Aku menutup pintu bilik lalu bersandar padanya seketika. Tas tangan yang masih disilangkan pada dada aku lepaskan dan letakkan disebelahku. Kata-kata Namjoon sebentar tadi aku fikirkan semula.
"Hara, aku tahu kau masih remaja dan tak mampu berfikiran matang lebih-lebih lagi dalam perhubungan rumahtangga. Tapi, aku nak kau fikir betul-betul sebelum bertindak. Tanya pada hati kau, kau sayang pada Jungkook atau tak?"
"Aku sayang dia, Joon" tanpa aku sedari, airmata jatuh setitik demi setitik di pipi. Aku menangis semahu-mahunya. Sudah lama aku memendam pelbagai perasaan. Marah, cemburu, geram dan sakit hati. Semuanya aku hamburkan melalui tangisan kerana aku tidak mampu untuk mengungkapkannya melalui kata-kata.
🐛🐛🐛
Jungkook menyisip teh chamomilenya sambil menunggu Seokjin tiba di kafe itu. Sempat lagi dia membaca artikel-artikel berkaitan pendidikan di laman web milik Kementerian Pendidikan.
"Maaf, hyung lambat" ujar Seokjin sebaik tiba di meja yang dihuni oleh Jungkook. Lelaki itu melabuhkan punggung sebelum memesan minuman buat dirinya.
"Ada apa hyung ajak Kook jumpa dekat sini?"
"Amboi, nak ajak adik ipar sendiri minum-minum pun kena ajukan surat rasmi ke?" seloroh Seokjin. Mengekeh tawa dua orang lelaki kacak itu.
"Taklah. Kook cuma pelik. Hyung kan selalu sibuk dengan syarikat dan restoran"
"Aku sebenarnya ada perkara nak dibincangkan dengan kau Jungkook. Tadi, Hara ajak Namjoon berjumpa. Yalah, disebabkan aku tengking dia di sekolah tadi, dia masih berdiam diri dengan aku. Boleh aku tanya sesuatu?"
"Tanya pasal apa, hyung?"
"Korang bergaduh? Hara sampai minta tolong Namjoon uruskan kes perceraian korang berdua" Jungkook terdiam seketika. Cawan tehnya ditenung lama.
"Aku bukan nak masuk campur dalam hubungan kau dan Hara tapi Hara tetap adik aku" Jungkook mengangguk.
"Kook faham apa yang hyung cuba katakan. Kami bergaduh tentang kes juul tu. Dia tuduh Kook sengaja nak gantung persekolahan dia. Dia cemburukan seorang guru baru, Park Hwayoung. Dia anak angkat dalam keluarga Jeon" Seokjin mengangguk faham.
"Aku juga dengar perkara yang sama dari mulut Hara tadi. Tapi Kook tak bermaksud macam tu kan?" Jungkook menggeleng.
"Tak sama sekali. Tapi, Kook pun tak pasti dengan perasaan Kook. Kook tak tahu sama ada Kook cuma rasa bertanggungjawab dengan janji Kook pada eomma atau Kook betul-betul cintakan dia" Seokjin menepuk bahu Jungkook lembut.
"Apa-apa pun, selesaikan dengan cara baik. Kalau kau pun rasakan perkara yang sama dengan Hara, lepaskan dia dengan cara baik. Aku tak mahu sesiapa pun terluka dalam hal ni" Jungkook hanya mengangguk kecil tanda faham.
Setelah hampir sejam mereka berjumpa, akhirnya mereka memutuskan untuk pulang ke rumah masing-masing. Setibanya di kondominiumnya, Jungkook memarkir Bentley Mulsanne S miliknya di lot parkir yang ditandai dengan namanya.
Dentingan lif menandakan dia telah tiba di tingkat 5, iaitu tempat letaknya unit kondominium miliknya. Suasana suram menyapanya tatkala pintu kondominium terkuak dari luar. Langkah kakinya diatur ke bilik isterinya lantas daun pintu bilik itu ditolak olehnya namun gagal dibuka.
YOU ARE READING
Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•
Dla nastolatków🇨 🇴 🇲 🇵 🇱 🇪 🇹 🇪 🇩 [Siri Bangtan x Readers] 💄K-Novel💄 Suami hak milik persendirian. Sharing is not caring. Perampas akan didakwa! 💜Cinta tak kenal usia 💜 By: Miss_RoseGold Highest rank : #1 in imagine [11/8/2018] #1 in kpopimagine [11/5...