💣26

2.6K 233 133
                                    

Aku mengeliat kecil kerana merasakan ada sesuatu yang berat di atas bahuku. Kepala Jungkook yang tersadai di bahuku itu aku tilik seketika. Rambut dia macam gula-gula kapas. Tangannya pula elok direhatkan di atas pinggang aku. Nasib baik tangan tu tak nakal nak pergi mana-mana.

Kedudukan kami sekarang ni betul-betul macam pasangan suami isteri. Hakikatnya, kami belum terfikir apatah lagi ingin menuju ke fasa itu. Mungkin aku seorang saja yang belum bersedia. Siapa tahu apa yang ada dalam hati dan minda lelaki di sebelahku ini?

Aku alihkan badannya jauh dariku dan membersihkan diri. Sebaik turun ke dapur, eomma sudah menyisip secawan teh chamomile. Dapat aku teka dari baunya yang lembut dan beraroma.

"Eomma, maaf sebab tak sempat sediakan sarapan. Terlajak tidur pula sampai pagi. Eomma nak makan apa-apa? Hara masakkan" dalam hati ini, hanya Tuhan yang tahu betapa gelisahnya aku. Kalau dia suruh aku masak makanan yang susah, mati aku. Masak pancake pun keras.

"Tak payah. Eomma dah buat puding roti pukul 6 pagi tadi. Kalau nak, ada lagi dalam ketuhar. Jus oren pun eomma dah sediakan" tersipu sendiri aku dibuatnya. Esok kena bangun awal. Buat malu depan mertua saja.

"Hello, everybody! Good morning world!" teriak Jungkook di dalam bilik. Aku naik semula ke tingkat atas untuk memastikan barangan peribadiku di dalam tandas tidak terusik.

Daun pintu aku kuak sedikit. Terlihat kelibat tubuhnya yang bertelanjang dada sedang memeriksa otot-ototnya.

"Nak masuk ke tak? Kalau tak masuk, nanti dia curi tilik barang aku. Kalau masuk, dia kata aku nak ambil kesempatan"

"Kalau nak masuk tu, masuk sajalah. Tak payah mengintai. Bukannya puas kalau tengok dari jauh" panas punggung aku dibuatnya. Dengan muka yang ditebalkan, aku melangkah masuk ke dalam bilik.

"Saya cuma nak bagitahu-- Kenapa guna tuala saya ni? Saya tak suka berkongsilah. Ish, buka cepat!" tuala yang membaluti pinggangnya itu cuba aku tarik namun ditepis.

"Saya lupa nak keluarkan tuala dari bilik air semalam. Bagilah saya pinjam sekejap. Huh, kedekut! Nak sangat? Nah, ambik" dia berjalan menuju ke arahku. Badanku dikunci dengan tangan sasanya pada dinding bilik.

"Awak ingat saya akan-- Argh! Janganlah buka!" aku menunduk sambil memejam mataku rapat. Tangan juga aku gunakan untuk menekup mukaku yang sedang galak membahang. Aku berlari keluar dari bilik serta-merta setelah bahang tubuhnya menjauh dariku. Dekahan tawanya dapat aku dengar dari koridor.

"Tak guna kau! Suatu hari nanti aku akan kenakan kau balik! Tunggulah!"

S

K

I

P

"Kamu berdua tak merancang nak berbulan madu ke? Kook, cubalah bawa isteri kamu ni keluar sekali sekala. Kalau tak nak ke luar negara, dekat Seoul pun banyak tempat menarik. Janganlah pentingkan kerja tu sangat" eomma memecah kesunyian dengan soalan yang agak menakutkan bagiku. Kerepek kentang yang berada di atas meja disuapkan ke dalam mulutnya.

"Kook sibuk. Lagipun Hara ada peperiksaan penting tahun ni. Kook nak dia fokus betul-betul"

"Kalau itu kata kamu, terserahlah. Orang tua-tua kata, dekat rumah pun boleh berbulan madu asalkan ada katil. Lagi satu, dalam ketuhar dah ada roti ke belum?" eomma tersenyum sumbing begitu juga dengan Jungkook.

"Adunannya dah lama siap. Acuannya tak siap lagi. Lambat lagilah nak dapat hasil" apa ni? Korang sembang apa ni? Aku tak faham!?!?

"Err, abang ada buat roti ke?" mukanya sedikit terperanjat apabila perkataan 'abang' keluar dari mulutku. Namun, dia kembali tenang setelah memahami bahawa eommanya ada di situ.

Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•Where stories live. Discover now