"Saya naik atas dulu, nak rehat" aku mula mengatur langkah ke bilik tidurku setelah pulang dari rumah keluarga Kim. Seluruh badanku terasa seperti ditumpang oleh makhluk lain dek kepenatan yang teramat sangat.
Aku melonggarkan ikatan rambutku sebelum merebahkan tubuhku di atas tilam bersaiz king itu. Terasa seperti segala bebanan di bahu terlepas seketika.
(Jungkook POV)
Aku merehatkan diri di atas sofa yang terletak di hadapan katilku. Beg bimbit yang terletak elok di dalam laci aku capai. Diari hitam milik Hara yang aku ambil dari bilik lamanya tempoh hari aku selak satu persatu. Langsung tiada catatan menarik. Hanya ada cerita yang biasa kanak-kanak perempuan catatkan. Jatuh cinta dengan pelajar senior, crush senyum dekat dia dan bergaduh dengan rakan baik sendiri sebab teman lelaki. Menyampah aku baca.
Sehelai muka surat yang terlipat kemas di tengah-tengah diari itu menangkap perhatianku. Lipatan itu aku buka dan imbas buat kali pertama. Gambar seorang budak perempuan dan dua orang abangnya. Gambar itu aku pusingkan. Terdapat sedikit catatan di hujungnya.
Photograph taken by : Seokjin Kim
From left : Namjoon Kim, Hara Kim, Taehyung Kim"Takkan mereka berempat saja? Mana eomma dan appa mereka? Takkanlah sejak mereka kecil lagi kedua orang tua mereka sudah sibuk bekerja?" aku meletakkan gambar itu di poket hadapan diari. Catatan yang agak panjang itu aku teliti baris demi baris.
25/1/2014
Hari ini, hari yang amat menggembirakan untukku. Hari ulang tahun kelahiranku sendiri yang ke-15. Malangnya, ulangtahunku pada kali ini masih suram seperti tahun-tahun sebelumnya.
Yalah, tiada apa-apa yang istimewa pada tarikh lahirku. Lainlah macam abang-abangku yang lain. Kelahiran mereka ibarat hadiah teristimewa untuk eomma. Sudah tentu eomma ingat tarikh tersebut kerana mereka dilahirkan semasa peristiwa penting.
Jin lahir semasa hari ulangtahun perkahwinan eomma dan appa yang kedua. Hari ulangtahun perkahwinan sudah tentu tidak akan dilupakan.
Namjoon lahir semasa hari jadi eomma. Untunglah dapat raikan hari jadi sama-sama.
Taehyung lahir betul-betul di ambang tahun baru. Masa tu, eomma dan appa sedang bercuti sempena perayaan Krismas dan tahun baru.
Aku? Tiada apa-apa yang menarik untuk diingati. Aku selalu mendengar rakan-rakanku bercerita tentang sambutan hari jadi mereka di Menara Namsan bersama ibu bapa masing-masing. Kalau nak pergi Menara Namsan bukanlah sesuatu yang sukar sebenarnya. Tapi, kalau bersama eomma dan appa. Mustahil, mungkin?
Catatan itu terhenti setakat itu sahaja. Catatan ini belum cukup kukuh untuk Hara jauhkan diri dari eomma dan appanya.
"Aku kena cari lagi" muka surat seterusnya aku selak. Catatan tadi merupakan catatan terakhir. Muka surat seterusnya hinggalah helaian terakhir kosong tanpa sebarang coretan. Diari itu aku lempar ke bawah.
"Aku tak habis fikirlah. Kenapa dia selalu rasa yang diri dia anak angkat? Ada rahsia apa dalam keluarga ni yang aku tak tahu?" tangan kananku naik ke pelipis dan mula mengurut lembut bahagian itu.
Aku bangun untuk menghirup udara segar dari balkoni. Langkahku terhenti apabila terpijak sekeping sampul surat yang terletak tidak jauh dari diari itu.
"Mana datangnya kertas ni" mungkin datang dari diari semasa aku melemparnya ke bawah. Sampul surat itu aku buka. Sehelai kertas bercop rasmi Hospital Pakar Seoul IV itu aku buka. 25 Januari 2014. Tarikh yang sama dengan catatan yang aku baca tadi. Surat itu ialah rekod rawatan Hara pada hari kejadian.
YOU ARE READING
Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•
Teen Fiction🇨 🇴 🇲 🇵 🇱 🇪 🇹 🇪 🇩 [Siri Bangtan x Readers] 💄K-Novel💄 Suami hak milik persendirian. Sharing is not caring. Perampas akan didakwa! 💜Cinta tak kenal usia 💜 By: Miss_RoseGold Highest rank : #1 in imagine [11/8/2018] #1 in kpopimagine [11/5...