📀 55

1K 124 127
                                    

"Yeolhee, kenapa buat keputusan tak berbincang dulu dengan ahjumma?" cincin yang terletak elok di dalam bekas baldu merah itu ditenung seketika.

"Yeolhee rasa, hubungan ni takkan bertahan lama. Yeolhee tak yakin untuk teruskan hubungan ni. Ianya seperti bertepuk sebelah tangan, beria-ia seorang diri. Sedangkan anak saudara ahjumma tak sukakan Yeol" ujarnya sendu. Blaus indigo separas paha yang tersarung di tubuhnya menjadi pusat tumpuan matanya.

Segan.

Dia segan dengan keluarga Ahjumma Hwan. Mereka banyak membantu Yeolhee sehingga dia sanggup menjadikan dirinya sebagai galang-ganti untuk membalas jasa mereka.

"Aku takkan lepaskan kau macam tu saja" sergahan dari pintu utama rumah teres itu mencuri perhatian dua wanita itu.

"Senang-senang saja kau nak tinggalkan aku. Habis tu, aku macam mana? Kau nak bayar balik harga hati aku yang kau curi?" rasa malu menyerbu wanita itu apabila mendengarkan pengakuan seorang Min Yoongi, lelaki yang dianggapnya tidak serius. Yeolhee berdecit kecil sebelum bangun dari duduknya.

"Kata-kata tu mungkin saja terbit dari akal pemikiran, bukannya hati. Saya nak kita selesaikan segalanya malam ni. Saya tunggu awak di rumah inap"



































































































































"Hoi! Beranganlah tu. Tersengih-sengih macam kerang busuk sejak tadi" sergah Hoseok dari belakang membuatkan lelaki dengan mata monolid itu terkejut besar. Hanbok yang tersarung pada tubuhnya dibetulkan sedikit. Jungkook hanya tertawa kecil melihat gelagat duo sahabat baik itu.

"Macam Tom dan Jerry saja mereka berdua ni"

"A-aku nak kahwin minggu depan" ujar Yoongi dengan telinga yang memerah hebat. Mata Hoseok pula jangan ditanya, seperti akan tercabut keluar dari soketnya sahaja.

"Kenapa mendadak sangat, hyung? Bukan ke majlis sepatutnya lagi 3 bulan. Sepatutnya hujung Disember kan?"

"Aku ter--"

"Kau dah cucuk dia kan? Kan? Ish, dah majulah kawan aku ni. Dasar cikgu tak berdisiplin" Hoseok menyenggol bahu Yoongi berkali-kali membuatkan wajah lelaki itu bertambah merah.

"Aku takut dia mengandung. Aku kan handal" Jungkook terkekeh kecil mendengarkan pengakuan Yoongi yang berunsur bangga diri dan riak itu.

"Tak boleh jadi ni. Kalahlah aku kalau Yoongi hyung dapat anak dulu. Balik nanti, aku nak minta pada Hara. Tak kira, nak juga!"

🎐🎐🎐

Tembakan pistol oleh Pengetua Song menandakan Temasya Sukan Tahunan Sekolah Tinggi Starlite Kali Ke-100 sudah membuka tirainya.

Kontinjen rumah sukan dan para atlet sekolah diarak masuk dengan gilang-gemilang, diiringi kumpulan pancaragam dan kibaran megah bendera rasmi Korea Selatan.

Kontinjen guru-guru tidak terkecuali dari perarakan tersebut. Mereka mengenakan hanbok bertemakan musim luruh, sentuhan istimewa tangan emas nenek Jungkook, Jeon Hansoo atau lebih tepat lagi pemilik J.E.D Couture.

Hara yang duduk di kerusi penonton bersorak ria apabila Jungkook melambai ke arahnya dan ahli skuad yang lain.

"Kacaknya suami aku"

Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•Where stories live. Discover now