Aku berjengket masuk ke dalam rumah perlahan-lahan. Jam dinding yang tergantung di ruang tamu menunjukkan jam 11.59 malam. Agaknya, Jungkook sudah tidur atau belum?
"Dahlah balik lambat, masuk macam pencuri. Tak bagi salam pula tu" darahku seakan kering apabila sergahan dari Jungkook membuatkan aku terkejut.
"Eh, t-tak tidur lagi ke? Awak ada k-kerja lagi nak kena siapkan?" aku tersengih melihatnya yang sedang bercekak pinggang di tepi sofa.
"Memang ada kerja. Tunggu isteri yang terlupa jalan nak balik rumah" nada dingin dalam intonasinya membawa aura peperangan. Berlembut. Aku kena berlembut.
"Jungkook, sayang. Saya tak nak bergaduh malam-malam ni. Nanti eomma dengar tak manis kan? Saya minta maaf sangat-sangat, ya? Janji tak buat dah. Esok awak pergi marah Hooligan Squad. Diorang yang melambatkan saya" wajah yang tegang mulai tenang kembali. Fuh, lega!
"Pergi tidur. Esok pagi-pagi, kita semua akan bertolak ke Jeollabuk-do, kampung halmeoni saya. Barang awak semua saya dah kemas. Kalau lambat, saya tinggal. Jadi penunggu rumah"
"Erm. Awak dah kemas barang saya? Pakaian dalam dan barang peribadi pun?" Jungkook mengangguk. Alahai, malunya tahap nak sembelih lipas. Ya Tuhan, tak ada kemaluan-- oops, maksud aku, rasa malu.
"Tunggu apa lagi? Masuklah tidur" aku hanya berjalan mendahuluinya. Amboi, siapa yang datang bulan ni? Dia pula yang terlalu beremosi.
"Ha, tahu tak kalau isteri yang suka mengata suami ni tak bau syurga? Nak ke masuk neraka?"
"Woi, korang ni dari pagi sampai tengah malam asyik bergaduh. Dahlah eomma minta cucu seorang pun tak boleh bagi. Pergi tidur! Esok nak bangun awal!" kami berdua mencicit lari kerana takut dengan suara ala-ala komander milik eomma. Baru kau tahu kuasa jerkahan seorang ibu.
®©
Aku terjaga dari lena yang panjang setelah leher dan dahiku dibasahi peluh. Aku melihat bahagian pemandu.
Kosong.
Kurang diajar punya suami. Dia tinggal aku dalam kereta. Paling penting sekali, dia matikan penyaman udara. Aku keluar dari kereta. Rumah Halmeoni Jeon serupa bangunan BigHit Entertainment di Seoul, besar dan gah.
"Tak perlulah melopong sampai macam tu. Hara anak orang kaya juga kan?" eomma menepuk bahuku. Entah dari mana dia muncul?
"Jung-- Abang mana, eomma? Sampai hati dia tinggalkan Hara dalam kereta seorang diri. Kalau ada orang culik tadi, macam mana?" aku mencebikkan bibir sedikit.
"Dia sedang berehat di tingkat atas. Penat katanya memandu dari Seoul sampai ke sini. Kamu pergilah naik atas. Jungkook dah angkat bagasi kamu ke atas" aku hanya menurut dan mendaki anak tangga ke tingkat atas.
'Kalau datang naik kapal terbang, tak perlu menyusahkan diri nak memandu sampai sini. Dasar manusia. Suka menyusahkan perkara mudah'
"Eh, sayang. Dah bangun? Seronok tidur dalam kereta" sindirannya aku balas dengan jelingan. Jaket kulit yang masih tersarung di badan aku tanggalkan dan disangkut di hadapan almari. Kerusi malas di tepi tingkap menjadi sasaranku.
"Alah, merajuk ke? Siapa suruh tak temankan saya masa saya memandu tadi. Dahlah eomma berdengkur di belakang. Awak pun berdengkur di depan. Saya sunyi memandu tak ada teman" Jungkook meletakkan dagunya di atas pahaku. Apa? Ingat comellah tu?
YOU ARE READING
Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•
Novela Juvenil🇨 🇴 🇲 🇵 🇱 🇪 🇹 🇪 🇩 [Siri Bangtan x Readers] 💄K-Novel💄 Suami hak milik persendirian. Sharing is not caring. Perampas akan didakwa! 💜Cinta tak kenal usia 💜 By: Miss_RoseGold Highest rank : #1 in imagine [11/8/2018] #1 in kpopimagine [11/5...