"Minjoo-ah, tengok saya bawa siapa?" seorang gadis lingkungan tujuh tahun berdiri sopan di samping Jeon Seobyul. Wanita lewat 30-an yang baru menapak ke pintu utama tersenyum manis ke arah mereka.
"Eo, siapa gadis manis ni? Jangan cakap ini anak madu saya pula" selorohan Minjoo mengundang kekehan kecil Seobyul.
"Awak dah terlalu sempurna untuk saya, takkanlah saya nak curang. Ah, ini anak setiausaha saya"
"Anak Yoonju?" Seobyul mengangguk.
"Mereka berdua terlibat dalam kemalangan jalan raya awal pagi tadi. Upacara pemakaman akan berlangsung petang nanti" riak terkejut terpapar jelas di wajah mulus milik Minjoo. Tangan lembut gadis itu digenggamnya.
"Takziah. Yang hidup, pasti akan meninggal. Kita pula perlu teruskan hidup dan banggakan mereka kerana mereka sentiasa melihat dari atas sana. Nama kamu siapa?"
"Hwayoung. Park Hwayoung"
🌧🌧🌧
Upacara peringatan ulangtahun kematian pasangan Park itu sayu. Semua ahli keluarga dan rakan korporat hadir bagi memperingati ulangtahun pemergian pasangan Park itu. Suami Yoonju bukanlah ahli korporat biasa tetapi merupakan Duta Keamanan Korea Selatan. Wajarlah jika pemergiannya merupakan kehilangan besar buat negara walaupun sudah menginjak tahun kesepuluh.
Dia baik.
Dia sopan.
Dia berintegriti.
Dia bijak.
Itulah pujian yang meniti di bibir para hadirin tentang Park Yoonju, bekas setiausaha handalan Seobyul. Segala jadual dan keperluan Seobyul dipenuhi dengan tangkas tanpa ada sebarang keciciran. Dia juga terkenal di dunia ahli konglomerat itu kerana rupa parasnya yang menawan. Sayang sekali, ramai jejaka patah hati kerana dia memilih Jungho sebagai belahan jiwanya.
Hwayoung hanya mematung sejak tadi. Tiada airmata mahupun senyuman. Gadis itu keliru dengan perasaannya.
Dia gembira kerana dapat hidup bebas tanpa kongkongan Yoonju tetapi pada masa yang sama dia kehilangan Jungho, bank bergeraknya.
Keluarga? Tak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Rumahku syurgaku, family comes first, charity begins at home, semuanya hanya omong kosong bagi gadis itu.
Rumah ibarat penjara untuknya dengan ibu bapa sebagai warden. Dibesarkan oleh pembantu rumah membuatkan gadis itu terus mempersoalkan statusnya. Adakah dia anak pungut? Bukan dari benih Jungho, bukan dari rahim Yoonju.
S
K
I
P
Hwayoung berlari ke pintu apabila bel rumah ditekan beberapa kali. Sebaik daun pintu terkuak, kelibat seorang lelaki seusia atau lebih tua sedikit darinya kelihatan. Dia terpesona. Hatinya seperti menerima panasnya bahang yang tak pernah dia rasakan.
"Kamu siapa?"
"Ah, saya H-hwayoung" lelaki itu mengangguk dan menghulurkan tangan kanannya.
YOU ARE READING
Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•
Teen Fiction🇨 🇴 🇲 🇵 🇱 🇪 🇹 🇪 🇩 [Siri Bangtan x Readers] 💄K-Novel💄 Suami hak milik persendirian. Sharing is not caring. Perampas akan didakwa! 💜Cinta tak kenal usia 💜 By: Miss_RoseGold Highest rank : #1 in imagine [11/8/2018] #1 in kpopimagine [11/5...