📀 54

1.1K 126 168
                                    

First of all, saya nak tanya soalan dan saya memerlukan jawapan JUJUR dari anda.

Adakah fiksyen ni semakin melalut dan jalan ceritanya semakin membosankan?

Kalau saya buat Season 2 di akaun kolaborasi saya, adakah anda semua sudi membaca?










Mundar-mandir.

Mundar-mandir.

Dan mundar-mandir.

Itulah aktiviti si jejaka bermarga Jeon sejak 15 minit yang lalu. Kelibat isterinya masih belum kelihatan.

"Lamanya Hara mandi" ujar Jungkook sebelum melabuhkan punggung di atas katil perkongsian mereka. Ya, setelah dipujuk dan dimanipulasi oleh Jungkook, Hara setuju untuk pulang ke unit kondominium mereka.

Klek!

Pintu kamar mandi terbuka dan terpampanglah sosok seorang Jeon Hara yang hanya berkemban. Jeon Jungkook yang terkenal dengan kegatalannya pun menilik tubuh ramping itu lantas menelan ludah payah.

"Apa pandang-pandang? Tumbuk nak?" Hara menunjukkan buku lima yang dikepal erat. Jungkook hanya menggeleng perlahan dan menayangkan barisan giginya yang tersusun rapi. Langkahnya diatur menghampiri gadis itu. Tuala kecil yang membaluti kepalanya ditarik lembut sehingga rambut panjangnya mengurai.

"Jungkook--" ucapannya terhenti di saat mata mereka bertentang, menikam antara satu sama lain.

"Cantik" pujian singkat itu mengundang bayangan kemerahan pada pipi milik Hara. Kesan lebam di sudut bibir yang sudah pulih itu diusap lembut. Bibir kenyalnya mengucup lembut sudut bibir sang isteri sebanyak tiga kali.

"Mata indah ini--" Jungkook mengecup kedua-dua kelopak matanya.

"Hidung ni--" belahan bibirnya beralih arah ke pucuk hidung mancung itu.

"Dan bibir ni" kecupan lama dihadiahkan pada bibir merah nan mekar itu. Lama. Namun, tidak wujud elemen sensual dalam kucupan itu. Hanya melampiaskan rasa cinta, kasih dan rindu pada si dia.

"Milik saya" gadis itu luluh dalam bicara hangat yang menggetarkan jiwa sanubarinya. Gadis itu mengedipkan mata beberapa kali, menahan debaran yang kian memuncak di hatinya. Tangan kanannya diraih dan diletakkan pada dada kiri Jeon Jungkook.

"Dan jantung ni. Hanya berdegup kencang untuk seorang Kim Hara" wajah gadis itu memerah hebat. Pandangan matanya dialihkan ke sudut kamar, sedangkan pemandangan di hadapannya itu lebih menarik dan mengiurkan.

Hara berdehem kecil untuk membetulkan pita suaranya. Lilitan kemas tangan kekar milik Jungkook pada pinggangnya dileraikan lantas kemeja-T oversized disarungkan ke tubuh genitnya. Tidak lupa juga seluar pendek hitam separas paha.

Jungkook yang sedang berdiri di belakangnya diabaikan. Wajah merah bak ceri itu sebolehnya disembunyikan dari indera penglihatan Jungkook.

"Esok dah mula sekolah" ujar Jungkook singkat.

Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•Where stories live. Discover now