📀 37

1.1K 112 27
                                    

Jungkook berjalan perlahan-lahan di atas treadmill. Fikirannya menerawang memikirkan Hara yang berada di rumah mertuanya. Walau pun dia tahu ibu dan bapa mertuanya masih di London, sedikit sebanyak dia juga risau tentang pandangan mereka terhadap dirinya.

"Kau memang tak boleh harap"

"Itu satu-satunya anak perempuan kami"

"Kalau kau tak mahu jaga dia lagi, tinggalkan dia. Pulangkan dia pada kami"

Pelbagai senario muncul di benaknya. Lamunannya tergendala apabila telefonnya berdering lama. Dengan langkah longlai, dia meleretkan butang berwarna hijau tersebut.

"Ya, Sunny. Ada apa?"

"Sir, Hara di Hospital Mugunghwa sekarang--"

"Baik, saya ke sana sekarang"

🍄🍄🍄

Aku meneguk air setelah selesai menelan beberapa biji pil dan kapsul. Rasanya sama seperti ubat-ubatan yang aku pernah gunakan sebelum ini. Dulu, aku bergantung pada ubat untuk hidup. Mujurlah aku sudah semakin kuat untuk melawan diri aku sendiri. Semuanya kerana

Jungkook.

Aku tahu bunyinya agak menggelikan tetapi itulah hakikatnya. Aku bodoh, cintakan lelaki yang bukan milik aku. Tanganku yang tercucuk dengan iv drip itu aku alihkan perlahan-lahan ke atas perutku.

Dah lama iv drip ni tak bersua dengan aku. Dulu, aku kebal dengan iv drip. Aku masih boleh berjoget apabila tangan tercucuk dengan jarum yang besar itu. Sekarang, sakitnya menyengat.

Daun pintu terkuak dari luar. Aku segera memejamkan mata seolah-olah aku sedang tidur dengan nyenyak. Haruman maskulin Caron Poivre yang sangat aku kenali meresap dalam rongga nasalku.
Dapat aku rasakan tangan suam miliknya hinggap di dahiku.

"Panasnya badan awak, sayang" jantungku seperti diragut dari tangkainya. Cepat-cepat aku membuang rasa berdebar itu. Dia hanya simpati pada kau, Hara. Tak lebih.

"Yah! Pabo-ya!" jeritku apabila tangannya tertepis iv drip yang berada di kananku. Menggelabah Jungkook dibuatnya.

"Omo! Omo! Sakit ke? Nak saya panggil doktor?" cengkaman tanganku pada lengan kekarnya menghenti kekacauan tersebut.

"Tak sakit sangat pun. Sakit hati saya ni lebih dahsyat daripada sakit pada tangan saya" bait-bait sinis itu meluncur dari bibirku dengan lancar. Terkedu lelaki itu dibuatnya. Tatapan matanya melembut lalu tangan kiriku diraih.

"Awak masih marahkan saya pasal bekal tengah hari tadi?"

"Tak tahu"

"Alolo comelnya isteri saya merajuk. Rasa nak gigit-gigit mulut muncung tu" dadanya aku tampar. Sengaja mahu mengusikku.

"Tak payahlah cemburu. Saya dengan dia tak ada apa-apa hubungan istimewa pun. Kalau ada, saya bagitahu"

"Nampak pisau tu? Korek biji mata baru tahu" jariku menuding ke arah pisau pemotong buah di sisi katil.

"Ampunkan patik, permaisuri. Patik main-main saja" aku tersenyum kecil dengan gelagat Jungkook. Jarang betul sisi dirinya yang satu ini dapat dilihat.

Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•Where stories live. Discover now