📀 39

1K 116 11
                                    

Aku dan Jungkook melangkah masuk ke salah satu ruangan yang terdapat di Hospital Mugunghwa. Aku tidak menyangka bahawa kami perlu mendapatkan pengesahan doktor tentang luka yang kami alami untuk membuka kertas siasatan berhubung kes pecah masuk rumah tempoh hari.

"Encik Jeon, saya sudah menghantar surat pengesahan dan laporan kesihatan ke Ibu Pejabat Polis Seoul. Dalam masa lebih kurang 3 hari lagi, kertas siasatan akan dibuka. Semoga Encik Jeon dan Puan Jeon berjaya dalam kes ini" Jungkook mengangguk seraya berjabat tangan dengan doktor lelaki itu sebelum kami berdua melangkah keluar.

"Hoseok hyung cakap Yoongi hyung dah sedar. Mari kita melawat dia" aku hanya mengangguk lalu berjalan beriringan dengannya. Duniaku menjadi sedikit berputar sehingga aku terpaksa berpaut pada lengan Jungkook.

"Awak tak apa-apa?" hanya anggukan dapat aku berikan. Seharian aku tak dapat lelapkan mata semalam. Siapa saja yang mampu tidur nyenyak setelah diserang sedemikian rupa?

Tiba saja di depan pintu wad Cikgu Min, kelibat Goeun eonnie dan Cikgu Jung bertembung dengan kami.

"Korang pun nak melawat Min Yoongi juga? Kalau macam tu, marilah kita masuk" ujar Cikgu Jung riang.

"Lain kali, pandu kereta tu perlahan-lahan. Kalau mengantuk, berhentikan kereta di tepi jalan dan rehat. Eii, engkau ni memang degil, kan?" Cikgu Min hanya menayangkan riak wajah kosong ketika mendengar bebelan gadis itu.

"Woi, ada buah hati tapi tak bagitahu aku. Jahat betul kau ni" Cikgu Jung menumbuk bahu Cikgu Min kuat. Sempat lagi mereka berdua ini bertekak.

"Ibu saudara aku yang jodohkan kami. Tiada angin, tiada ribut, aku dan dia dah sah menjadi tunang. Aku tak nak pun pada dia" sebiji buah kiwi mendarat elok pada hidung Cikgu Min.

"Aku pun tak mahukan kaulah!" gadis itu segera keluar dari wad. Jungkook hanya menggelengkan kepala ke arah Cikgu Min.

"Hyung ni. Berlembutlah sikit dengan perempuan. Bakal isteri hyung juga"

"Entah dia ni. Sekarang bergaduh, lepas ni kau berkepit dengan dia sampai tak nak berenggang. Drama saja lebih"

"Daripada kau berdua nasihatkan aku, lebih baik kau berdua bagi aku idea macam mana aku nak cari penyangak yang potong brek kereta aku" Cikgu Min membelek tajam buah kiwi yang berada di tangannya seolah-olah kiwi itu bakal diterkamnya.

"Jadi, betullah kita dianiaya malam tu? Aku masih simpan nota kecil yang kita jumpa tempoh hari. Aku dah agak yang kejadian malam itu ada kaitan dengan nota ancaman tu. Mungkin nota tu boleh jadi salah satu bahan bukti untuk pihak polis buka kertas siasatan. Goeun boleh tolong, kan?" gadis yang sedang mengerutkan dahinya itu segera mengangguk apabila namanya dipetik oleh Hoseok.

"Saya rasa, kes kemalangan awak berdua ni ada kaitan dengan kes pecah rumah Hara. Korang sedar tak yang si pelaku ni ada ciri-ciri jenayah yang sama? Tujuannya untuk membunuh. Hara, awak pernah dapat nota seperti Yoongi dan Hoseok?" soalnya seperti penyiasat yang sedang menjalankan tugas.

"Ya, saya pernah menerima nota ancaman yang sama beberapa hari lepas. Tapi, saya memandang perkara itu ringan kerana di sekolah kami memang ramai yang meminati Jungkook"

"Awak rasa tulisan pada nota ni sama dengan tulisan pada nota yang awak terima?" Cikgu Jung menghalakan layar telefon pintarnya ke arahku.

Aku memejamkan mataku seketika. Argh, aku tak dapat mengingati semula bentuk tulisan itu dengan jelas kerana aku hanya meniliknya sekali imbas saja. Aku mengamati tulisan pada layar telefon pintar Cikgu Jung.

"Mungkin tak sama, tapi ada irasnya" Goeun mengangguk perlahan.

"Keterangan awak boleh dijadikan hujah kalau kes ini perlu dibawa ke mahkamah. Saya akan bantu korang untuk mempercepat proses membuka kertas siasatan"

Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•Where stories live. Discover now