Aku menutup semula mulutku setelah doktor kacak itu selesai melakukan pemeriksaan. Sakit-sakit pun sempat lagi nak menggatal.
"Puan Muda Jeon tak apa-apa. Cuma bahagian dalam mulutnya ada sedikit luka mungkin disebabkan geseran dengan gigi. Tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan. Saya dah tulis preskripsi untuk gel penyejuk. Esok pagi, bolehlah tebus di hospital atau klinik berhampiran. Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu, Tuan Jeon" appa mengiringi kepulangan Dr. Ong dan meninggalkan bilik kami.
Sedari tadi, aku menggengam tangan Jungkook. Tatapannya terhadap harabeoji amat tajam bagaikan pedang yang boleh menembusi dinding. Aku memandang Jungkook dan menggeleng kecil seraya mengusap lengannya lembut. Barulah dia mengendurkan tatapan mautnya.
"Hara sayang. Harabeoji minta maaf, ya? Harabeoji betul-betul tak sengaja. Harabeoji tak dapat kawal amarah tadi"
"Tak apalah, harabeoji. Bukan salah harabeoji sepenuhnya. Jungkook pun salah. Kalau dia tak berdegil tadi, semua benda ni tak jadi"
"Kenapa saya pula yang degil? Semua orang tak nak hormat keputusan saya. Salah ke saya nak tegakkan pendirian saya?"
"Sudahlah, Kook! Appa, masalah ni dah berlarutan terlalu lama sampai naik rimas Minjoo dibuatnya. Jungkook pun dah boleh berdiri atas kaki sendiri sekarang. Pasal syarikat tu, biarlah Minjoo usahakan selagi Minjoo dengan Seobyul mampu. Kalau kami dah tak mampu, kami akan serahkannya pada Jimyeon. Jimyeon pun ada hak atas syarikat tu. Appa janganlah hukum dia disebabkan kesalahan papa dan mama dia. Lagipun, Jimyeon tu dah hidup sebatang kara sekarang" keluhan panjang dan berat terlepas dari bibir nipis milik harabeoji.
"Kalau itu kata kamu, appa ikutkan saja" harabeoji yang ingin melangkah keluar itu ditahan oleh eomma Jeon.
"Minjoo minta maaf kalau cara Minjoo terlalu kasar dan mengguris hati appa. Tapi, sebagai menantu, Minjoo kena betulkan balik apa yang kita dah lakukan dulu. Minjoo, Seobyul dan appa dah sama-sama berusia. Biarlah anak-anak ni mewarisi apa yang mereka sepatutnya terima tanpa ada konflik. Minjoo percaya, keluarga ni akan bersatu semula. Macam kali pertama appa dan eomma bina keluarga ni dulu" eomma mencium tangan tua milik harabeoji. Eomma turut memberi isyarat mata kepada Jungkook agar meminta maaf kepada harabeoji.
Dengan langkah malas, Jungkook bergerak ke arah harabeoji. Tangan milik lelaki itu dicapai lalu dikucup sekilas.
"Harabeoji, Kook minta maaf. Kook tak sepatutnya berkasar dan berkecil hati dengan apa yang harabeoji pernah cakap pada Kook dulu. Kook tahu yang harabeoji nak yang terbaik untuk Kook. Tapi, ego Kook yang halang Kook daripada mengakui semua tu. Maafkan Kook, harabeoji" tubuh tegap milik Jungkook dipeluk erat oleh harabeoji. Sesuatu telah dibisikkan ke telinga Jungkook namun gagal untuk aku dengari.
Setelah segala ketegangan terlerai, Jungkook menutup pintu bilik dan melabuhkan punggungnya di atas katil. Pipiku yang sedikit bengkak diusap lembut.
"Sakit lagi ke?" aku hanya mengangguk. Plaster yang tertampal pada pipiku menyukarkan aku untuk bercakap apatah lagi untuk ketawa. Ubun-ubunku diusap sedikit.
"Lain kali, janganlah nak jadi hero. Lelaki kalau nak pukul lelaki, kekuatan dia berbeza dengan cara nak pukul perempuan"
"Mana saya tahu. Tu tindak balas luar kawal, tahu? Tiba-tiba saja saya berdiri di depan awak. Nanti kalau rosak muka kacak awak ni, habislah peminat awak lari" Jungkook ketawa kecil dan mencubit hidungku manja.
"Tidurlah. Esok pagi kita pergi jalan-jalan dekat kaki gunung. Dekat sana ada pesta esok" mataku membundar apabila mendengarkan adanya pesta esok hari. Telefon pintarku dicapai dan penggera ditetapkan.
YOU ARE READING
Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•
Ficção Adolescente🇨 🇴 🇲 🇵 🇱 🇪 🇹 🇪 🇩 [Siri Bangtan x Readers] 💄K-Novel💄 Suami hak milik persendirian. Sharing is not caring. Perampas akan didakwa! 💜Cinta tak kenal usia 💜 By: Miss_RoseGold Highest rank : #1 in imagine [11/8/2018] #1 in kpopimagine [11/5...