"Saya nak tidurlah" ujarnya selamba sambil memeluk selimut tebal dan sebiji bantal.
"Dekat mana? Sofa? Lepas tu buat apa pakai katil King? Nak bagi Chucky tidur?" Ya Tuhan mulut kau celupar, Hara. Kalau masin mulut aku, buka mata esok ada Chucky sedang tersenyum manis di sebelahku. Ergh, meremang bulu tengkukku.
"Tak apa ke?" aku mengangguk dalam rasa mengantuk yang amat sangat.
"Awak nak saya tidur sebelah awak? Awak tak takut ke?"
"Tak sebab saya yakin sir ni masih waras dan takkan rogol budak bawah umur lebih-lebih lagi, saya ni pelajar sir"
"Tapi saya ni lelaki. Ada nafsu"
"Ikut sirlah. Tak nak, sudah. Orang dah pelawa tu nak main tarik tali pula"
Dia terus meloncat naik ke atas katil. Cis, tadi acah tak nak. Aku pusingkan badan membelakanginya. Ya Tuhan, selesanya.
"Saya nak bagitahu sesuatu dekat awak. Tak baik tidur membelakangkan suami" aku mengeluh panjang. Kenapa aku dapat suami cerewet macam ni?
"Sir. Kalau esok pagi, sir bangun lepas tu bontot sir kebas dan senget sebelah, jangan tanya saya ya? Saya rasa saya tak salah. Kaki saya yang bersalah. Sir faham kan maksud saya?"
"Ok, fine!" dari nada suaranya, aku tahu dia sedang melancarkan protes.
"Merajuk ke? Ingat aku nak pujuk. Orang dah bagi betis nak peha. Bagi kaki baru tahu"
"Saya dengar!"
"Woi, korang berdua bergaduh apa lagi? Orang berseronok masa malam pertama. Kau berdua ni bergaduh pula. Kalau macam inilah gayanya, alamat sampai ke tua aku tak merasa dapat anak buah" laung si Seokjin. Ergh, otak dia memang sebiru air laut agaknya.
Aku berselubung di dalam selimut. Apabila ribut melanda, kena cepat-cepat selamatkan diri 😁.
•
•
•
•
•
•
•
Aku terjaga dari tidur. Ish, masa ni jugalah tekak terasa berpasir. Sudahlah aku masih dibuai rasa mengantuk yang terlalu menebal. Aku keluar dari selimut lalu mengintai sedikit ke bawah katil. Takut juga kalau tiba-tiba ada yang memegang kakiku nanti.
Aku memisat mataku sebelum berniat untuk melangkah ke dapur. Tetapi, bayangan seseorang di sebelahku membuatkan jantungku berdegup kencang.
Parahnya lagi, lelaki tu bertelanjang dada sambil memeluk bantalku. Dalam keadaan otak yang tidak mampu memproses maklumat, aku menendang lelaki itu hingga jatuh dari katil.
"Perogol! Kau keluar! Macam mana kau masuk dalam bilik aku hah?"
"Hara, ni Jungkook! Suami awak!"
Suami? Ya Tuhan, Hara kenapa kau bodoh sangat ni?
"Ya Tuhan, sir. Maaf, maaf. Saya lupa saya dah kahwin. Saya tolong sir naik ya?" aku memapah Sir Jungkook naik ke katil. Wajah cemberutnya terserlah walaupun dalam kesamaran cahaya.
"Saya mengantuk. Tidur dulu, ya" terbantut selera aku untuk turun ke dapur. Haus pun dah bertempiaran lari.
'Tengok tu. Langsung tak ada rasa bersalah' getus hati Jungkook.
Jungkook memijat pinggangnya yang terasa sengal dan perit. Dia membaringkan diri perlahan-lahan di tempatnya.
'Esok, siap kau!'
YOU ARE READING
Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•
Roman pour Adolescents🇨 🇴 🇲 🇵 🇱 🇪 🇹 🇪 🇩 [Siri Bangtan x Readers] 💄K-Novel💄 Suami hak milik persendirian. Sharing is not caring. Perampas akan didakwa! 💜Cinta tak kenal usia 💜 By: Miss_RoseGold Highest rank : #1 in imagine [11/8/2018] #1 in kpopimagine [11/5...