(Jungkook POV)
"Maaf, saya lambat!" aku membongkokkan badan beberapa kali dihadapan Pengetua Song.
"Tuan pengetua, ni rakan sejawat saya dari Busan, Jeon Jungkook" Jimin memperkenalkan aku kepada pengetua itu. Dia menilik aku dari atas ke bawah. Nasib baik dia tak buat muka miang. Kalau tak, memang aku humban dia keluar.
"Oh, inilah Cikgu Jeon yang diorang sibuk heboh-hebohkan dari pagi tadi? Jadi, ini jadual cikgu berdua. Cikgu Park akan jadi guru Pendidikan Jasmani dan Cikgu Jeon akan jadi guru Sains seperti dalam perjanjian yang telah ditandatangani tempoh hari. Cikgu Jeon, cikgu juga akan memegang jawatan sebagai guru disiplin. Kalau ada sebarang masalah, boleh rujuk ketua guru disiplin, Cikgu Jung Hoseok. Selamat bertugas"
Kami bertiga berdiri dan berjabat tangan sebelum beredar meninggalkan pejabat tersebut. Tak sabar nak mulakan tugas pertama di sini.
"Woi, kau kenapa lambat hah? Nasib baik pengetua tak soal aku" Jimin menumbuk bahu aku. Kau ingat tak sakit ke pendek?
"Bikini Hwamin hilang. Jenuh aku cari pagi tadi. Rupa-rupanya ada dalam almari aku"
"Tak habis-habis dengan kucing bikini kau tu"
"Weyh, aku nak kena pergi lapor diri dekat balai disiplin dulu. Rehat nanti kita jumpa dekat dewan makan. Aku pergi dulu" aku berlari anak meninggalkan Jimin.
(End POV)
Jungkook tiba di hadapan balai disiplin Sekolah Tinggi Starlite. Dia membuka kasutnya dan mengetuk pintu sebelum melangkah masuk. Kelihatan dua orang guru disiplin sedang sibuk menyemak rekod pelajar.
"Salam sejahtera, saya Jeon Jungkook" dua orang lelaki tadi mengangkat wajah mereka. Boleh tahan juga muka. Ada iras-iras idola K-Pop.
"Salam sejahtera. Saya Jung Hoseok. Yang ni Min Yoongi. Selamat berkenalan. Mulai hari ini, awak dah jadi sebahagian daripada unit disiplin. Ini tugas pertama awak" lelaki yang bernama Hoseok itu menghulurkan sebuah buku rekod. Tertera nama "Kim Hara" di atasnya.
"Dia ni kes istimewa. Degil, keras kepala, hati batu dan tak makan saman. Saya harap awak boleh ubah dia. Kelas pertama awak dengan pelajar 5 Galaksi kan? Kim Hara dari kelas tu. Bolehlah awak buat sesi suai kenal" wah, ini kes paling pelik aku pernah tengok! Dia budak bermasalah tapi berada di kelas kedua. Hmpphh.. Menarik!
"Kalau tak ada apa-apa lagi, saya ke kelas dululah, ya? Terima kasih" aku mengatur langkah ke kelas 5 Galaksi. Fuh, first lesson! Fighting!
(End POV)
"Bangun! Good afternoon, sir!"
"Good afternoon, sir!" aku membuka mataku perlahan apabila terdengar suara rakan sekelasku yang sedang memberi ucapan selamat. Aku memisat mataku kecil. Pergh, ada bidadara nerakalah! Sebab apa jadi bidadara neraka? Sebab, cikgu ni mula-mula memanglah baik. Lepas tu, keluarlah perangai tanduk dua diorang. Apa-apa pun, terima kasih Pengetua Song!
Sekarang ni waktu Sains. Subjek kegemaran aku. Bertambah semangat bila cikgu kacak yang ajar. Aku melihat rakan-rakan sekelasku sedang sibuk merenung guru tersebut. Alamak, dia pakai cermin mata ala-ala Harry Potterlah pula. Uish, mengancam ni.
"Kacaknya!"
"Besar gila biceps dia. Aku pun nak juga!"
"Aku rasa aku kunyit"
Pelbagai reaksi aku dengar dari rakan-rakan sekelasku. Aku memandang ke depan. Dia sedang menulis beberapa nota. Rakan sekelasku sedang khusyuk menyalin nota tersebut. Adakah mereka semua mengharapkan pujian semata-mata?
Dia terlalu hot. Dengan kemeja merah hatinya, seluar slack hitam slim fit, tali leher hitam, kasut kulit, rambut yang disikat rapi. Siap letak pomade lagi. Meleleh air liur. Tiga minit berlalu dan dia masih menulis di papan putih.
Cikgu ni hidup zaman batu ke apa? Aku bosan gila duduk dalam ni. Ingatkan dah nak habis waktu. Rupa-rupanya baru 5 minit dia masuk. Dia ingat ini Abad Ke-19 ke? Aku nak buat eksperimen!
Yang makhluk-makhluk dalam kelas aku semua fokus padanya Bukan fokus belajar, fokus menilik muka serta biceps miliknya. Aku tak tahan dah, aku betul-betul bosan. Aku perlu buat sesuatu. Aku berdiri sehingga kaki kerusi terseret ke lantai menghasilkan bunyi bingit. Cikgu tu pandang aku.
"Ya? Ada bahagian yang awak tak faham?" soal dia.
"Cikgu, saya nak cakap sikit. Sekarang ni, kita kena ikut PAK21 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Cara cikgu ni dah lapuk dan membosankan" aku silangkan tangan ke dada tanda protes.
"Kalau awak bosan, dipersilakan keluar" kau nak provoke aku ke? Silap besar, bang. Semua pelajar lain pandang aku dengan tatapan tak percaya.
Ada yang pandang aku dengan pandangan ni-hari-pertama-tolong-jangan-buat-hal. Ada juga yang buat pandangan jangan-buat-hal-dengan-bakal-suami-aku. You're wrong babe! Aku keluar dari kelas tu.
"Kim Hara! Kalau awak keluar, saya akan lapor pada guru disiplin" cis, tak goyang langsung. Aku yakin, cikgu kuda tu pun dah muak tengok muka aku. Rotan dia pun dah muak nak pukul aku.
"As you wish" aku terus keluar meninggalkan kelas. Tanpa hala tuju. Yg penting, bukan kelas Sains encik Jeon Jongang.
'Aku akan pastikan kau dihukum, Kim Hara. Ni Jeon Jungkook, okay?' gumam Jungkook.
Sekarang, Chanyeol pula menuruti langkah Hara. Keluar dari kelas. Dan sudah semestinya, mereka akan didenda sebentar lagi.
{🌟} Vote 😘
[💬] Comment 😍
Salam sayang dari author, love you to the moon and never come back 😘💓
YOU ARE READING
Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•
Teen Fiction🇨 🇴 🇲 🇵 🇱 🇪 🇹 🇪 🇩 [Siri Bangtan x Readers] 💄K-Novel💄 Suami hak milik persendirian. Sharing is not caring. Perampas akan didakwa! 💜Cinta tak kenal usia 💜 By: Miss_RoseGold Highest rank : #1 in imagine [11/8/2018] #1 in kpopimagine [11/5...