Aku mengeliat kecil setelah terjaga dari lena. Dah berapa lama aku tidur ni? Jam di dinding menunjukkan waktu sudah berganjak ke pukul 7.30 malam. Lama juga aku tidur.
Perutku bergendang minta diisi. Aku mengintai dari pintu bilik yang aku buka sedikit. Tingkat bawah masih lagi diterangi lampu. Adakah Jungkook berada di rumah?
Ah! Aku tak kira. Kalau aku nampak dia, aku akan buat-buat tak kenal. Okey! Buat-buat tak kenal. Aku betulkan rambut yang agak serabai sebelum melangkah ke dapur.
"Dah bangun?" suara garau Jungkook membuatkan langkahku terhenti seketika. Namun, aku endahkan kehadirannya lalu terus melangkah ke dapur. Ramen carbonara aku capai sebelum direndamkan ke dalam mangkuk berisi air panas. Serbuk perencah aku tabur dan gaulkan sehingga mengenai kesemua mi. Tak lupa juga rencah tambahan yang disertakan.
Sekotak jus epal dan segelas air sejuk aku letakkan di atas dulang bersama mangkuk ramen. Sebaik aku melangkah ke tangga, laluanku disekat oleh tubuh sasa Jungkook.
"Ish, tepilah. Orang lapar ni" rungutku dengan harapan bahawa dia akan berganjak dari tangga. Namun, dia tetap berdegil lalu menggelengkan kepala.
"Jom makan dekat meja makan. Buat apa saya tempah set meja tu mahal-mahal kalau tak nak guna. Baik campak saja dari atas. Biar berkecai semuanya" gerutunya geram. Tiba-tiba saja beremosi.
Tanpa banyak soal, aku menghenyakkan punggung ke atas kerusi putih di meja makan. Ramen carbonara yang sudah kembang itu aku sumbatkan ke dalam mulut. Aku biarkan renungan Jungkook tergantung sepi.
Setelah semangkuk ramen selamat masuk ke dalam perut aku, aku berura-ura untuk bangun dan meninggalkan tempat itu. Sayangnya, tanganku segera dicapai oleh Jungkook.
"Duduk sini dulu" aku menghempaskan punggung di atas kerusi yang bertentangan dengannya. Tangan kananku diraih.
"Awak marah saya?" soalannya aku biarkan sepi. Mataku langsung tidak menatap wajahnya. Wajahku turut aku alihkan ke tepi.
"Pasu tu lagi kacak dari saya ke? Pandanglah sini" kali ini, jari-jemari runcingnya mengalihkan wajahku untuk bertentangan dengannya.
"Marah saya lagi ke?" senyap dan terus senyap. Aku kehilangan kata-kata. Aku tidak mampu menidakkan egoku yang masih marahkan Jungkook.
"Saya minta maaf. Saya cuma risaukan awak. Tak salah--"
"Salah sebab awak tengking saya. Ingat saya tak terasa ke bila awak tinggikan suara untuk perkara yang boleh dibincangkan secara baik-baik?" hamburku geram.
"Haish, yalah. Saya salah. Saya minta maaf" Jungkook menundukkan wajahnya menatap tangan kami yang masih bertaut. Lelaki di hadapanku ini sewajarnya mendapat anugerah terutamanya dalam soal merobohkan egoku.
"Yalah, saya maafkan. Saya cuma terasa hati apabila awak tinggikan suara dengan saya. Sebelum ni, Seokjin saja yang membebel pada saya. Orang lain buat tak tahu saja. Saya mengantuk--"
"Eh, eh. Sayang, esok sekolah. Kerja rumah dah siap? Baju dah gosok? Buku dah kemas?" alamak! Macam mana aku boleh lupa esok sekolah. Aku menepuk dahi licinku lantas kepalaku digeleng. Semua yang dia sebutkan tu, langsung aku tak sentuh lagi. Matilah aku.
🏫🏫🏫
"Hara, bangun. Dah pukul 6.30 dah ni! Hara!" pintu bilikku diketuk bertalu-talu oleh Jungkook. Mataku masih belum boleh dibuka. Semalam Jungkook sibuk menyuruhku untuk siapkan kerja rumah yang aku sudah tangguhkan selama seminggu! Kami berdua tidur pada pukul 1 pagi semalam. Macam mana dia boleh bangun dah sekarang ni?
YOU ARE READING
Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•
Ficção Adolescente🇨 🇴 🇲 🇵 🇱 🇪 🇹 🇪 🇩 [Siri Bangtan x Readers] 💄K-Novel💄 Suami hak milik persendirian. Sharing is not caring. Perampas akan didakwa! 💜Cinta tak kenal usia 💜 By: Miss_RoseGold Highest rank : #1 in imagine [11/8/2018] #1 in kpopimagine [11/5...