"Kenapa kalau saya ambil yang ni? Memang saya selalu pakai yang ni pun" aku menjongketkan kening. Kenapa tiba-tiba tingkah lakunya menjadi aneh? Ada apa-apa yang tak kena ke? Atau pun dia ada buat kajian pasal produk ni dan jumpa racun berjadual. Oh, tidak.
"Ada hadiah percuma kalau awak beli yang tu. Polaroid Jimin BTS" aku memandang promosi yang tertera pada bungkusan masker itu. Eh, iyalah. Ada sekeping polaroid Jimin sedang menggigit bibirnya. Itu saja sebabnya?
Jungkook memasukkan sebotol pencuci muka Keyla McGyver dan esen pencerah dari jenama yang sama. Botol yang terdapat di tanganku dicapai dan diletakkan semula di rak.
"Ada nak beli apa-apa lagi ke? Ha, ni ada BB cushion, bedak asas, krim malam, gincu, krim pelembap, serum" celotehnya panjang lebar. Aku hanya menggulingkan bebola mataku. Tangannya bergerak pantas seiring pergerakan mulutnya. Semua barang yang di sebutnya tadi diambil dan dimasukkan ke dalam bakul pembelian.
Sementara dia sibuk mencari barangan penjagaan buat dirinya dan untuk aku sekali, aku berlari ke bahagian penjagaan wanita. Aku meneliti setiap barangan di situ sehinggalah aku menjumpai barang aku sangat perlukan. Persediaan untuk masa hadapan.
Aku mencapai 2 paket tuala wanita bersaiz biasa dan 1 paket untuk overnight. Aku memeluk ketiga-tiga bungkusan itu kerana rasa malu jika dipandang pengunjung lain.
Sebaik aku memusingkan badanku untuk ke kaunter pembayaran, mataku menangkap kelibat Jungkook sedang bersandar pada rak susu ibu hamil. Rak itu bersebelahan dengan rak tuala wanita tadi.
"Yang awak tercegat dekat situ buat apa? Inikan seksyen wanita" aku cuba untuk menutup bungkusan-bungkusan itu dengan jaket berhud yang yang tersarung kemas di tubuh genitku.
"Biarlah. Bukan ada orang lain pun. Kita berdua saja yang berada di sini. Saya nak tengok awak pakai jenama apa, saiz apa, ada sayap ke tak"
"Tak payahlah. Pergilah sana. Malu tahu tak?"
"Nak malu apanya? Saya suami awak"
"Suka hati awaklah" apabila aku mahu melakukan pembayaran di kaunter, Jungkook menghulurkan tangannya.
"Saya nak bayar"
"Ish, biarlah saya bayar sendiri" dia menjegilkan mata bulatnya lalu mengambil ketiga-tiga pek itu dari pelukanku.
Dari segi saiz, jenis, jenama dan cara mencuci, semuanya dibaca dengan teliti. Aku menggaru kepala yang tidak gatal melihatkan keprihatinannya.
Tiba saja di kaunter pembayaran, Jungkook menolak aku ke hadapan juruwang. Eh, tadi kata nak bayar.
"Awak bayar ya? Nah kad. Saya tunggu dekat luar" Black card miliknya aku ambil. Cis, tadi beria-ia nak bayarkan. Akhirnya, tolak aku juga. Jenis lelaki tipikal. Malu nak beli tuala wanita.
S
K
I
P
Apabila tiba saja di rumah, Jungkook menghantarkan barang-barang yang diborongnya tadi ke dalam bilik Hara yang berada di tingkat atas. Gadis itu pula berlari sepantas mungkin untuk menggunakan tandas di tingkat bawah unit kondominium mereka.
Jungkook meletakkan beg membeli-belah milik Hara di atas meja soleknya. Malangnya, meja itu terlalu kecil menbuatkan salah satu beg tadi terjatuh dan mengeluarkan segala isinya. Jungkook mengutip semula barangan yang bertaburan di atas lantai marmar di dalam bilik gadis itu.
Setelah selesai, matanya menangkap sebuah lagi botol yang bergolek ke bawah katil Hara. Botol itu diambil dan sangkaannya tepat.
'Bini aku ni memang degil tahap dewa'
🍩🍩🍩
Ah! Leganya dapat melepaskan hajat. Aku mengambil barang-barang basah dan mula melakukan tugas menyusun barang tersebut di tempatnya.
Tiba-tiba saja perutku terasa lapar. Sebungkus nugget ayam madu aku asingkan dari barangan tersebut supaya ternyahbeku. Setelah selesai menyusun barangan tersebut, aku mula menggoreng nugget ayam itu. Terpaksalah aku berperang dengan percikan minyak.
"Awak! Saya goreng nugget ayam madu ni. Jomlah makan" tiada sebarang sahutan darinya. Telingaku menangkap bunyi gelak tawa dari televisyen.
Aku membawa nugget ayam madu dan sos keju ke ruang tamu. Kedua-dua pinggan itu aku letakkan di atas meja kaca yang berhadapan dengan Jungkook.
Aku mula menjamah nugget itu. Nikmatnya apabila dicelup di dalam sos keju yang lazat. Aku sedar bahawa Jungkook langsung tidak mengalihkan pandangannya dari televisyen.
Running Man!
Jungkook tak pernah sukakan rancangan sebegini. Aku masih teringat akan insiden di mana Jungkook mengomel kerana aku menonton rancangan ini.
"Awak, awak okey tak? Ke tak sihat? Nak ubat?" soalanku dibiar sepi. Ish, ni yang aku nak naik hantu ni. Aku bangun dan duduk di sofa bersebelahan dengannya. Lengan kekarnya aku pegang lembut lalu digoncang perlahan.
"Kenapa ni? Saya ada buat salah ke? Bagitahulah. Saya tak sukalah kalau orang bermasam muka dengan saya. Lagi-lagi kalau serumah macam ni" suis televisyen dimatikan lantas dia bangun untuk beredar. Akhirnya, satu perkara terdetik di benak pemikiranku.
"Awak marah sebab saya beli masker yang ada polaroid Jimin BTS tu kan?" tebakku membuatkan langkahnya terhenti.
Dia diam tidak berkutik. Maknanya betullah? Kes cemburulah ni? Perangai kebudak-budakannya membuatkan aku geli hati. Aku berdiri di belakangnya lalu jari telunjukku dilarikan di bahagian belakang badannya. Sesekali aku melukis dan menulis perkara yang aku sendiri tak faham.
"Awak, saya beli masker tu sebab saya dah biasa guna. Lagipun, kesan dia bagus dan sesuai dengan keperluan kulit saya. Kalau pasal polaroid tu, saya tak nak pun. Kalau awak nak, saya boleh buang" dia mengeluh kecil sebelum mengalihkan tubuhnya menghadapku.
"Tak apalah. Saya minta maaf sebab berkelakuan macam budak-budak. Saya cuma geram bila tengok muka jambu budak tu. Dahlah nak acah gigit bibir bagai. Ingat seksi ke" dia memuncungkan sedikit bibir merah jambunya.
"Tak payahlah nak merajuk sangat. Nanti saya bagi gambar tu dekat Hana. Jom makan nugget tu. Penatlah saya goreng. Tengok ni, merah dah jari saya terkena percikan minyak" dia duduk sambil memeluk pinggangku. Perasaan apa ni? Aku dah terjatuh cinta ke dengan manusia tua ni?
"Jangan lupa tahu? Malam ni" dia kenyitkan matanya kepadaku sambil mulutnya ligat mengunyah nugget.
Malam ni?
Dia nak buat apa?
{🌟} Vote 😘
[💬] Comment 😍
Salam sayang dari author, love you to the moon and never come back 😘💓
YOU ARE READING
Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•
Roman pour Adolescents🇨 🇴 🇲 🇵 🇱 🇪 🇹 🇪 🇩 [Siri Bangtan x Readers] 💄K-Novel💄 Suami hak milik persendirian. Sharing is not caring. Perampas akan didakwa! 💜Cinta tak kenal usia 💜 By: Miss_RoseGold Highest rank : #1 in imagine [11/8/2018] #1 in kpopimagine [11/5...