📀 38

1K 110 16
                                    

🎯 This chapter contains vulgar words, psychopatic and violent actions.

🖍 Read at your own risk





"Jungkook" panggilku lembut. Jungkook yang sedang memotong buah-buahan itu mengalihkan pandangannya ke arahku.

"Kenapa sayang?"

"Saya nak pergi melawat Cikgu Min dan Cikgu Jung, boleh?" Jungkook hanya mengangguk sebelum menyumbat sepotong epal ke dalam mulutnya.

"Kupaskan untuk orang sakit ke kupas untuk diri sendiri?" dia hanya tersengih sebelum mendekatkan sepotong epal ke mulutku. Aku makan epal tersebut dengan teragak-agak. Jungkook meletakkan semula pisau di atas meja lalu mengambil kerusi roda yang tersedia di penjuru wad.

"Eh, awak nak buat apa dengan kerusi roda tu. Saya boleh berjalan ke sana sendirian. Lagipun, saya tak nak perkahwinan kita terbongkar" Jungkook tergelak besar sebelum memapahku naik ke kerusi roda.

"Sayang, ahli skuad awak dah kantoikan kita. Mereka berdua dah tahu pasal kita" aku sedikit terkejut dengan kenyataan yang keluar dari mulut Jungkook. Oh, tidak hairanlah Cikgu Jung dapat meneka suaraku apabila aku menjawab panggilannya malam itu.

"Tapi, jangan risau. Mereka berdua saja yang tahu. Mereka bersedia merahsiakan perkara ni dari pengetahuan pihak sekolah sehinggalah kita bersedia" terdetik rasa bersalah di hatiku. Mungkin aku saja yang belum bersedia. Tangannya aku raih lembut.

"Maafkan saya. Saya yang paksa awak untuk sembunyikan perkahwinan kita. Saya masih belum bersedia. Maafkan saya" ton suaraku mengendur. Lelaki itu hanya mengangguk dan mendorongku ke wad Cikgu Min terlebih dahulu.

Dapat aku lihat seorang jururawat sedang memerhatikan perkembangan kesihatan Cikgu Min. Apabila dia terlihat kelibat kami, dia langsung menunduk hormat sebelum keluar dari wad untuk memberi sedikit privasi.

Lelaki berkulit putih susu itu masih berada di bawah pengaruh ubat pelali membuatkan dia tidak sedar akan kehadiran kami berdua. Jahitan di atas keningnya jelas kelihatan. Kepalanya juga dibalut kemas dengan kain kasa berwarna putih.

"Kita biarkan Cikgu Min berehat. Mari kita ke wad Cikgu Jung" aku hanya mengangguk sebelum Jungkook mendorong kerusi roda yang aku duduki ke wad bersebelahan. Seorang wanita bertocang sedang menyuapkan bubur nasi untuk Cikgu Jung.

"Maaf, menganggu" sapa Jungkook. Cikgu Jung hanya tersenyum sebelum bersuara.

"Jungkook, Hara. Masuklah" kami berdua masuk ke dalam wad tersebut. Wanita itu hanya tersenyum manis ke arahku.

"Ini Goeun, tunang aku. Eun, ini rakan sekerja saya, Jungkook. Itu isteri dia" Goeun bersalaman denganku.

"Manis orangnya. Awak nampak muda, masih bersekolah?" aku mengangguk kekok terhadap pertanyaannya. Selama ini aku telah menaruh perasaan pada tunang orang? Mujurlah aku tidak dilabel sebagai perampas.

"Hara, kenapa awak boleh berada di sini?" aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Belum sempat aku bersuara, Jungkook sudah membuka mulut terlebih dahulu.

"Ni ha, budak degil. Merajuk sampai tak nak makan. Akhirnya, pengsan" Cikgu Jung menggelengkan kepalanya.

"Kalau dekat sekolah, memang saya libas awak dengan rotan ajaib saya" berderai tawa ketiga-tiga manusia itu. Aku hanya mampu tersengih di situ.

🏆🏆🏆

Jungkook menapak masuk ke dalam bilik tidur yang dihuni oleh Hara. Gadis itu masih tertidur pulas kerana kesan melalikan dalam ubat yang diminumnya. Ubat yang berada di atas meja itu ditilik. Ianya hanya tablet gastrik biasa dan cecair antasid untuk mengurangkan keasidan dalam perut.

Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•Where stories live. Discover now