"Eh, apa ni?! Lepaslah! Sakitlah, janganlah macam ni" aku meronta minta dilepaskan. Sudahlah badanku tersandar pada tubuhnya. Aku langsung tidak dapat melihat mukanya. Tangannya kini menekup mulut serta hidungku. Kalau ikutkan bau, ini tangan Jungkook.
Aku sedaya upaya memusingkan badanku. Sangkaanku tepat. Memang Jungkook yang akan buat kerja macam orang tidak berotak.
"Tangan tu dahlah berbau. Ada hati nak tekup mulut orang" aku menyapu mulutku menggunakan tapak tangan.
"Oops, maaf. Awak ni nampak tenang saja. Memang awak ni jenis tak ada perasaan. Atau awak ni tak tahu malu" membulat mataku mendengar tohmahan yang dia lemparkan ke atas diriku.
"Apa maksud awak ni? Awak baru kenal saya, jadi jangan nak buat apa-apa kesimpulan pasal diri saya" jari telunjukku aku halakan ke arahnya.
"Habis tu, tak rasa apa-apa ke bila nampak benda ni?" skrin telefon pintarnya dihalakan ke arahku. Jelas terpampang video aku dan Jimin sedang melakukan amali bantuan pernafasan sebentar tadi. Sah, ini kerja skuad Hyeji.
"Video ni dah tersebar meluas. Sampai dah masuk ke laman Telegram sekolah. Sir Park dah jelaskan kepada semua guru. Dia kata ini hanya bantuan pernafasan. Tapi, apa perasaan saya? Apa ni Hara Jeon?! Awak dah berkahwin dan tolong sedar dengan status awak. Awak bukan lagi bujang yang boleh berasmara dengan mana-mana lelaki" ujar Jungkook sambil anak matanya mencerlung ke arahku.
"Sir Park dah jelaskan, betul tak? Jadi, kenapa masih nak tanya? Sudah terang-terangan kami tak lakukan perkara yang salah. Itu cuma amali yang berguna untuk masa depan" aku melarikan pandanganku ke arah lain. Jantungku seperti hendak meloncat keluar dari badan apabila dia tidak putus-putus merenungku.
"Berguna di masa hadapan? Saya pun nak bagi sesuatu yang berguna di masa hadapan. Bibir ni kan yang Sir Park awak tu sentuh" ibu jarinya dilarikan pada bibir bawahku. Lembut dan penuh sensual. Tatapan matanya turut berubah kelam dan mendalam.
"A-apa ni? L-lepaslah" belakang leherku ditopang dengan tapak tangannya. Aku cuba mengalihkan wajahku namun gagal. Bibirnya dibenamkan secara kasar di atas bibirku. Semakin lama, semakin dalam ciuman itu sehingga aku loya.
Dada bidangnya aku tumbuk apabila dadaku terasa sesak kerana himpitannya. Airmataku mula jatuh apabila oksigen untuk aku hirup sudah tidak mencukupi. Dengan kudrat yang masih bersisa, aku menolak kepalanya hingga ciuman berbisa itu terputus.
Aku segera membuka pintu dan melarikan diri dari manusia puaka itu.
S
K
I
P
"Woi, siapa suruh padam?! Aku tak habis tulis lagi!" jerit Hana. Pen ditangannya dihempas ke meja.
"Siapa suruh kau lembap sangat Cik Kura-kura? Pandai-pandailah kau pinjam buku kawan kau" Daehwi memadam tulisan pada papan putih itu dengan lenggang-lenggok mautnya. Aku masuk melalui pintu belakang kelas. Untunglah sekarang ni tiada mana guru di dalam kelas.
"Kau kenapa, Hara? Muka kau merah ni?" soal Sunny. Rambutku yang agak serabai itu aku betulkan sedikit.
"Tak ada apalah. Aku lari dari tandas tadi. Takut terserempak dengan guru disiplin" bukan sekadar terserempak, dia telah mencabul kehormatan bibirku.
"Ouh, baiklah kalau macam tu. 10 minit lagi dah rehat. Kita keluar awal nak tak?" Nara tersengih jahat. Begitu juga dengan rakanku yang lain.
"Korang pergilah dulu. Aku ada perkara yang perlu aku selesaikan" mereka mengangguk dan meninggalkan aku di dalam kelas sendirian. Kelas kami sememangnya terkenal dengan perangai nakal. Tapi, mereka cuma tak patuh masa rehat sahaja. Yang lain, semuanya baik-baik saja kecuali aku.
YOU ARE READING
Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•
Novela Juvenil🇨 🇴 🇲 🇵 🇱 🇪 🇹 🇪 🇩 [Siri Bangtan x Readers] 💄K-Novel💄 Suami hak milik persendirian. Sharing is not caring. Perampas akan didakwa! 💜Cinta tak kenal usia 💜 By: Miss_RoseGold Highest rank : #1 in imagine [11/8/2018] #1 in kpopimagine [11/5...