Aku melangkah masuk ke dalam Golden Closet, almari bajuku setelah selesai mandi. Aku mula bercangkung apabila perutku kembali memulas.
"Aduh, kenapalah kau ni tak habis-habis nak menyusahkan aku? Dahlah kerja rumah pun aku tak sentuh lagi. Tak pasal-pasal Jungkook bekukan akaun aku" pernah sekali Jungkook bekukan akaun aku sebab aku tak nak dengar cakap dia. Merangkak aku bila tak ada duit tunai dalam tangan. Serik sangat. Aku keluar ke ruang tamu. Sekeping nota dilekatkan pada layar televisyen.
"Saya ada mesyuarat lagi. Malam ni ada reunion dengan kawan kolej. Awak tak sihat lagi, jadi saya tak bawa awak. Kalau nak makan, telefon saja mana-mana restoran yang boleh buat penghantaran"
-xoxo, Jungkook Sado 💜-
Cis, sado konon! Dahlah tinggal aku seorang diri dekat rumah. Ish, lapar pula perut ni. Tak apa, KFC kan ada? Belum sempat aku mencapai telefon pintar untuk membuat pesanan, loceng rumah ditekan berkali-kali oleh seseorang.
"Sekejap! Sekejap! Datang ni!" tak boleh sabar ke? Kalau tercabut loceng rumah aku, siap kau aku kerjakan.
"Sayang, rindunya eomma dekat kamu! Kamu sihat? Eomma bawakan ayam pedas manis dari BB.Q" Eomma Jeon rupanya. Ingatkan siapalah tadi. Aku mempelawa ibu Jungkook untuk masuk ke dalam rumah kami. Mujur aku belum sepahkan ruang tamu.
"Jungkook mana? Takkanlah tak balik dari sekolah lagi?" eomma mula meninjau sekitar rumah termasuklah dapur.
"Jung-- maksud Hara, abang dekat sekolah lagi. Ada mesyuarat katanya. Lepas tu, ada perjumpaan dengan kawan-kawan kolej. Hara tak sihat, jadi Hara duduk di rumah saja" aku tersengih sumbing. Loya tekakku membahasakan Jungkook sebagai 'abang'.
"Tak apa, eomma ada untuk temankan kamu. Hari ni, eomma nak tidur sini. Appa pula ada perjumpaan dengan pelabur di Eropah. Jadi, eomma tidur di sini sampai lusa. Boleh kan?" terkebil-kebil mataku memandang figura pertengahan abad ini. Maksudnya, 3 hari dia akan bermalam di sini? Punah!
"Mestilah boleh. Ni kan rumah eomma juga. Eh, eomma nak ke mana tu?" langkahnya untuk naik ke tingkat atas terhenti.
"Eomma nak duduk dekat ataslah. Dekat atas bilik tetamu kan? Takkanlah nak suruh eomma tidur dengan kamu"
"Eomma duduk bilik bawah sajalah. Kalau eomma ulang-alik dari tingkat atas, lutut eomma sakit lagi. Eomma duduk bilik bawah ya? Dekat dengan ruang tamu" aku menarik tangannya tanpa sempat dia mengomel. Pecah tembelang kalau dia masuk bilik aku atau Jungkook. Sudahlah kami tidur berasingan.
Aku segera naik ke tingkat atas. Bagasi milik Jungkook aku keluarkan dari almarinya. Segala pakaian luar mahu pun dalam aku masukkan ke dalam bagasi itu. Alah, seluar dalam laki aku saja tapi merah juga muka. Bagasinya aku sorong ke dalam bilikku. Seterusnya, barangan kelengkapan diri dan peribadinya juga aku ambil dari meja solek.
Tercungap-cungap aku dibuatnya akibat berlari ke hulu ke hilir. Bagasi itu aku letakkan di belakang pintu bilik. Kalau eomma masuk pun, mungkin dia tak sedar tentang kehadiran bagasi itu.
Aku turun semula ke ruang tamu untuk menemani eomma. Masa berlalu dengan pantas sehingga aku tak sedar yang jarum jam sudah menghala ke nombor 12.
YOU ARE READING
Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•
Teen Fiction🇨 🇴 🇲 🇵 🇱 🇪 🇹 🇪 🇩 [Siri Bangtan x Readers] 💄K-Novel💄 Suami hak milik persendirian. Sharing is not caring. Perampas akan didakwa! 💜Cinta tak kenal usia 💜 By: Miss_RoseGold Highest rank : #1 in imagine [11/8/2018] #1 in kpopimagine [11/5...