Jungkook mengetuk pintu kamar 704, kamar yang menempatkan Hooligans Squad. Wajah Nara terpacul di muka pintu setelah tiga kali ketukan.
"Sir Jeon. Sir Jeon nak jumpa Hara?" soalnya dengan sopan. Jungkook hanya mengangguk.
"Kami semua akan turun ke kawasan tasik untuk aktiviti memasak. So, take your time"
"Terima kasih Nara" Nara berlalu pergi diikuti Hana, Rain dan Sunny. Namun, gadis berambut pendek itu sempat menjeling Jungkook sekilas. Jungkook mengelakkan pandangannya daripada bertemu dengan jelingan maut milik Sunny.
Jungkook menutup pintu perlahan lalu membuka kasut sukannya. Suhu penyaman udara dinaikkan supaya tidak terlalu dingin. Katil yang dihuni oleh isterinya menjadi sasaran ayunan kaki. Bahu gadis itu digoncang sedikit.
"Jungkook" suara seraknya dapat didengari Jungkook.
"Dah makan ubat?" hanya anggukan diberikan oleh gadis itu.
"Dr. Nam bawakan ubat untuk saya. Sir Park pun dah bawakan makanan tadi" Jungkook mengangguk. Berdalihlah dirinya jika tidak terdetik rasa cemburu dalam hati kecilnya. Jimin selalu saja mendahuluinya dalam semua perkara berkaitan Hara. Adakah dia masih menyimpan rasa pada gadis itu?
Jungkook memeluk gadis itu sambil menikmati aroma vanila lembut pada leher gadis itu. Dia tak dapat menafikan bahawa bauan lembut dari ceruk leher itu memabukkannya. Lelaki itu mengecup leher jenjang milik Hara tanpa segan silu.
"Saya minta maaf sebab tak dapat menjadi yang pertama untuk selamatkan awak siang tadi" bisik Jungkook pada telinga Hara.
"Tak apa. Saya pun tak nak timbulkan kontroversi dalam kalangan Shooting Stars dan guru-guru lain tentang keintiman kita" Jungkook mengangguk lantas dahi gadis itu dikecup sekilas sebelum Jungkook bangkit dari katil tersebut.
"Kalau nak apa-apa, hubungi saya. Saya akan berada di kawasan berdekatan dengan bilik awak" Hara hanya mengangguk sebelum melelapkan matanya kembali.
Jungkook mengatur langkah ke salah satu kumpulan yang sedang memasak iaitu Hooligans Squad. Jungkook membantu gadis-gadis itu menyalakan dapur tambahan supaya makanan dapat disediakan dengan lebih cepat.
"Yeji, kau tengok Sir Jeon tu. Rapat betul dengan ahli skuad tu. Aku rasa, dia ada hubungan dengan salah satu ahli skuad tulah" ujar Hyebin. Yeji hanya melihat sekilas ke arah mereka sebelum menyambung tugasnya.
"Biarkanlah mereka. Bukannya ada urusan dengan kita pun. Kau tu, jangan nak jadi mak cik bawang. Tak pasal-pasal nanti aku terbabit sama" Hyebin tersengih sebelum menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.
🐧🐧🐧
Daniel memasukkan kunci bernombor 704 ke dalam slotnya. Dengan sekali putar, daun pintu sudah terkuak dari luar. Dia berjengket-jengket masuk ke dalam kamar gelap itu sebelum menutup semula pintu dengan perlahan.
Dengan lancangnya, Daniel berjalan ke arah Hara yang sedang berselubung di dalam comforter tanpa membuka sneakersnya. Bahu Hara disentuh lembut membuatkan gadis itu sedikit merengus di dalam tidurnya. Tanpa berlengah, Daniel mendaki ke atas tubuh genit itu. Dan kini, dia berada betul-betul di atas perut gadis itu.
"SIAPA KAU?! LEPASKAN AKU" Hara meronta di dalam genggaman lelaki itu sehingga tangannya terlepas dari pegangan Daniel. Lelaki durjana itu terus bergegas keluar sebaik Hara meronta dengan lebih kuat dan sempat memukul belakang lehernya.
Kamar Hwayoung menjadi sasarannya seperti yang telah dirancang sejak awal.
"Kau masuk dan kacau si Hara. Jangan apa-apakan dia. Timbulkan kekacauan saja"
YOU ARE READING
Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•
Novela Juvenil🇨 🇴 🇲 🇵 🇱 🇪 🇹 🇪 🇩 [Siri Bangtan x Readers] 💄K-Novel💄 Suami hak milik persendirian. Sharing is not caring. Perampas akan didakwa! 💜Cinta tak kenal usia 💜 By: Miss_RoseGold Highest rank : #1 in imagine [11/8/2018] #1 in kpopimagine [11/5...