💣7

3.3K 346 39
                                    

"Sebenarnya aku......"

"Cepatlah. Tak pasal-pasal ada orang masuk hospital sebab tercekik penyepak" gertakku kasar. Main-main pula si capang ni dengan aku.

"Aku suka kau" aku terkedu seketika. Otakku sedaya upaya memproses setiap butir percakapannya.

"Apa maksud kau?"

"Sudi tak kau jadi teman wanita aku?" bahunya aku sentuh lembut.

"Yeol, aku hormat persahabatan kita. Kita dah kawan sejak dalam kandungan eomma kita lagi. Aku tak nak hubungan kita retak sebab perkara macam ni. Tolong hormat aku, hormat persahabatan kita. Aku harap kita masih kekal berkawan selepas ni. Aku balik dulu. Maaf, aku tak boleh terima kau"

Aku menghayunkan kaki keluar dari kawasan tersebut. Aku menggunakan sebuah teksi untuk pulang ke rumah. Kegilaan apakah ini? Kitorang kawan dan takkan pernah sampai ke tahap kahwin. Hell, no man! Walaupun aku ni jahat tahap jembalang, aku nak juga suami yang baik, soleh dan bertanggungjawab. Gaji besar. Kalau setakat nak sara aku pakai duit mak bapa dia, baik aku kerja cari duit sendiri.

"Aik, awal balik. Selalunya 11.59 baru nampak batang hidung. Sekarang baru pukul 11.57" perli Jin. Aku terus naik ke bilikku. Tak ada mood nak melawak atau melawan buat masa ni.

"Kau okey tak?" soal Namjoon. Aku abaikan dia juga. Aku masih tak bersedia nak bercerita pada sesiapa. Taehyung pergi mana?! Aku nak kau!

Aku menuruni anak tangga. Jin dan Namjoon khusyuk menonton televisyen. Masing-masing melayan perasaan.

"Korang, Taehyung mana?" mereka berdua menoleh ke arah aku. Jin menyiku bahu Namjoon.

"Kau bagitahulah dia"

"Kaulah! Kau kan anak sulung"

"Sekejap! Bagitahu apa ni?" potongku. Kalau nak tunggu perlawanan 'siku-menyiku' diorang ni, sampai esok pun tak habis.

"Mmm.. Taehyung tak ada"

"Dia pergi mana?"

"Dia dah terbang ke Ilsan. Penerbangan dia dipercepat sebab ramalan cuaca minggu depan, angin kencang. Jadi, eomma suruh dia pergi hari ni juga" terang Jin. Patutlah sejak aku balik dari sekolah aku perasan dia tak ada. Tak apalah, lagipun ni semua untuk kebaikan dia.

Aku menapak masuk ke bilik. Notifikasi WhatsApp aku penuh. Semuanya dari Chanyeol.




Yeolda 🚬
online

Hara! Kenapa kau tak terima aku?
12.05 am

Aku tak cukup bagus ke untuk kau?
12.05 am

Apa salah aku?
12.05 am

Kenapa kau layan aku macam ni?
12.05 am

Woi, janganlah tinggal bluetick!!!
12.06 am

Aku tak suka kau
12.07 am✔️

Kenapa?
12.07 am

Betul kau nak tahu sebab apa?
12.08 am ✔️

Underwear kau pun eomma appa kau yang beli
12.08 am✔️


So? Apa masalahnya?
12.09 am


Macam mana kau nak sara aku lepasni?
12.10 am ✔

Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•Where stories live. Discover now