📀 57

1.1K 118 119
                                    

🍁MELLOW ALERT 🍂











Hana berjalan beriringan bersama Jimin menelusuri koridor hospital yang agak lengang pagi ini. Plastik berisi ubat-ubatan dan beg galas berisi pakaian milik Jimin dibawa oleh Hana.

"Saya boleh pegang plastik tu" ujar Jimin sambil cuba merebut plastik putih itu dari tangan Hana. Malangnya, lengan kekar miliknya ditampar kuat oleh Hana membuatkan lelaki itu meringis kecil.

"Jaga tangan sir sudahlah. Yang lain tu biar saya yang uruskan. Degil" Jimin memuncungkan mulutnya tanda geram.

"Kan hari tu dah bagitahu, jangan panggil sir. Panggil Jimin saja"

"Mana boleh. Sir kan seorang guru. Saya kenalah hormat"

"Susah-susah sangat, panggil saja saya ni sayang" percakapan selamba Jimin mengundang biasan merah pada pipi gebu milik Hana. Gadis itu diam tak bersuara sehinggalah mereka tiba di lot parkir. Kelibat Jungkook dan Hara sudah kelihatan dari kejauhan.

Jimin mendakap tubuh Jungkook sekilas menggunakan tangan kanannya. Hara pula dengan ligat membantu rakan karibnya untuk meletakkan beg galas milik Jimin di but kereta.

"Korang berdua ni dah rasmi ke?" soal Jungkook namun matanya masih fokus di atas jalan raya. Jimin menjongketkan keningnya tanda keliru.

"Rasmi?"

"Yalah. Rasmi menjadi pasangan kekasih" kali ini, bukan sahaja muka Hana yang dihiasi tomato segar malah telinga milik Jimin juga membahang tidak terhingga.

"Jom pergi makan. Saya laparlah" ujar Hara yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati.

"Apa-apa pun boleh untuk sayang saya ni" Jimin menayangkan riak wajah jijiknya dan kelihatan dari pantulan cermin pandang belakang.

"Huh, cemburulah tu aku boleh bermanja dengan baby ucuk aku"

💐💐💐

Hara memerhatikan jam dinding yang senantiasa berdetik tanpa keluhan. Jarum jam sudah berganjak ke angka 12 namun matanya masih belum terlelap. Mana tidaknya, perutnya meragam ria sejak petang tadi.

Gadis itu mengambil keputusan untuk mengatur langkah ke dapur dan membancuh secawan teh pudina untuk dirinya dengan harapan bahawa ragaman itu reda.

Namun, isi perutnya seakan bergelojak sehingga dia memuntahkan segala makanan yang belum dihadam ke dalam sinki di dapur. Cairan jernih yang keluar dari kerongkong sangat merengsa salur esofagusnya.

"Sayang, awak tak apa-apa?" ujar Jungkook sambil memegang rambut Hara supaya tidak mengurai ke dalam sinki. Belakang badan gadis itu digosok perlahan walaupun Jungkook juga mual sendiri.

"Perut saya sakit" Jungkook berlari ke tingkat atas dan tak lama kemudian, sehelai kardigan panjang berwarna beige disarungkan ke tubuh genit isterinya.

"Jom kita ke hospital. Saya risau tengok awak macam ni" gadis itu hanya mengangguk kerana rasa sakit dan memulas di bahagian perutnya bukanlah rasa yang pernah dialaminya.

S

K

I

P

Jungkook, Yejeong dan Jungmin berdiri serentak saat pintu bilik rawatan terkuak dari dalam. Seorang doktor yang manis berkaca mata terpacul dari bukaan pintu itu.

"Macam mana anak kami, doktor?" soal Jungmin gelisah. Pasangan paruh baya itu bergegas ke hospital setelah mendapat panggilan dari menantu mereka.

Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•Where stories live. Discover now