Aku terduduk di tepi longkang setelah puas memuntahkan isi perutku. Tak guna punya jantan. Entah berapa lama dia tak basuh sapu tangan dia. Tekakku kembali mual setelah terbayang rupa sapu tangan yang kotor itu.
"Nah, air" aku mencapai botol air mineral dari tangan Jungkook. Aku berkumur terlebih dahulu sebelum bakinya aku jadikan habuan untuk membasahkan tekak.
"Kau okey tak Hara?" Sunny dan Nara berlari ke arah aku. Aku hanya mengangguk. Bahagian bahu yang terkoyak aku tutup menggunakan tapak tangan.
"Terima kasih Rain. Kalau kau tak ada tadi, tak tahulah apa nasib aku" airmata yang masih bersisa aku seka dengan hujung jari.
"Sama-sama. Kita kan kawan baik selama-lamanya. Takkanlah aku nak biarkan kau dalam situasi sebegitu"
FLASHBACK
"Rain, mana Hara ni. Tadi dia kata sekejap saja. Waktu rehat tinggal 15 minit saja lagi. Kalau dia tak datang sekarang, memang tak sempatlah. Cuba kau pergi tengok" sandwic tuna yang sudah digigit itu diletakkan di atas pinggan. Risau pula mengenangkan rakannya yang masih tidak muncul.
"Hmmmm. Biar aku pergi tengok dia di kelas. Mana tahu dia tak sihat ke apa. Kalau aku tak sempat datang balik, bungkuskan jjajangmyeon ni untuk aku" Rain meninggalkan kafeteria dan menuju ke kelas.
'Aduh, tak ada tempat lain ke beruk ni nak menyotong' Daehwi yang tadinya tergedik-gedik bersama seorang senior terus berhenti apabila terlihat kelibat Rain.
"Kenapa kau naik? Pelajar tak boleh naik sebelum tamat waktu rehat"
"Aku nak cari Hara. Dari tadi dia tak turun-turun. Kau ada nampak dia tak?" soal Rain kepada Daehwi.
"Ouh, tadi Suho-sunbaenim panggil dia ke blok lama tu. Aku tak tahulah diorang nak buat apa. Entah-entah ada projek agaknya" Daehwi tersengih nakal ke arah rakan se'sotong'nya.
Kata-kata Daehwi membuatkan Rain berdebar dan mula tidak senang hati. Nombor telefon Jungkook didailnya.
"Yeoboseyo, Sir Jeon. Saya rasa tak sedap hatilah. Daehwi cakap Hara pergi ke blok lama tu dengan Suho-sunbae. Saya risaulah, sir"
"Kenapa sampai ke situ? Dia tak rehat sekali dengan kamu semua ke tadi?"
"Tak. Dia kata dia ada hal. Jom kita pergi blok tu, sir. Saya betul-betul tak sedap hati ni. Saya pergi balai disiplin, ya?"
"Ha, boleh juga. Ajak kawan-kawan kamu sekali. Saya akan maklumkan pada guru matapelajaran kamu selepas ni. Tolong cepat, ya?"
Jungkook mengemas kesemua rekod disiplin para pelajar dan disimpan ke raknya semula. Jarak antara kelas dengan balai disiplin yang tidak jauh membuatkan Rain tiba lebih awal berbanding ahli skuad yang lain.
"Sir, kita pergi dulu. Nara, Sunny dan Hana sudah ke sana melalui jalan pintas" Jungkook mengangguk sebelum kedua-duanya berlari ke blok lama di hujung padang.
"Kamu yakin ke ini tempatnya" mereka berlima berdiri di hadapan sebuah bilik rawatan terbiar di hujung blok usang itu.
"Saya yakin sebab masa Rain maklumkan pada kami, kami terus datang sini. Saya dengar bunyi lelaki ketawa. Bukan seorang tapi ramai. Cepatlah pecahkan pintu ni. Saya risau diorang apa-apakan Hara" ujar Hana serius.
"Saya tak boleh pecahkan sesuka hati. Ini harta sekolah"
"Pintu ni atau Hara lebih berharga" Sunny mencerlung ke arah Jungkook. Geram gadis itu dengan pemikiran gurunya yang agak lembap itu.
YOU ARE READING
Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•
Novela Juvenil🇨 🇴 🇲 🇵 🇱 🇪 🇹 🇪 🇩 [Siri Bangtan x Readers] 💄K-Novel💄 Suami hak milik persendirian. Sharing is not caring. Perampas akan didakwa! 💜Cinta tak kenal usia 💜 By: Miss_RoseGold Highest rank : #1 in imagine [11/8/2018] #1 in kpopimagine [11/5...