📀 53

1.2K 139 115
                                    

Minjoo berura-ura untuk keluar dari perut kereta yang dipandu oleh Jungkook apabila mereka telah tiba di perkarangan rumah agam Kim. Sisi lengan baju Minjoo ditarik perlahan oleh anak lelakinya yang berada di kerusi pemandu.

"Kook takutlah, ma" Minjoo membetulkan bangs anaknya berjuntai di dahi licin lelaki itu.

"Tak apa. Cubalah bincang baik-baik. Sampai bila korang nak tinggal berasingan macam ni. Kan tak baik?" Jungkook mengangguk dan berjalan seiringan dengan ibunya. Bel rumah agam itu ditekan sebanyak tiga kali sehingga kelibat seseorang berlari ke pintu lut cahaya itu kelihatan.

Deg!

Jantung milik Hara seperti berhenti berdetak apabila wajah Jungkook terakam di benaknya. Pedihnya tamparan tempoh hari seperti dirasakan kembali di wajahnya. Tangan Minjoo diraih gadis itu lalu dikucup perlahan.

"Eomma apa khabar? Sihat?" Hara hanya berbicara dengan Minjoo sementara kehadiran Jungkook dianggap sebagai lalat hinggap sahaja.

"Eomma sihat saja. Menantu eomma macam mana?" soal wanita paruh baya itu tatkala punggungnya berlabuh di atas salah satu sofa empuk milik keluarga Kim.

"Hara sihat. Ada apa eomma datang mengejut macam ni? Kalau eomma beritahu awal-awal, mesti Hara boleh siapkan makan malam" tangan kecilnya lantas diraih secara tiba-tiba oleh sang mertua membuatkan gadis itu sedikit tersentak.

"Maafkan eomma, sayang. Eomma tahu, ini semua salah eomma. Kalau dari dulu eomma berterus terang tentang siapa Hwayoung sebenarnya, mesti kamu dan Jungkook tak bergaduh besar disebabkan dia. Eomma minta maaf bagi pihak Jungkook sebab dia berkasar dengan kamu. Jangan risau, eomma dah pukul dia, tarik telinga dia. Maafkan dia, ya?" Hara tersengih kerana kelucuan ibu mertuanya itu.

Dia hanya berdehem kecil sebelum mengangguk perlahan. Jungkook yang tersipu-sipu itu dijelingnya sekilas membuatkan lelaki itu cemberut.

"Terima kasih, sayang. Kalau macam tu, eomma balik dulu. Kook, kau duduk di sini. Minta maaf dengan isteri dan selesaikan semuanya baik-baik. Nanti Ahjusshi Han akan jemput eomma" sempat lagi pasangan menantu-mertua itu berpelukan sebelum Minjoo melangkah keluar dari istana itu.

"Tch, tak gentleman langsung. Awak ingat saya nak maafkan awak ke kalau eomma yang datang minta maaf bagi pihak awak?"

"Alah, sayang. Tolonglah maafkan saya. Saya bodoh, tak dengar cakap awak. Saya menyesal sangat lepas dengar cerita eomma. Saya janji, saya tak buat dah lepas ni"

"Tidur dekat luar malam ni. Jangan berani-berani dekat dengan saya kalau tak nak kena pukul sampai lunyai" Jungkook menatap kaki langit yang semakin beransur gelap, menandakan matahari akan berlabuh dan diganti dengan rembulan.

"Haih, apalah nasib aku dapat isteri garang macam singa"

🎲🎲🎲

Jungkook menyantap makan malam yang disediakan oleh isterinya. Hanya mereka berdua yang tinggal di rumah, ahli keluarga Kim yang lain masih sibuk dengan pelantikan Namjoon sebagai ahli lembaga pengarah.

Mereka duduk bertentangan di meja makan dan menyumbat makanan ke dalam mulut masing-masing. Tidak sampai lima minit, gadis itu sudah pun bangun dan membersihkan mangkuk-mangkuknya.

Jungkook yang masih berada di meja makan itu mengunyah makanannya perlahan. Rasa sedih bertandang di hati ketika gadis itu melangkah ke tingkat atas, mengabaikan suaminya yang masih menyantap makanan dengan rasa kesal.

S

K

I

Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•Where stories live. Discover now