💣15

3.3K 307 96
                                    

Aku mengheret bagasiku keluar dari but kereta. Sir Jungkook hanya memerhatiku dari belakang sambil bercekak pinggang.

"Cepatlah sikit. Saya nak ambil barang saya juga" gerutunya geram.

"Sabarlah! Tak nampak ke saya bersusah payah nak keluarkan beg ni. Dahlah tak tolong. Tolong tengok adalah" bagasi itu aku tarik keluar dari but kereta. Akhirnya! Kemudian, beg galas berwarna merah muda yang berada di tempat duduk belakang aku capai dan sandangkan di kepala bahu. Aku tinggalkan Sir Jungkook dan mula berjalan ke arah lif. Biar kau mereput seorang diri dekat bawah.

Setibanya aku di hadapan unit kondominium mewah bernombor 101, mataku menangkap kewujudan sebuah kotak seperti kiriman dari seseorang. Alamat pengirim aku tilik seketika.

'J. E. D Photography Studio'

Bukankah ini dari studio Halmeoni Jeon? Tak salah lagi. Aku membuka pintu kondominium tersebut menggunakan salinan kad akses yang sir berikan. Semua barang aku letakkan di ruang tamu sementara waktu. Aku lagi teruja untuk melihat isi kiriman itu berbanding bilik tidur baru aku.

Kotak itu aku usung dan letakkan di atas meja kaca di ruang tamu. Kelibat sir yang baru tiba aku abaikan. Sebuah album perkahwinan terselit di dalam timbunan bijirin foam.

Aku tak nafikan. Suntingannya memang cantik dan terbaik. Tapi, riak wajah aku dan sir kelihatan sangat kekok dan tersenyum paksa. Aku terasa sofa di bahagian kiriku sedikit tenggelam.

"Oh, album perkahwinan kita. Dah sampai rupanya. Cantik tak?" dia merampas album dari tanganku. Hanya senyuman manis tercalit di bibirnya.

"Hmm. Cantik juga sayang saya ni" aku sedikit tercengang mendengarkan perkataan itu terpacul dari belahan bibirnya.

"Tak payahlah buat muka Tarzan. Baru panggil sayang, belum panggil babygirl lagi" aku menampar pipiku perlahan bila imaginasi tak sepatutnya muncul di mindaku. Tak guna betul.

"Kita memang tak sepadan langsung kan? Kita tak sesuai berdua" tanganku meramas bantal gebu berbentuk Pikachu.

"Tak apalah. Kalau awak nakal dekat sekolah, dendanya saya bagi dekat rumah"

"Sir, kita ni macam langit dengan Marikh tahu tak? Saya murid bermasalah disiplin. Sir pula guru disiplin. Ianya satu kombinasi yang boleh membawa kebinasaan"

"Kalau awak bermasalah, tanggungjawab sayalah untuk betulkan awak. Betul tak apa yang saya cakap?"

"Suka hati sirlah. Cakap dengan sir bukan pernah menang pun. Baik saya masuk tidur" aku mula melangkah ke bilik tidurku. Mulai sekarang, aku dan dia sudah tidur berasingan untuk menghormati privasi masing-masing memandangkan kami masih belum menerima sepenuhnya perkahwinan ini. Apatah lagi untuk berhubung sebagai suami isteri. Itu jauh sekali.

Baru sahaja aku nak membaca komik, iPhone 8 Red milikku bergetar. Ada panggilan video dari Taehyung. Rasa gembiranya seperti mendapat panggilan dari kekasih hati. Tanpa berlengah aku menjawab panggilan itu. Mod pembesar suara aku hidupkan.




Woi, budak hingus! Sorry aku tak dapat datang majlis perkahwinan kau hari tu. Ni, aku nak tengok muka suami kau. Kalau dia buat apa-apa, boleh aku tumbuk biar berdarah hidung dia.

Kau ni! Aku nak sembang dengan kau. Kau pula sibuk nak tengok dia buat apa?


Alolo, merajuk pula dia. Ya, aku tahu kau rindu aku. Aku pun rindu dengan budak yang suka merajuk seorang ni. Cepatlah! Mana suami kau?

Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•Where stories live. Discover now