya dan berlalu ke kelas. Benda paling penting yang korang kena ingat sampai alam barzakh! JANGAN MAIN-MAIN DENGAN PEREMPUAN BENDERA MERAH!

Setibanya aku di kelas, semua pelajar masih bergosip dan berborak riang antara satu sama lain. Aku duduk di tempatku sambil menilik kuku.

"Woi! Kau pergi mana lama sangat? Janji pukul 7. Sekarang dah pukul 7.15 kau tahu tak? Dasar janji Melayu" hampir berlari jantungku dibuatnya apabila Sunny menepuk kuat mejaku. Mahu sahaja aku menyumbat penumbukku ke dalam mulutnya.

Pinggangku aku urut perlahan. Apabila sakit dan lenguh berpadu, sekeliling kau ibarat kosong. Hanya ada kau dan kesakitan. Tangan Hana melingkar di pinggangku dan mula memijatnya lembut.

"Kau datang bulan kan? Sebab tu mood kau tak berapa baik hari ni. Aku pun selalu sakit juga. Aku urut ya?" omelnya sambil mengurut pinggang rampingku. Mujurlah sakit itu berkurangan setelah beberapa minit.

"Guys, hari ni cikgu-cikgu ada mesyuarat dengan pihak kementerian. Jadi, Sir Park akan ambil alih kelas kita" Daehwi bertepuk tangan gembira apabila dapat bertemu pujaan hatinya sebentar lagi. Sebotol minyak wangi dicapai lalu disemburkan ke seluruh badannya. Meleleh airmataku apabila semburan itu memenuhi atmosfera.

Selang beberapa minit, kelibat lelaki berambut perang gelap itu mula kelihatan di koridor kelas. Sir Park mengarahkan kesemua pelajar untuk menukar pakaian dan menunggunya di dewan.


"Baiklah, kelas. Hari ni saya akan ajar kamu semua tentang daya tahan kardiovaskular. Jadi, saya akan latih kamu untuk tingkatkan daya tahan jantung kamu. Kamu semua jangan ambil mudah tentang perkara ni. Daya tahan kardiovaskular sangat penting terutamanya semasa proses melahirkan. Kalau untuk lelaki pula, pandai-pandailah korang fikir sendiri" panjang lebar penerangan Sir Park hari ni. Kacaknya juga luar biasa.

Kemeja-T berlengan panjang dan berkolar yang tersarung di badan tegapnya menyerlahkan ketampanannya. Tambahan pula, rambut lebatnya disisir kemas dengan sedikit gel rambut. Uish, boleh meleleh air liur kalau iman tak kental.

"Hara, datang sini sekejap!" aku berjalan perlahan ke arah Sir Park yang berada di tengah dewan. Katanya, latihan kardiovaskular tak perlukan tempat terlalu luas. Jadi, kami adakan kelas Pendidikan Jasmani disini.

"Saya akan tunjukkan cara tekan tubi yang betul pada kamu semua. Tak boleh turun terlalu banyak atau terlalu sedikit. Jadi, saya pilih Hara sebab dia paling ideal antara semua pelajar" membulat mataku mendengar pernyataan dari mulut Sir Park. Perasaan bangga muncul dalam diriku tapi dalam masa yang sama aku risau jikalau kejadian tempoh hari berulang kembali. Tak mustahil untuk Jungkook melampaui batasnya.


Sir Park menyuruh aku berbaring di atas sekeping tikar yoga dan mula melakukan tekan tubi. Jarak antara kami sangat dekat dan tatapan matanya membuatkan aku tak keruan.

"Kau buat apa ni, Jimin?" sapaan Jungkook dari pintu dewan ini membuatkan jantungku berhenti berdetak. Mahu sahaja aku terjun dari bumbung pejabat sekarang juga.

"Ouh, Jungkook! Datanglah sini. Aku ajar kau untuk kekalkan stamina. Ini Hara. Pelajar paling ideal dalam kelas ni. Kau boleh cuba buat tekan tubi dengan dia. Hara tak kisah kan?" nak geleng, rasa bersalah. Nak angguk, takut pula.

"Dia mesti setuju. Dia ni pelajar paling baik yang pernah aku kenal. Tak pernah lawan cakap cikgu dia tambah-tambah lagi cakap Sir Park kesayangan kan?" nada perlian dan sinis dapat aku hidu dari pertuturannya. Aku benci perasaan ini.

Aku yang masih terbaring memandang kelibat Jungkook yang menghampiri. Ramai yang berbisik-bisik terutamanya pelajar perempuan. Macam-macam perkataan yang aku dengar. Semuanya perkataan berunsur kebencian.

"Aku kena tekan tubi saja kan?" Sir Park mengangguk kepada Jungkook. Dia mula menurunkan badannya sehingga dada kami hampir bersentuh.

"Seronok ke boleh rapat-rapat dengan Jimin? Dah tak boleh tahan sangat ke gatal tu?" kata-katanya menusuk ke dalam hati. Segera aku meluncur keluar dari kepungan tangannya. Aku berlari keluar dari dewan itu dengan rasa sakit hati yang aku sendiri tak dapat gambarkan. Murah sangat ke aku di mata dia? Memang aku tak layak bahagia ke?























{🌟} Vote 😘

[💬] Comment 😍



















Salam sayang dari author, love you to the moon and never come back 😘💓

Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•Where stories live. Discover now