Loceng telah berbunyi menandakan waktu rehat sudah tiba. Perut pun sudah berkeroncong ria. Aku mula melangkah ke kafeteria sekolah. Sejak pagi tadi aku berada di loteng ini. Yalah, orang dah halau kita. Takkan nak tunggu lagi kan?
Headset aku pasangkan pada kedua-dua belah telingaku. Lagu Don't Leave Me nyanyian BTS aku mainkan. Suara Jimin sungguh menggoda membuatkan aku terbuai seketika. Baru saja aku ingin nikmati bahagian korus, headsetku dicabut kasar oleh seseorang.
"Kau nak apa lagi, Daniel?" aku memasang riak wajah tidak puas hati. Dia tak boleh kacau aku kalau aku tak didenda. Ini dah melanggar etika badan pengawas.
"Pergi balai disiplin. Sekarang!"
Dia meninggalkanku begitu saja. Apa aku buat? Ah, aku lupa! Baru saja aku membuat onar dengan cikgu baru itu. Aku tanpa teragak-agak menghayunkan kaki ke balai disiplin. Cikgu Hoseok, I'm coming!
Kedua-dua belah kasutku ditanggalkan. Aku terpandang kasut yang berada di depan pintu balai disiplin. Ni bukan kasut cikgu Hoseok. Setahu aku, dia takkan pakai kasut kalau bukan buatan Korea.
Aku menerjah masuk ke balai disiplin. Kalau aku ketuk pintu, esok bersiap sedialah untuk adakan majlis tahlil. Dah buang tabiat namanya.
Aku menahan geram apabila ternampak Sir Jungkook sedang membelek rekod disiplin milikku. Cepat-cepat aku rampas dari tangannya. Dia mengangkat wajahnya lantas anak mata kami saling bertemu.
"Siapa bagi kebenaran untuk sir buka rekod saya? Ni privasi saya. Cikgu Hoseok saja yang boleh tengok" aku memeluk rekod aku erat. Dia tongkatkan dagunya memandang aku.
"Cikgu Hoseok dah tak nak uruskan kes awak. Dia serahkan kes awak pada saya"
"Mana boleh macam tu? Dia ingat saya ni mainan ke nak main serah-serah macam tu saja? Saya tak nak sir yang uruskan kes saya" aku mula menyuarakan bantahan ala-ala parlimen.
"Ada nampak saya kisah? Yang dekat tangan awak tu cuma soft copy. Hard copy ada dekat sini" dia mengangkat sekeping cakera padat dan ditayang di hadapan wajahku. Sia-sia aku memeluk rekod aku ni. Fail rekod disiplin itu aku hempaskan ke atas mejanya.
"Cepatlah denda. Panas duduk dalam ni" aku mengibas mukaku dengan tangan. Itu semua bohong. Pendingin hawa dalam balai ni berada pada tahap maksimum.
"Saya akan buat latihan fizikal untuk awak bagi setiap kesalahan yang awak lakukan. Kita akan adakan latihan fizikal di padang sekolah. Selepas tamat waktu sekolah, jumpa saya di padang dan bawa pakaian yang sesuai. Saya akan suruh awak jalani latihan fizikal selagi awak buat kesalahan. Kalau tak ada perubahan, saya akan buat lebih intense" otak aku sudah mula membayangkan perkara-perkara pelik.
"Apa sir cakap ni? Saya tak faham. Latihan fizikal apa?"
"Saya akan sediakan aktiviti yang awak akan buat untuk setiap kesalahan berbeza. Pernah tengok atlet sekolah buat latihan fizikal? Macam tulah gambaran awal untuk latihan awak" sebiji kacang tanah dimasukkan ke dalam mulutnya selamba.
Bersukan? Hell no, man!
"Saya tak nak!" aku lipatkan tangan ke dada.
"Ada saya kisah? Esok pukul 1 tengah hari, saya tunggu di padang. Kalau awak bagi alasan tak bawa baju, saya suruh awak buat latihan fizikal tu pakai skirt. Kalau awak nak, saya ikutkan saja" senyum sinis menghiasi bibirnya. Aku pula seperti bom yang akan meledak bila-bila masa. Baru sehari kau jadi cikgu di sini, berani nak kenakan aku?
Aku menyarungkan kasut dan melangkah ke kelas aku. Otakku mula ligat mencari jalan untuk mengelat. Tapi, kata-katanya tadi membuatkan aku runsing. Aku belum kenal dia macam mana. Kalau dia tu jenis gatal macam mana?
"Kalau awak cuba mengelat, siap awak! Jangan cuba-cuba ya? You don't know me yet"
Aish, memeningkan kepala aku sajalah orang tua ni. Langkah kakiku diatur menuju ke kelas. Semua cikgu mesyuarat sekarang ni. Kalau tak, memang aku takkan jejakkan kaki ke kelas. Cikgu Fizik tu memang musuh aku sejak azali. Ada saja benda yang dia nak salahkan aku. Apa masalah dia pun aku tak tahu.
Sebaik aku menapak masuk ke dalam kelas, ahli-ahli skuad mula menyerbu mejaku.
"Weyh, untunglah kau dapat jumpa cikgu kacak tu. Kalau aku jadi kau, hari-hari aku rela kena denda" Nara tersengih sambil melemparkan pandangan ke luar tingkap. Anak Jeong ni kalau tak berangan sehari, tak sah.
"Seronok kepala otak kau! Kau tahu tak dia suruh aku buat apa? Dia nak aku buat latihan fizikal untuk setiap kesalahan" kawan-kawan aku menayangkan muka terkejut beruk. Sunny menggoncang bahuku.
"Woi, kau nak buat ke? Biar betul kau ni? Kau kan tak pernah buat benda-benda macam tu? Kalau kau pengsan? Kalau kau patah tangan? Kalau kau mat--?"
Buk!
Kepala Sunny diketuk berjemaah oleh rakan-rakanku yang lain. Mulut tak bayar zakat.
"Kalau nak cakap tu pandang-pandang. Kalau mulut kau masin, tak pasal-pasal kena tempah keranda pula"
"Tapikan? Korang tak rasa pelik ke? Kenapa aku tak kena sedangkan aku keluar sekali dengan Hara tadi" Chanyeol yang sedari tadi mendiamkan diri mula bersuara.
"Nampak sangat memang kau sasaran dia sejak pertama kali dia masuk ke sini. Mesti sebab Cikgu Hoseok kesayangan kau tu puncanya" sambung Rain. Ada betulnya juga kan?
"Tak apa. Aku akan buat juga. Cikgu Hoseok pun dah angkat bendera putih nak denda aku, inikan pula cikgu mentah macam dia tu. Aku akan buktikan yang aku ni bukan wanita yang lemah" hakikatnya, semua itu hanya auta untuk menyedapkan hati sendiri. Dengar namanya pun dah penat, inikan pula nak lakukannya. Redha sajalah. Dia belum kenal aku siapa. Hara anak Kim, okay?
🐌🐌🐌
"Hara, kau nak pergi mana malam-malam ni?" soal Seokjin. Sepasang kaca mata bulat tergantung kemas pada hidung mancungnya.
"Aku nak keluar dengan Yeol kejap. Sebelum pukul 10.59, aku janji akan sampai rumah" aku mengangkat dua jariku seperti membuat ikrar.
"Kalau 10.59 kau tak sampai, jangan harap aku akan benarkan kau keluar lagi lepas ni" katanya tegas. Mesti eomma yang suruh cakap macam tu. Kasut Converse High Cut merah hati aku capai dari rak kasut. Kelibat makhluk bertelinga lebar telah kelihatan di pagar. Adoi, dia ni suka sikat rambut bagi nampak telinga 'mahal' dia tu. Tahulah telinga tu menawan.
"Woi, dah lama ke sampai?" topi keledar aku capai dan sarungkan di kepala.
"Tak adalah lama sangat, tapi bontot aku dah kebas" dia menggulingkan matanya sambil kedua belah tangannya dilipat ke dada tanda protes.
"Aku tak ada masa ni. Cepatlah! 10.58 aku kena sampai depan pagar, 10.59 aku kena masuk rumah"
Chanyeol menghidupkan enjin motosikal berkuasa tingginya. Kami menuju ke sebuah lokasi yang dirahsiakan oleh Chanyeol. Dengan aku pun nak main rahsia-rahsia. Gedik betul.
Motosikal Chanyeol berhenti betul-betul di hadapan 'Jam Loceng Cinta' di pusat ibu kota. Dah buang tabiat ke makhluk ni? Nak jumpa buah hati pun ajak aku ke?
"Kau buat apa ni? Takkan nak jumpa buah hati pun nak ajak aku?" aku membuka topi keledar yang tersarung kemas di kepala sejak tadi. Rambutku yang sedikit serabai aku rapikan. Tanganku ditarik ke bahagian Selatan yang menempatkan 'Hearts of Lovers'. Yang ni lagi parah. Nak lamar kekasih ajak aku.
"Mana buah hati kau? Aku tunggu dekat depanlah, ya? Nanti kekasih kau segan pula dengan aku" belum sempat aku menuruni pentas yang dihiasi lampu neon itu, lenganku dipaut lembut oleh Chanyeol.
"Aku bawa kau datang sini sebab aku ada benda nak cakap dengan kau"
"Perlu ke sampai ke sini? Dekat sekolah tadi pun boleh cakap. Kalau tak, sekarang ni aku boleh berpelukan mesra dengan Ryan. Ha, cepatlah cakap. Tadi beria nak cakap"
"Sebenarnya aku......"
{🌟} Vote 😘
[💬] Comment 😍
Salam sayang dari author, love you to the moon and never come back 😘💓
YOU ARE READING
Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•
Roman pour Adolescents🇨 🇴 🇲 🇵 🇱 🇪 🇹 🇪 🇩 [Siri Bangtan x Readers] 💄K-Novel💄 Suami hak milik persendirian. Sharing is not caring. Perampas akan didakwa! 💜Cinta tak kenal usia 💜 By: Miss_RoseGold Highest rank : #1 in imagine [11/8/2018] #1 in kpopimagine [11/5...