Seisi ruang makan heboh dengan perbualan, gelak tawa dan lagaan kutleri masing-masing. Meja makan itu diisi oleh sembilan orang berlainan jantina. Hara tersenyum kelat tatkala pandangannya jatuh pada dua kerusi kosong di hujung meja.
'Kerusi tu sepatutnya diisi oleh Taehyung dan Nara' Jungkook yang menyedari tatapan kosong isterinya lantas menggenggam tangan kecil yang berehat manis di atas paha wanita itu.
"Sayang, okey?" wanita itu mengangguk dan menghadiahkan segaris senyum nipis pada pujaan hatinya.
"Sebelum eomma terlupa, eomma dan appa ada satu pengumuman" pasangan paruh baya itu tersenyum girang sebelum menatap Namjoon dan Sunny yang duduk bersebelahan di meja makan.
"Namjoon dan Seon-hee akan bertunang hujung bulan ni" Jungkook segera menyuakan segelas air kepada isterinya yang tersedak hebat dek pengumuman kilat itu. Rain dan Hana turut melongo memandang Sunny yang menundukkan wajahnya persis anak dara yang penuh tatasusila serta segan silu. Hakikatnya, gadis itu antara yang paling ganas antara mereka setelah Hara.
"Kau dahlah perosak alam semesta. Rabak anak orang nanti" dua ayat singkat itu membuatkan pipi para bujang memerah hebat. Seokjin turut tak terkecuali daripada berasa segan. Mungkin pemikirannya telah melayang kepada filem-filem yang ditontonnya beberapa hari lalu. Seokjin menggelengkan kepala bagi menepis adegan panas di bot persiaran antara Don Massimo Torricelli dan Laura Biel dalam filem 365 DNI yang singgah di benaknya.
Jungkook tersengih nakal sebelum mendekatkan bibirnya pada telinga kanan sang isteri.
"Watch out, baby girl. You know the consequences"
"I'll wait for my punishment patiently, rawr~" tujuh pasang mata menatap mereka hairan membuatkan mereka menyambung suapan yang tergendala sejenak.
💐💐💐
"Bawah sikit, sayang. Bawah lagi"
"Ah~ There" Jungkook memejamkan matanya, menikmati pijatan lembut isterinya pada pinggang yang terasa kaku. Hampir seharian dia dan Seokjin melakukan pemeriksaan pada dewan yang ditempah khusus untuk perkahwinan Namjoon dan Sunny. Tak sangka, masa berlalu pantas. Pasangan itu sudah bertunang hampir 6 bulan dan bakal mengakhiri zaman bujang di jenjang pelamin.
Bermula dari kawasan parkir sehinggalah tandas, semuanya diperiksa dengan teliti untuk memastikan tetamu yang hadir di hari bersejarah itu selesa. Mereka sudah pastinya enggan menuai kecaman dan kritikan jika berlaku kesilapan hujung minggu ini.
Kemeja-T putih yang terdampar di birai katil itu disarungkan pada tubuh kekar Jungkook semula. Tubuh genit isterinya ditarik kuat sehingga tersungkur di dada bidangnya.
"Sakit tahu tak?" wanita itu menggosok batang hidungnya perlahan.
"Hehe, maaf" hanya jelingan tajam dihadiahkan wanita itu sebelum melangkah ke meja solek untuk melakukan rutin kecantikannya. Jungkook berdiri tegak di belakangnya lalu bermain dengan rambut hitam ikal kegemarannya.
"Manja-manja macam ni, ada apa-apa ke?"
"Nak pergi berbulan madu, tak?" Hara membalikkan badan menghadap tubuh tinggi itu sebelum mencebik.
"Tak payahlah bazirkan duit. Tahun depankan awak nak mendaftar untuk program sarjana"
"Mana ada membazir, sayang. Lagipun, kita tak pernah berbulan madu secara rasmi sedangkan dah genap 5 tahun kita berkahwin. Awak pula akan ambil alih syarikat appa bermula minggu depan. Ini saja waktu yang kita ada untuk bermanja. Masa berlalu cepat, saya tak sangka yang kita dah berkongsi hidup selama itu" perut Jungkook yang dihiasi deretan otot keras itu ditampar perlahan oleh si singa kecil.
YOU ARE READING
Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•
Novela Juvenil🇨 🇴 🇲 🇵 🇱 🇪 🇹 🇪 🇩 [Siri Bangtan x Readers] 💄K-Novel💄 Suami hak milik persendirian. Sharing is not caring. Perampas akan didakwa! 💜Cinta tak kenal usia 💜 By: Miss_RoseGold Highest rank : #1 in imagine [11/8/2018] #1 in kpopimagine [11/5...